COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Wednesday, March 2, 2011

Philea Resort & Spa Cetus Suasana Eropah!


.
Artikel dari Utusan Malaysia!
MELAKA 12 Julai 2010 - Melangkah masuk ke Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, pasti menjadikan hati setiap pengunjungnya terdetik adakah mereka sedang berada di sebuah perkampungan berkonsepkan seni reka Eropah.

Melihat seni bina setiap bilik resort dan suasana aman serta damai yang terdapat di situ memang tidak dinafikan seperti berada di luar negara walaupun pada hakikatnya Philea hanya terletak bersebelahan dengan Plaza Tol Ayer Keroh di sini. Philea merupakan resort mewah bertaraf enam bintang dan berkonsepkan seni bina Eropah yang pertama di negeri ini menawarkan penginapan eksklusif kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Mungkin ramai yang tidak menyedari wujudnya resort mewah yang merupakan milik penuh Hotel Majestic dan Resort Sdn. Bhd. yang baru dilancarkan secara rasminya pada 19 Jun lalu. Uniknya resort ini kerana seluruh bangunan bilik penginapan dibina menggunakan 100 peratus daripada kayu jenis pine log yang diimport dari Rusia. Ia merupakan resort bukan sahaja terbesar di negeri ini tetapi juga di Asia yang dibangunkan di tapak seluas enam hektar dengan pelaburan sebanyak RM140 juta.

Apa yang menariknya mengenai resort ini apabila ia dibina menggunakan kayu terpakai yang diimport dari China selain kayu landasan kereta api terpakai turut digunakan bagi memberi lagi satu pengalaman menarik kepada pengunjung yang datang menginap ke resort ini. Selain memperincikan konsep taman pertanian dan bunga-bungaan di sekitarnya, seni bina resort yang terletak berhampiran Taman Rama-Rama di Ayer Keroh turut mengambil inspirasi kebanyakan bangunan atau rumah diperbuat daripada kayu di Kanada.

Boleh dikatakan Philea merupakan resort pertama yang menggunakan konsep kayu dari Kanada wujud di negara. Ia menawarkan kemudahan 201 bilik yang amat selesa termasuk 180 vila, 19 suite dan dua unit vila Diraja. Setiap vila mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik termasuklah kemudahan pendingin hawa, jubah mandi, akhbar harian, televisyen dan meja dalam setiap bilik.

Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan adalah serba lengkap dengan sebuah kolah yang terdapat di perkarangan vila diraja yang telah dikhaskan. Selain itu, resort yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini menyediakan pelbagai kemudahan menarik kepada pengunjungnya antaranya lima restoran pelbagai konsep.

Mendengar nama-nama restoran yang terdapat di Philea Resort and Spa ini juga pasti menarik perhatian pengunjung yang inginkan satu makan malam yang ceria. Lima restoran tersebut ialah Cravo cravo, Nusantara, Chillout Bar (berhawa dingin dan tidak berhawa dingin), Tropics Lounge dan Bayu Cabana. Bagi mereka yang membawa anak-anak kecil, pasti percutian di resort ini memberi seribu satu kenangan manis kerana selain daripada dekorasi bilik menarik, kemudahan seperti kolam renang dan taman permainan kanak-kanak disediakan. Bagi mereka yang mahu menjalankan aktiviti riadah kemudahan pusat gimnasium turut disediakan menjadikan Philea Resort & Spa serba lengkap dengan semua kemudahan yang sesuai digunakan seisi keluarga.

Selain itu, untuk mana-mana syarikat yang ingin mengadakan apa-apa persidangan, dewan besar yang memuatkan 600 orang turut disediakan dengan semua kelengkapan yang telah disediakan. Pengurus Besarnya, Ung Beng Huat berkata, resort yang baru dibuka itu menawarkan kemudahan 201 bilik yang amat selesa. Menurutnya, istimewanya setiap blok direka khas untuk menghasilkan pandangan keseluruhan resort selain setiap bilik dilengkapi dan dihiasi perabot berkonsepkan elegan dan kontemporari.

"Selain menggunakan 'pine log', resort ini juga turut menggunakan kayu terpakai yang diimport dari China dan kayu landasan kereta api terpakai turut digunakan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini. Beng Huat berkata, pihaknya juga ada menawarkan perkhidmatan selama 24 jam iaitu perkhidmatan dobi atau cucian kering, kemudahan mesyuarat, restoran, kemudahan orang kurang upaya (OKU) dan kemudahan pengangkutan. "Kami cuba menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan sejajar dengan kedudukan Melaka sebagai negeri pelancongan terunggul," katanya.

Mengulas lanjut, katanya lagi, harga bilik yang ditawarkan adalah sekitar RM750 sehingga RM1,000 bagi satu malam. "Walaupun harganya nampak mahal, tetapi berbaloi kerana anda akan dapat satu pengalaman berbeza ketika berada di resort ini," katanya.

Another write up about Philea that came out @ NST newspaper last year!
Okkk.. make sure korang ingat tang perkara2 yg aku dah highlight kan secara berwarna warni tuuu.... so nanti biler aku buat review..  senang sikit sbb korang dah PaHaM! :D

DSC_0003 copy
Yeaa! I've been there last week! Nak tahu cerita selanjutnya?? Kite nanti kan selepas ini! :p

20 comments:

ratusiput said...

wah beso n mewah...

InaAchik said...

x sabar... x sabar!!!

giler bapak mewah jeng!!!

wahida said...

u dah pegi sis? cepat hapdet!!

-anidaothman- said...

wowwwwwww...SUNGGUH LUAIH TEMPAT dia...

MiYOKO SuKi said...

bestnyee....

nk g jugak tempat best2 cam nii...

risa said...

harus ku terjah ni..selalu lepak kat d'village air keroh tu je hehehe

Queen said...

waaaaaaa..............

Suzana Ikram said...

cantik2.. suker2. cpt neena up-date gmbr dari sana.

eLLy said...

cepat update tak sabar nak baca cerita selanjutnye

nasaoji said...

iyer..masih menunggu nih!..

NeenaAnuar said...

ratusiput:
hehehe.. besaauu tu sbb share 4 bilik dlm satu building beb! ;D

NeenaAnuar said...

InaAchik:
ko jgn gelojohhhhhhhh ngekkkk... sabaaaaaaaaauuuuuuuuuuuu!!! :p

NeenaAnuar said...

wahida:
udaahhhh... hehee.. nie tengah update lerr nie.. pelan2 kayuhh niee.. heeeee... :D

NeenaAnuar said...

kak LiMaH:
hehe.. memang punn.. kawasan sebesar 6 hektarr tuu.. huhuhu...

NeenaAnuar said...

MiYOKO:
bolehhhhh jerr awk pegi sayanggg... pegi lepas kawin nanti.. pi hanimunnn coz tempat nie sangattt lah sesuaiiii! :D

NeenaAnuar said...

risa:
haa.. terjaahhh jgn tak terjahhh tauuu! ;D

NeenaAnuar said...

Queen:
ngeeeeeeeeeeeee.. :D

NeenaAnuar said...

ikiqzana:
hehehe.. ok kakk.. tengah dok update pelan2 nie hah! ;D

NeenaAnuar said...

eLLy:
hehehehe.. wokeh sista! ;)

NeenaAnuar said...

nasaoji:
hihihi.. TQ sbb sabauu menungguu! ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails