COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Tuesday, July 27, 2010

Hepatitis B!


Since semalam ade yg bertanyakan tentang Hepatitis B... so hari nie aku kongsi kan lah sedikit info about it yeah!


Apakah maksud Hepatitis B

~ Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

Bagaimanakah seseorang itu tahu bahawa dia telah dijangkiti Hepatitis B?

~ Anda akan mengalami tanda-tanda penyakit ini dalam masa 45-160 hari dari hari anda mula dijangkiti. Jika dijangkiti, orang dewasa adalah lebih cenderung untuk mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit ini jika berbanding dengan kanak-kanak. Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B adalah :
* Penat
* Sakit kuning
* Gatal-gatal
* Hilang selera makan
* Hilang berat badan
* Sakit perut
* Sakit-sakit sendi

Apakah perjalanan semulajadi jangkitan kuman ini?

~ Kebanyakan orang yang telah dijangkiti akan pulih sepenuhnya. Sebilangan kecil akan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati yang boleh membawa maut. Ada juga yang akan menjadi pembawa virus Hepatitis B yang kronik selepas pulih dari jangkitan awal Hepatitis B

Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti berikut:

* Radang hati yang kronik (Chronic hepatitis)
* Cirrhosis hati (Liver cirrhosis)
* Kegagalan fungsi hati (Liver failure)
* Barah hati

Adakah jangkitan Hepatitis B boleh dirawat?

~ Tiada rawatan khusus untuk jangkitan awal hepatitis B. Langkah-langkah yang boleh diambil termasuk:
* Rehat yang secukupnya dan minum air dengan banyak
* Diet rendah lemak dan dan kurang perisa/tawar
* Elakkan arak/alkohol
* Dapatkan nasihat doktor mengenai ubat-ubat yang diambil untuk penyakit kronik yang lain

Pesakit radang hati yang kronik (chronic hepatitis) mungkin boleh dibantu dengan ubat interferon atau lamivudine.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan dari dijangkiti hepatitis B?

1. Hepatitis B boleh dielakkan dengan :
* Menghindarkan aktiviti berisiko tinggi contohnya menagih dadah secara suntikan dan seks secara rambang
* Menghindarkan berkongsi barang-barang persendirian (contohnya pisau pencukur)
* Mengecualikan pembawa virus Hepatitis B sebagai penderma darah

2. Hepatitis B boleh dicegah dengan efektif melalui vaksin Hepatitis B. Di Malaysia, semua bayi diberi pelalian untuk HBV.

Pelalian Hepatitis B juga digalakkan untuk kumpulan umur dan populasi masyarakat yang tertentu. Contohnya:

* Mereka yang belum pernah mendapat pelalian hepatitis sebelum ini
* Mereka yang terdedah kepada orang yang dijangkiti dengan Hepatitis B di rumah atau secara seksual
* Mereka yang terdedah kepada darah atau produk darah
* Kakitangan kesihatan
* Pesakit-pesakit dialisis

Untuk ibu mengandung yang dijangkiti hepatitis B, anak anda perlu diberi immunoglobulin Hepatitis B secepat mungkin setelah lahir dan ini diikuti dengan pelalian vaksin. ~END~

Info nie aku ambil dari website NIE... memang dia tulis for kanak2.. tapi ianyer tetap applicable for org dewasa... cam aku once dah complete kan dose hepatitis nie hari tu.. esok after 5 years.. kene pegi check darah balik... kalau bacaan positive.. tak payah amik.. kalau negative.. kene suntik balik...

So sapa2 yg tak penah lagi check darah.. better pegi lah yer... cam sapa2 yg dah berkawin tu... hubby pun kene gie check sama... sebab esok2 mak ok.. bapak tak ok.. silap2 anak tak ok gak... cam aku.. dah ok dah nie.. en. teman lom check lagi! Doktor Marsita siap bagi form dah tuk dia buat check up for Hepatitis B nie... Tapi dia main dok lenggah2 plak! haih!

"Beeeeeeeee!! biler nak pegi check?? Rotan nakkkk????"

18 comments:

ikiqzana said...

info yg bagus ni neena.

thanx.

A D I A said...

i penah amik dulu, ada 3 kali injection tu kan? yg i ingat mmg sakit la (ke i soang j sakit?) tapi dia valid 5 tahun je rasanya pastu kena renew. better amik sesiap belum amik tu.

azzey said...

Neena: Gud info!

Shu Shinju said...

ohhh..gitu... now da paham...

kak neena !! u know what?? "STAFF" shu tu... kena hepatitis B tau.. tu yg tanya.. tkt satgi berjangkit... huhu...

Lady of Leisure said...

tq for sharing neena..
:)

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

gud info....

mekchu said...

mak mertua mekchu pun kena hep B nih.. masa kronik dulu dia hari2 kena inject ubat sendiri.. dia jenis yang Cirrhosis hati (Liver cirrhosis) tu... kena careful selalu..

POSH76 said...

bagusla info ni ...i pun dok risau nyer dari dulu nak pi enjek tp tak buat harus kene buat ni...thanks beb

NeenaAnuar said...

ikiqzana:
u are most welcome sis! sharing is caring kann! ;D

NeenaAnuar said...

Adia:
yeaa.. dia tiap kali amik 3 kali dose... I amik ade masa sakit.. and ade masa tak.. hehehe..

ha'ah.. memang pun.. dia valid for 5 years jerk.. kene buat blood check balik after that period....

NeenaAnuar said...

azzey:
;)

NeenaAnuar said...

Shu:
ooowhhhh! really? huhuhu.....

NeenaAnuar said...

Lady:
u're most welcome dear! ;)

NeenaAnuar said...

PuRpLeLiCiOUs:
;D

NeenaAnuar said...

mekchu:
oowhh.. ye ker... tu lah kan.. skg nie semua nak kene ambil langkah berjaga-jaga...

NeenaAnuar said...

POSH:
u're most welcome dear! sharing is caring kann.. so you jgn takott okkk.. sakit sikit & sekejap jerk waktu kene cucukk tuu... so better gie check and do ur Hepatitis keh! ;D

Mimy Hamid said...

good info...aku nk gak try buat tp tatotttttttt macam en teman ko...hehe larikkkkkkkkk sblm kena rotan

NeenaAnuar said...

Mimy:
hahahaha... jgn takot babe! sakit dia cam kene gigit semut jerk! so demi kesihatan baik ko gi amik cepat! :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails