COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Showing posts with label ME... Show all posts
Showing posts with label ME... Show all posts

Monday, December 22, 2014

Selfies Affairs!

Untitled


Untitled




Untitled




So gambar selfie mana yang korang rasa paling cool and paling cute sekali?

Monday, November 17, 2014

Bende yg palingggggggggggg jarang aku buat adelah...


Bende yg palingggggggggggg jarang aku buat adelah berselfishhh depan cermin! 

Gambar ni di captured pada beberapa jam yg lalu di dlm toilet hotel grand millennium! Memang grand toilet dia.. Siap ade chandelier!  So aku belanja korang satu entry hari ni secara live update sbb aku is super busy.. Masih tak sempat nak update entry New Zealand! *sebak*

Rasa mcm tgh attend wedding tapi yg sebenarnya tgh attend project lessonlearn session with client! Haha.. 


Monday, April 28, 2014

Thank You!



Dear Allah.. 
Thank you so much for giving me more than I could ask for!  Thank you for blessing me much more  than I deserve! 😌

Dear All... 
I would like to thank all of you for your kind birthday wishes, doa & prayers! I'm so blessed to have you guys around me... I didn't know most of you personally in reality but yet I can feel so close with you guys through this cyber connection!  Do keep in touch and love you all! 😘

And.. not forgetting.. Thank you so much Mom.. for the safe delivery on 25th April 1980! Honestly I miss you so much mom! 😔

And for you my beloved hubby.. Thank you so much for loving me no matter what my “performance” is.   Seeing you truly love me through all my imperfections makes me see the love of Allah more clearly.  Thank you for that… I love you to the fullest darl! 😍


Friday, April 25, 2014

Suka Duka Tatkala Usiaku Menginjak ke 34 Tahun!

Hari nie.. lagi sekali 25 April dtg menjengah dlm hidup ku… Honestly aku tak tahu nak rasa apa at this moment! As usual mesti lah rasa happy sebab hari nie merupakan hari kelahiran aku yg ke 34 tahun! Tapi dlm kegembiraan… ade juga terselit sekelumit kerisauan dlm diri…. Ya… semakin umur meningkat.. maka semakin dekat lah diri ini dengan kematian!

Kalau duluuuu waktu zaman muda mudi… umur in between 20 – 30 tahun… jarang sekali nak ingat pada kematian! Jangan kata nak ingat 10%.. 1% pun belum tentu ade! Huhu.. Selalunya setiap kali tiba tanggal 25 April.. aku selalu jer happy terlampau! Rasa macam special sgt diri aku pada tarikh 25 April! Tapi sejak dah masuk 3 series nie… seriously segala perasaan seronok overdose tu dah over… seronok tu seronok lah sebab aku rasa sgt2 bersyukur kerana Allah masih panjang kan usia aku sehingga ke hari ini.. tapi keseronokkan tu tak lah sampai 100% ingat pada keseronokkan semata-mata!

Well.. how do I say yea… hmmm.. Honestly aku rasa bersyukur sgt2 sebab Allah jentikkan sekelumit perasaan utk ingat pada saat kematian! Sebab dengan kite beringat pada saat kematian nie lah kite akan sentiasa ingat pada Allah! Kalau lah Allah tak jentikkan perasaan ini.. mungkin aku akan terus lalai dan leka dengan keseronokkan dunia semata-mata!

Dan aku adelah selemah-lemah manusia! Dlm percubaan utk menjadi seorang hamba yg lebih dekat padaNYA.. di saat itu lah bermacam-macam dugaan yg mendatang… betapa susah nya nak istiqomah dlm menuju kehidupan yg sempurna disisiNYA! Aku tahu yg aku masih terlalu jauhhhh dari sebarang kesempurnaan… aku tahu dan sedar masih banyak lagi kekurangan serta kelemahan diri yg masih belum aku perbaiki!

Aku tak pernah ambil pusing tentang kehidupan org lain.. aku tak pernah menghisab tentang kelebihan dan kekurangan org lain… kerana sesungguhnya aku terlalu sibuk dan susah hati dgn kekurangan yg aku miliki! Jika org lain sibuk mengkaji dan menghitung setiap kekurangan aku… itu hak mereka… aku tidak pernah ambil peduli kerana yg aku tahu aku ada kehidupan aku sendiri yg perlu aku ambil peduli!

Dalam kerisauan dan kesedihan tentang kekurangan diri sendiri… sejujurnya aku tidak dpt menafikan yg aku sangat berbahagia dengan setiap kelebihan yg Allah telah kurniakan pada ku sehingga ke hari ini! Allah Maha Memberi.. walaupun aku punyai banyak kekurangan sebagai hambaNYA di muka bumi ini.. tetapi DIA tidak pernah lokek dlm memberi sejuta nikmat kehidupan kepada ku! Aku bersyukur kerana setiap kelebihan yg Allah berikan itu tidak membuatkan aku lupa padaNYA! Bersyukur di atas setiap nikmat yg diterima itu adelah satu anugerah perasaan yg terindah buat diri ku! Seriously perkara yg paling aku takuti adelah disaat aku diberikan berjuta kebahagiaan dlm kehidupan… tetapi aku tidak tahu hendak bersyukur kepada Yang Maha Pemberi! Biar lah aku bersyukur pada NYA dgn berjuta kekurangan diri daripada tidak bersyukur padaNYA dgn berjuta kekurangan diri!

Terima kasih Ya Allah di atas segala pinjaman nikmat kehidupan yg Engkau berikan kepada ku sehingga ke hari ini! Di saat ini aku miliki sebuah kehidupan yg indah! Walaupun tidak 100% sempurna.. tetapi sesungguhnya aku bahagia! Aku miliki seorang suami yg terbaik bagi diriku & aku miliki sebuah pekerjaan yg kukuh buat keluarga ku! Ini sudah memadai bagi ku.. kerana suami ku adelah kekuatan ku! Walaupun aku masih belum memiliki cahaya mata.. tetapi itu tidak pernah membuatkan aku merasa tidak bahagia kerana aku tahu masih ramai lagi insan di luar sana yg menderita dgn pelbagai dugaan dan cabaran dlm hidup! Jadi tidak kah perlu aku mensyukuri dgn apa yg aku miliki sehingga ke hari ini? Ada insan yg tidak berpasangan.. ade juga insan yg melalui fasa pergolakkan rumahtangga.. malah ade juga insan yg diuji dgn hadirnya cahaya mata dlm hidup mereka!

Lumrah kehidupan.. mana ade manusia yg terlepas dari sebarang ujian! Aku juga tidak terkecuali bila mana Allah berikan ujian kepada ku dlm bentuk yg berbeza… Aku bahagia di samping suami… tetapi Allah tetap titipkan sekelumit ujian dan cabaran dlm hidupkan dgn dugaan yg berbeza! soal zuriat itu bukan lagi menjadi masalah besar bagi diri kami berdua kerana kami tahu Allah telah mengaturkan seribu satu kebaikkan buat kami suami isteri! Maka biar lah initipati dugaan yg berbeza itu menjadi rahsia hidupku… akan aku cuba lalui nya dgn sebaik mungkin… semoga Allah berikan aku kekuatan dlm mengharungi ujianNYA itu… yg pasti selama mana suami ku terus menjadi tulang belakang ku… maka selagi itu lah aku akan terus utuh melalui dugaan dan cabaran dlm kehidupan ku di hari yg mendatang!

Terima kasih jugak pada kalian yg sering memberi pujian dan teguran buat diriku! Kebanyakkan dari kamu aku tidak mengenali kalian secara alam nyata… tetapi aku dpt merasakan keakraban sesama kite! Mungkin atas faktor keikhlasan dlm menjalinkan pertalian silatulrahim di antara kite! Sesungguhnya setiap pujian yg aku terima dari kalian aku pulangkan semula kepada Allah SWT kerana segala yg baik2 itu datang dariNYA dan segala kekurangan itu adelah dari kelemahan diriku sendiri! Semoga hubungan silatulrahim ini akan terus berkekalan hingga ke Jannah!

Ya Allah, thank you so much for giving me more than I could ask for! Thank you for blessing me much more than I deserve!

And.. not forgetting.. Thank you so much Mom.. for the safe delivery on 25th April 1980! Honestly I miss you so much mom!

And for you hubby.. Thank you so much for loving me no matter what my “performance” is. Seeing you truly love me through all my imperfections makes me see the love of Allah more clearly... Thank you for that… I love you to the fullest darl!

IMG_7104 copy
Syukur Alhamdulillah... iPad Air in my hand right now! Thank you Nuffnang & Nivea... I'm the most happiest birthday girl today! *big grin*

Thursday, April 24, 2014

Dapat First Birthday Gift from My Beloved Reader!





Terharu tau… bile ade yg sudi hadiah kan something utk kite disaat kite tak kenal secara in person pun org yg bagi hadiah nie kat kite! 



Betapa indah nya dunia blogging… hanya melalui saluran alam maya.. we can really love each other… we care for each other.. and we sincere to each other! 


Alhamdulillah.. Thank you so much my beloved readers!  Especially for Nadia who gave me this Shaklee Membership ID!  Lepas nie aku boleh beli product Shaklee pada harga members yg mana ia lebih murah berbanding harga pasaran… Thank you Nadia.. semoga anda dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat hendaknya! Aminn…


And to the rest of my beloved readers.. walaupun korang tak bagi aku hadiah… jgn risau... aku tetappp sayang korang!  Tapi kalau korang nak bagi aku hadiah.. kecik tapak tangan.. satu dunia nie aku tadahkan!  Muahahaha…. 


So korang tak nak bagi aku hadiah ke? :p 

Thursday, October 24, 2013

Kejadian Pagi Ini!

Driving scene to office today.. Setibanya di satu persimpangan traffic light, memang dah jadi tabiat aku akan berhenti di luar petak kuning sekiranya jalan jammed! 

Waktu berhenti tu aku amik kesempatan utk pakai mascara.. Then ade penunggang motosikal lalu next to my car.! Aku terpandang motorcyclist tu.. then dia senyum sambil tunjuk signage thumbs up dua kali! 

Ok now aku confused.. Dia thumbs up utk aku berhenti di luar petak kuning kahhh ataupun dia thumbs up sbb aku makeup in my car? Or else kedua-duanya sekali sbb dia bagi 2 kali thumbs up kann?? :D




Apapun.. Happy Khamis day wonderful people! May Allah bless all of us di dunia & akhirat!


Tuesday, May 7, 2013

Haruskah Aku BerSUARA?

Dari apa yg berlaku.. sesungguhnya terlalu banyak yg hendak diluahkan tapi tak terluah... lantas memilih utk berdiam diri dari berkata-kata.. dan hati pun berbicara... seandainya hendak bersuara... bersuara lah pada yg memahami dan mempunyai mata hati! Terima kasih Ya Allah diatas suntikkan perasaan yg amat berharga ini.. andai dulu tidak pernah ambil pedulik.. tapi kini tanpa sedari air mata jatuh dengan sendiri! Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan lebih memahami apa yg dirasai.. lalu aku memilih utk berkongsi rahsia itu hanya denganMU.. kerana Engkau lah sebaik-baik pendengar! Doaku semoga ada sinar yg lebih baik buat yg masih berada di dlm kesamaran itu dan moga ada kilauan cahaya kehidupan yg lebih berharga kelak! (:

#Tukang amik gambar nie adelah seorang lelaki yg amat saya cintai.. dia pelawak nombor 1 dihati saya.. jadi mana mungkin saya amik gambar ketika saya sedang menangis! ^___^#

Thursday, May 2, 2013

Sila Komen Tentang Personaliti Diri Saya!


Last month office aku ade buat team building session which team building nie within project team & client aje..!

So during team building session hari tu.. ade satu segment which lebih kepada macam game lah yg mana kite beri peluang kepada project team members utk describe personality diri kite! Cara nya mudah ajer... Instructor team building memberikan sekeping kertas A4 kepada kite.. kemudian kite tulis nama kite di atas kertas tersebut... kemudian kite tampalkan kertas tersebut dibelakang badan kite... then nanti kite punye project team members akan datang kat belakang kite utk tulis & describe apa² sahaja perkara positif tentang diri kite! Basically ko takkan tahu siapa tulis apa sebab dah sah² kertas tu tertempek kat belakang badan ko.. so confirm ko tak kan tahu siapa komen apa tentang diri ko melainkan ko cammmm dan kenal tulisan team members ko!

Dan utk diri aku... ini lah dia beberapa personality description yg aku dapat dari project team members aku!



Sumpah aku tak bagi sebarang duit rasuah yer! kalau nak bagi pun tak sempat sbb game bermula dgn pantas! huh.. tak sangka baik sungguh hati project team members aku.. nanti nak belanja diaorg nasik lemak sorang sebungkus! muahahahaa... Alhamdulillah... segala pujian bagi Allah!

Itu komen yg positif... belum lagi komen yg negatif... kalau kene bagi komen yg negatif.. mesti ramai yg tulis Garangg.. Garangggg... dan Garangggggggg!! hahahaha...




Ok.. bersempena umur kertu aku yg ke 33 tahun nie.. aku nak panjang kan komen keperibadian aku nie pada korang semua yg mengenali diri kerdil ini... korang boleh jer komen apa korang nak komen... yg positif di alu alu kan.. yg negatif aku malu malu kan! ehhh!!!

Haa.. bile lagi korang nak dpt peluang utk ckp aku nie gonjeng... comot.. suka bercakap kuat-kuat... kulit hitam bak air sarsi... kaki membebel tak berhenti.. bosan baca write up aku yg panjang berjela kat I'm Yourss nie... hah.. cepat komen cepat... So selamat memberi komen secara iklas.. jujur & berhemah yer!

 

Monday, April 29, 2013

33 Years Old ~ I'm Not Oldies But I'm Goodies!

Syukur Alhamdulillahh kerana masih diberi kesempatan utk menikmati kehidupan yg selesa dan bahagia di bumi Allah ini!

Thank you so much guys for your doa & kind birthday wishes..

Yang wish kat FB, Instagram, I’m Yourss, WhatsApp & Email.. jutaan terima kasih diucapkan! I’m so blessed to have you guys around me…

Semoga kite semua senantiasa dibawah perlindungan dan rahmat Allah SWT hendaknya!

I YOU from the bottom of my heart… (:



Pssssssssssttttttttttttttt..... korang nak maintain tampak mude remaja tak?  cam aku lahhh...  umur jer oldies... tapi look goodies! muahahahaa... sorry lah bukan sesaja nak buat statement berani matikkk camgini oookkkkk... tapi dah terlalu ramai org lain yg ckp aku look younger than my age.. so nak wat acaner?? Alhamdulillah... haruslah aku menerimanya dgn rasa syukur menyelubungi diri tanpa sebarang riak di hati!  Lagi satu maybe berkat nama datok aku kot yg bernama Haji Che' Muda! hehehe... 

Eh... asal nak ckp benda lain... dah meleret ke bende lain plak!  haha.. ok.. sesiapa yg nak tampil sihat, cantik dan muda bergaya... apa kata korang terjah blog Kak Moon... dia ade buat contest skg nie! hadiah yg ditawarkan terbaekkk okkkk... mana tahu ade rezeki korang.. boleh dpt product kesihatan & kecantikkan tersebut!  nak tahu product apa?? cerr gi cecepat terjah blog akak comeyyy aku tu!  aku ingat nak join.. tapi takot korang tak menang lak nanti... muahahaha... so aku ngan baik hati ingin memberi laluan pada korang utk memang.. so jgn lepaskan peluang keemasan ini ek!  :p     



Thursday, April 25, 2013

[Sekeping Gambar Exclusive] ~ Selamat Hari Ulangtahun Yang ke 33 Buat Diri Sendiri!

Assalamualaikumm & Very Good Morning kesayangannn ku sekalian!

Pertama sekali aku nak panjat kan kesyukurannn yg teramat sangat diatas ruang dan peluang yg Allah SWT berikan kepada aku sehingga ke saat ini! Syukurrrrr alhamdulillahhhh… hari ini genap 33 tahun aku bernafas di bumi Allah ini… malas nak sorok² umur.. cliché sangattt kann?? Hahaha..

Well.. buat apa nak sorok jumlah umur kite yg sebenarkan? To me umur itu sesuatu yg perlu kite ingat dan berbangga dengan nya! Kite perlu ingat umur kite supaya kite tidak terus hanyut dlm meniti hari² kite yg mendatang.. macam aku… bile setiap tahun angka umur aku bertambah.. maka aku makin risauu kerana dgn pertambahan umur itu.. ia mengingatkan aku tentang kematian! Biasanya biler kite lebih sering mengingati mati.. secara automatic kite akan lebih mengingati Allah! Kalau dulu before 3 series nie.. jgn harap lah nak ingat pada kematian… memang sumpahh dok ingat perkara berjimba dan berhuha-huha aje kekdahnya! Hahaha.. well darah mudoo lah katakan.. tiada siapa mampu menghalangnya! So, pada aku bagus utk kite mengingati umur kite yg semakin kertu ini.. setidak tidaknya kite ingat pada kematian yg semakin menghampiri kite yg mana sudah semestinya kite akan kembali kepada Sang Pencipta!

Selain beringat.. kite jugak kene berbangga dengan umur kite yg semakin meningkat! Mesti org kata aku gilerr nak bangga umur dah makin tua kan? Hahaha.. well. Pada aku.. kite perlu berbangga dengan apa yg kite mampu kecapi sepanjang tempoh hayat kite bernafas di muke bumi ni! Berbangga lah dengan setiap kemajuan diri… berbangga lah dengan setiap kemampuan diri.. berbangga lah dengan setiap perubahan diri… choppppp!!! Berbanggga pada perubahan diri tu pastikan perubahan ke arah yg lebih baik yer… jgn ko pergi berbangga dengan kemunduran dan perubahan negative yg menjahanamm kan diri ko sendiri plakk! Kalau itu yg ko banggga kann.. haa itu memang sah ko gilerrr lah kekdahnya! Hahaha… Anyway, make sure berbangga tu jgn lah nak bangga dgn perasaan riakk di hati plakk.. kalau dah bangga ngan riak dihati tu dah jadi masalah lain lah pulakkk! Well.. maksud bangga disini adelah bangga yg positif yg mana ianya boleh memberi motivasi pada diri sendiri dan bukannya ke arah yg negatif yg boleh membawak kepada perasaan angkuh dan bongkak diatas perasaan riak yg wujud dlm hati!

So today is my 33rd Birthday! Ade beberapa perkara yg aku rasa berbangga dengan pencapaian diri sendiri! Syukurrr alhamdulillahhhhhhhhhhh ke hadratt Allah SWT atas setiap limpahan rezeki yg DIA berikan pada ku tanpa henti! Sepanjang tempoh 33 tahun aku bernafas di dunia ni.. sesungguhnya aku cukup makan.. aku cukup pakai… aku ade pekerjaan yg terbaik setakat hari ini.. aku ade kengkawan yg baik² *termasuk korang lah tu*… aku terlebih shopping.. *oooppPPppssSSss…* aku terlebih holiday… *OoooOoopPPppss lagii* aku ade rumah... aku ade suami yg awesome, handsome, baik hati, penyayang, pelawak, pendengar setia, penasihat terhebat, kedekut.. eh! Hahaha.. ok ok.. pahala banyak sbb puji laki lebih.. dpt dosa seketul sbb kutuk dia kedekut! Muhahahaa…

Oh yaa.. antara pencapaian diri yg palingg manis dan berharga yg tidak mampu aku lupakan adelah pengalaman menjadi ibu selama 2 bulan pada tahun lepas! syukurr sgt² kerana aku diberi peluang utk merasa saat nan indah itu.. walaupun hanya seketika.. tapi aku tetap rasa bahagia.. bahagia dan berbangga kerana aku merasa jugak title seorang IBU itu! Ehh.. kalau aku masih preggy skg nie kan.. confirm aku sedahh memboyooott laluuu mengembang patahhh kan! Hahah.. kalau ikut calendar pregnancy.. hari nie genap 36 minggu aku preggy! Lebih kurang sebulan aje lagi aku akan deliver my very first baby! Takpe lah.. dah takde rezeki… nak buat macam mana kan… sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat diri ku sebagai hambaNYA! DIA masih belum nak bagi aku rasa bangga menjadi ibu kepada seorang anak yg lahir ke dunia ini… insyallah masanya akan tiba jua nanti… entah pada hari kelahiran ku yg keberapa nanti aku pun tak pasti.. tapi aku yakin yg Allah akan beri jugak rasa itu bila sampai masa dan ketika nya!

Dan sudah semestinya… sepanjang tempoh 33 tahun ini.. penghijarahan ku adelah satu perkara yg paling bermakna dlm hidup aku!  serious aku ckp.. yg penghijarahan ini bukan lah berlaku dgn mudah.. yeaa.. bukan mudah utk berjaya di akhirat... even aku dah berhijrah dari seorang yg free hair kepada sorang yg berhijab.. dari seorang yg gemar memakai baju sendat mendat kepada seorang yg selesa memakai jubah/dress yg longgar.. sesungguhnya masih banyaaakkkk lagi perubahan demi perubahan yg perlu aku lakukan dan perbaiki!  nak tukar baju yg ketat ke longgar itu mudah.. nak sarungkan hijab ke atas kepala itu pun mudah.. yg susah itu adelah utk istiqomah.. yg susah nak diperbaiki adelah perasaan hati.. nak ubah rasa marah kepada sabar... nak ubah perasaan susah hati kepada tenang.. nak ubah perasaan dendam kepada memaafkan... yaa.. yaaaa.. apa sahaja yg melibatkan perkara zahir itu lebih mudah utk diuruskan berbanding perkara batin!

Alhamdulillah.. setakat hari ini aku amat bahagia dgn proses penghijrahan yg aku lalui... tidak pernah sekali aku menyesal... malah aku lebih menyesal kerana aku tidak mendapat Hidayah itu lebih awal... aku menyesal kerana telah terlalu banyakk masa muda di habiskan begitu saja!  tapi tak mengapa... aku masih tetap bersyukur kerana Allah memilih aku utk menerima cahaya hidayahNYA di usia 33 tahun!  Insyallah akan aku terus berusaha dan berusaha utk terus istiqomah ke jalanMu Ya Allah... aku tahu aku masih terlalu jauhh dari kesempurnaan!

Maka di hari kelahiran ku hari ini.. aku ingin memohon pada Allah SWT agar berikan aku kekuatan utk meneruskan hidup di dunia akhir zaman yg sesungguhnya penuh dgn ujian dan dugaan... Ya Allah Ya Tuhan ku.. sesungguhnya apa sahaja perkara yg baik² itu datangnya dariMU... apa jua kekurangan yg berlaku adelah atas kelemahan aku sebagai hambaMU!  Ya Allah Ya Tuhanku... tunjukkan lah aku jalan yg lurus & benar...  kuatkan lah iman di dada ku... jadikan lah aku seorang isteri yg solehah.. Sesungguhnya aku tahu aku tidak layak utk ke syurgaMU Ya Allah.. tetapi ketahuilah yg aku amat takot akan azab api nerakaMU.. lantas aku memohon pengampunan dariMU... ampuni lah aku hambaMU yg lemah lagi tidak berdaya ini Ya Allah!   Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang! aminnnn...

Btw.. Hadiah birthday tahun nie aku belum tuntut lagi dari en.teman... serious dah tak tahu nak mintak apa kekdahnya! hahaha.. tapi hadiah tetapp hadiah.. belated atau advance.. still kene tuntut sbb tu je lah tanda kenangan antara kami suami isteri! hihi.. so takpe.. setakat hari nie aku masih belum jumpa lagi apa² yg berkenan di hati...  tgk lahh nantii... kalauu aku jumpa apa² yg tersangkut dimata & hati... haruss poket en.teman berdarah kembali! muahahhahahaa...

Sebagai penutup entry.... terima lah gambar yg kengkonon nya exclusive! hahaha... yes... serious ini adelah exclusive... ia di tahap exclusive sebab aku tak pernah share lagi gambar nie di mana² media sosial network aku!  gambar nie memberi banyak sentimental value.. gambar aku sekitar tahun 80'an...

So are you ready??





Ok... drum roll pleaseee!!!






ini lah dia istilah Gorjes Gonjeng yg sebenar! haha...

rambut versi tempurung... gigi rompong... kulit bak kicap kipas udang itu adelah yg pemanis sebenar!

#Ohhh... I really miss my childhood life#



Wednesday, January 23, 2013

Sifat Kasih Sayang RASULULLAH SAW Yang Bisa Mengubah Hatiku!


Esok Maulidur Rasul.. Salam Maulidur Rasul buat semua!

Nabi Muhammad SAW... Nabi junjungan kite yg sungguh tinggi budi pekertinya!  Dlm kite menjalani kehidupan skg nie... kite perlukan contoh yg terbaik utk menjadi seorang hamba Allah yg lebih baik dan terbaik!  dan semestinya sifat dan budi pekerti Rasulullah adelah sebaik-baik contoh yg patot kite contohi!


Dulu aku jahil.. terlaluuuuu jahil dlm banyak perkara.. aku sekadar manusia biasa.. insan yg tidak terlepas dari sifat negatif seperti terlalu ikut perasaan terutama perasaan marahh.. aku juga bersifat pendendam & aku juga agak sukar utk memaafkan seseorang kalau sesuatu masalah itu tidak diselesaikan dengan cara yg baik!  Tetapi selepas hati ini disuntik sekelumit hidayah pada tahun lalu, aku tidak mahu hidayah yg diterima itu sekadar atas paksi luaran semata!  aku berazam mahu mencari hidayah yg hakiki dan sejati.. utk itu aku tahu yg aku perlu selarikan penghijrahan ini bukan sekadar rupa zahir semata tetapi aku juga perlu mengilap sifat batin ku!       

Jadi bagaimana harus aku gilap sifat negatif yg sering menyelubungi diri ini? sebagai titik permulaan.. aku gunakan medium internet utk aku carik ilmu.. insyallah mudah mudahan selepas ini aku akan kembangkan sayap titik permulaan ini ke majlis² ilmu pula.. 

Disini ade satu artikel yg berjaya menarik minat aku dan ingin aku kongsikan bersama-sama kalian semua.. semoga ianya bermanfaat utk kite semua.. Insyallah! :)


Sumber:  Kisah Teladan

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”

Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!” 

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.

Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”

Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”

Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.

12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.

13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.

14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu. Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”

Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

15. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.

16. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”

17. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebutcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.

18. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”

19. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”

INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.


Memang sungguh aku terkesimaaaaaa membaca coretan ini!  tapi inilah salah satu penguat semangat aku utk terus melawan sifat negatif yg ade dalam diri ni!  satu perangaaiii yg paling susah aku nak buang dari dalam diri nie adelah kalau org buat taik a.k.a buat jahatt ngan aku.. memang seriously aku memang susahhh sangattt sangattttt nak maafkan org tu!

Actually aku ni jenis lembut hati jugak orang nya.. aku mudah nak maafkan org tapi kalau betol cara dan toleransi nya.. cam contoh dengan ade nya perbincangan 4 mata... then kite dpt bermuhasabah diri masing².. sama² mintak maaf atas kekhilafan yg dilakukan.. insyallah aku nie memang cepat memaafkan org.. tapi yg aku tak sukarrrrrrrrrrr sgt nak maafkan org bile org nak kata aku je yg salah and dia plak perfect 100%!  then tak cukup ngan tu, dia terus buat macam² perangai jahat lagi dan lagi dan lagiiiii kat kite!  pastu aspect kite nak maafkan dia ngan hanya say sorry tapi end up ko tak mengubah diri ko skit pun?  sorry lahh.. to me sorry tu takde makne nyaaa kalau ko tak cuba nak ubah perangai yg burukss itu kepada yg lebih baik!  so end up ini yg akan membuatkan aku jadi geramm lalu berdendamm dan takmo memaafkan org yg jahat ituu! 

Okk.. itu duluuuuuuuuuuuuuuuuu! ye duluuu lahhhhhhh.. dulu memang aku rasa camm sakit hati yg berpanjangan.. selagi tak settle elok² memang takde lah aku nak maafkan dan nak buat baik ngan ko!  tapi skg tidak lagi.. alhamdullilah.. lepas aku baca sifat² kasih dan sayang Rasulullah SAW nie.. terus membuatkan aku tercelikk dan tercekikk!! Ya Allah... betapa mulia nya sifat baginda.. nabi yg maksumm.. yg terpelihara.. tetap berbuat baik pada semua org.. ini kan pulak aku manusia yg banyakk dosaaaa! sobssss.. sobbssssssssss... 

Memang tak dinafikan bukan mudah utk memaafkan insan yg menyakitii hati kite.. tapi satu lah yg aku akan ingat bile tiap kali syaitonnnnnnnnn nirajimmm dok bertenggek kat sudut hati nie.. dia memang akan cucuk² hati kite kata jgn lahhh berbuat baik pada org yg sakiti engkauu!  yess.. kalau dulu memang ikut je kata si syaiitonnnnnnnnnn niee.. tapi skg aku cuba lawan dan ubah... aku perlu kuat menentanggg si iblis laknatuallah nie! 

Walaupun tak dinafikan hati nie sakit apabila disakiti oleh insan² tertentuu.. tapi bile tiap kali aku disakiti tu aku perlu kuat dan bangkit.. terus roh baikk aku berkata-kata.. ingat lah pada sifat kasih sayang Rasulullahh yg ko dah penah baca tuu.. Ingat lahhhh pada Allah.. sesungguhnyaa Allah Maha Pengasih & Penyanyang Lagi Maha Pengampun!  Ko banyak dosa.. so ko mintak ampun dari Allah.. insyallah Allah akan mengampuni nya... jadi apalah sgt ko manusia yg banyak dosa nie tidak boleh memaafkan insan lain yg menyakitii hati mu?  

Pasal tu lah hati org yg sering dilukai ini begitu tinggi darjat nya di sisi Allah SWT seandainya dia sering memaafkan org yg menyakiti hatinya!  memang bukan mudahh... tak mudah sbb kite sedang berperang perasaan dgn hasutan syaitoonnn yg ingin melihat kite berpecah belah sesama insan!  tapi kite perlu ingat.. balasan yg manis itu jika tidak dpt sekarang.. insyallah dan susah pasti kite akan dptnya di akhirat kelak!  Jadi berbuat lah baik dengan sesiapa sahaja dan ringankan lah hati utk memaafkan org lain walaupun hakikatnya hati kite masih terluka!

Tapi tak dinafikan ade kalanya aku tewassss jugaaaaaaaaaaaa!!! bile mood tengah baikkk.. kepala hotakk tengah warassss.. memang lah aku boleh control.. tapi bile kepala hotakk aku tengah tinggggg tonggggggggggg... jawabnyaaaa uncontrollable dan akhirnya terbabass juaa!! so kalau terbabass tu kene cecepat lah aku ber-istighfar dan ingat padaNYA dan RasulNYA!

Btw, nie aku nak share kan satu sifat terpuji yg aku nampak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam baru-baru nie...

bile keluar nak melangkah keluar dari masjid... aku ternampak situasi ini!

sungguhhh aku terkesimaaaaaaaaaaaaaaaa sangat² apabila melihat selipar jemaah yg hadir ke masjid nie telah pun tersusun rapi!!  but bukan saja rapiii tetapi dah siap² di pusing kan ke arah kite yg nak melangkah keluar dari masjid!!!

pakcik nie aku rasa dia penjaga perkarangan masjid.. basically aku tak pasti adekah pekerjaan menyusun kasut & selipar di masjid nie adelah salah satu tugasan tetap dia ataupun dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri?  tapi yg pasti di saat aku melangkah keluar dari masjid diketika itu.. Subhanallah.. sungguh aku bisa merasakan keikhlasan yg jelassssss terpancar pada raut wajah dan air muke nya yg sering tersenyummm disaat menyusun sepatu di pintu rumah Allah ini! *speechless*

Serious aku rasa cam tak sampai hatii nak pakai selipar aku yg dah disusun oleh pakcik nie.. sbb aku memang boleh rasa keikhlasan dia.. cara dia menyusun semua sepatu disitu dengan penuh kesabaran, kemas dan teliti... pada aku just like selipar aje pun.. kalau susun pun rasanya tak perlu lah nak kemass sesangat kan.. tapi pakcik nie tak.. dia angkat setiap selipar tu dgn penuh lemah lembut... kemudian disusun nya dengan begitu rapi dan teratur.. takde pun dia main campak² or susun like asal boleh!  dan secara jujurnya aku melihat ini satu pekerjaan yg sangat mulia.. semoga Allah senantiasa merahmati kamu pakcik! 


Sesungguhnya masih jauh perjalanan hijrah ku ini...
Ya Allah.. Engkau permudahkan lah laluan ku ini!
Aminnn....


Tuesday, January 22, 2013

Perasaan Gembira Bersulam Jiwa Kacau!



Friday, January 18, 2013

Bukan Mudah!


Bukan mudah utk menyusun tangga ke SANA!
Bukan mudah utk mengubah mimpi jadi realiti!
Apapun jua bisa terbukti andai langkahmu tidak terhenti!

Bukan mudah menggapai NUR IMAN yang berkelipan!
Bukan mudah JALANAN ini untuk diharungi!
Apapun jua bisa terbukti andai langkahmu tidak terhenti!

Menuju puncak.. Gemilang cahaya mengukir cita seindah rasa!
Menuju puncak... Impian di hati, bersama janji dan azam sejati!
Insyallah.. pasti berjaya di dunia & akhirat!

Percaya lah pada diri...
Dengan harapan dan keyakinan!

#Parodi lagu Menuju Puncak AF nukilan sendiri#


Yerrr! memang sesungguhnya tidak semudah yg dikata...

Banyak dugaan yg perlu ditempuh utk terus dekat dengan NYA..
Ada kalaa jiwa ini begitu berEmosi dan tertekan lantas air mata berjujuran...
Sedih.. pilu... buntu... sering menyelubungi diri!

Dan disaat jiwa tertekan ini lah syaitan begitu mudah mendekatii naluri hati..
Syaitan akan terus menyimbah api ke dlm hati utk terus merasa marah dan tertekan..
Disatu sudut akan ade bisikan hati kecil yg mewakili si syaitan nirrajiim...
Jika dibiarkan.. mungkin ia bisa memakan diri!

Lantas... bangkit kan lah jiwa ini dengan satu lagi bisikan nurani keimanan yg sesungguhnya wujud disanubari..
Lawan lah api petikan syaitan itu... simbahkan lah hati dengan istighfar dan berfikirlah secara waras...

DIA memberi Ujian Perasaan itu utk menguji sejauh mana kah kesetiaan mu padaNYA...
DIA mahu melihat adekah engkau akan berpaling dariNYA dengan menuruti hasutan syaitan...
Ataupun walau sesusah mana sekali pun adekah engkau akan terus mencari keredhaanNYA dengan terus kekal berusaha utk istiqomah!

Sesungguhnya...
Syaitan tidak akan pernah berhenti utk memusnahkan titian perjalanan mu utk ke Syurga..
Lantas kuatkan dan perkukuhkan lah hati kecil mu...

Benarr.. BUKAN MUDAH utk mendidik jiwa dengan suntikan keimanan & ketaqwaan yg tinggi... apatah lagi utk istiqomah!


Sebagai hambaMU.. aku hanya mampu berdoa agar aku terus diberi kekuatan & semangat utk terus berjalan lalu berlari demi menuju ke puncak SANA! Insyallah!


Terkadang.. air mata itu perlu di tumpahkan demi sebuah senyuman yg lebih membahagiakan dan berpanjangan!


Thursday, January 17, 2013

Waktu Mengandung Hari Tu Takde Mood Nak....


DSC_5898 copy
Berposing ngan baju nie! hehehe...


DSC_5903 copy
Dress denim star dari Najjah Boutique nie aku beli dlm bulan puasa tahun lepas.. tapi baru sempat pakai sekali jer waktu makan² bersama member blogger kat umah aku dlm bulan sembilan hari tu!

DSC_5913 copy
and now bile attend wedding kakak Aizat nie baru lah aku pakai utk kedua kali nya!

DSC_5915 copy
Zaa kata dia pun dah lama giler tak posing² ngan aku!

DSC_5962 copy
Kite nak posing camne nie Za?

DSC_5956 copy
kite tak yah pose.. tapi kite main candid aje!

DSC_5981 copy
One...

DSC_5982 copy
Two...

DSC_5983 copy
Three!!!!

DSC_5984 copy
Khalis confused tengok untie² dia yg beraksi seperti kanak² ribena!

DSC_5987 copy
Khaliss yg patot memain kat sini bukan Untie Zaa & Untie Nin!

DSC_5920 copy
Ok lah.. dah penat memain.. now kite pose pose pulak!

DSC_5925 copy
focus kat I sorang je tauu.. pleaseee.. pleaseee laaa abaikan background I tu! :p

DSC_5932 copy
Ehh tetiba buah hati pengarang jantung I interpremm... ohh rinduu nya saat berdua dlm gambar sebegini!  wahai Bay Bee ku.. bile lah kite nak buat photoshoot terbaru nie???

DSC_5935 copy
en.teman kata nanti dia pilih masa dan tempat yg sesuai utk buat photoshoot kami berdua.. now dia suruh aku berdiri je sengsorang dulu cam tiang lampu!

DSC_5937 copy
Ok.. nanti saya tuntut janji awak tau Bee!


I love blue color too!


DSC_5941 copy
korang layan kan versi meroyan pompuan gorjes gonjeng nie..

DSC_5947 copy
Sesungguhnya dia tgh mengidammm nak posingg selepas sekian lama tak posing depan camera! :p

DSC_5950 copy
puas hati lah tu!

DSC_5953 copy
belum.. belumm.. nak lagii nak lagiiii!!!

DSC_5991 copy
Udahh.. udahhh.. puas tak puasss.. baby Khalis a.k.a 'mam' besar of the day dah ajak balik.. so jommmmm balikkkk! :D


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails