COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Saturday, December 4, 2010

DITAWAN PEROMPAK! Adekah Mereka Perompak Yang Sama Merompak Aku Bulan Lepas???


Jawapannyerr... kemungkinan besarr adelah YA!!!  Cara rompakan adelah sama seperti merompak aku & kawan2 aku hari tuu... kawasan rompakan sama.. di kawasan taman keramat!! Huurrrmmm... Just read this!

******************************************************************************************* 

AMPANG: Empat beranak menempuh detik mencemaskan apabila menjadi ‘tawanan’ penyamun yang secara tiba-tiba menyerang sejurus kereta mereka berhenti di depan rumah di Taman Keramat, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang berusia 35 tahun bersama isteri dan dua anaknya baru tiba di rumah mereka.

Ketika itu, dia memberhentikan kereta dan turun untuk membuka pintu pagar, namun terkejut apabila seorang lelaki bersenjatakan parang terus meluru ke arahnya.

Mangsa kemudian masuk semula ke dalam kereta dan mengunci pintu bagaimanapun penjenayah terbabit terus menghayun parang ke arah cermin di bahagian pemandu dan penumpang hingga pecah.

Sumber polis berkata, mangsa terkejut melihat seorang daripada penjenayah terbabit mengacukan parang ke arah isterinya yang ketika itu berada di tempat duduk belakang.

“Penjenayah berkenaan meminta isteri mangsa menanggalkan barang kemas dan wanita terbabit yang mengenangkan dua anaknya berusia enam dan dua tahun yang berada dalam kereta kemudian terus keluar daripada kenderaan terbabit.

“Dia berbuat demikian kerana tidak mahu dua anaknya itu dicederakan penjenayah terbabit selain mahu memberikan barang kemas seperti yang diarahkan mereka,” katanya.

Menurutnya, melihatkan keadaan yang kelam-kabut itu, mangsa kemudian mengambil tindakan nekad mengundurkan kereta dan ketika itu seorang penjenayah berada di belakang kenderaannya.

“Akibatnya penjenayah terbabit terjatuh dan mengalami kecederaan sebelum dia dibantu rakannya yang kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal.

“Bagaimanapun, sebelum beredar, seorang daripada penjenayah terbabit yang berang kerana mangsa terlanggar rakannya sempat mengugut mahu membunuh mangsa,” katanya.

Sumber terbabit berkata, mangsa dan ahli keluarganya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya keretanya mengalami kerosakan di cermin akibat dipukul dengan parang.

“Namun, penjenayah sempat mengambil barang kemas milik isterinya iaitu dua rantai emas dan juga satu gelang tangan sebelum mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

“Kejadian itu membuatkan mangsa dan ahli keluarganya trauma kerana terpaksa berhadapan dengan kumpulan penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dan boleh dianggap ganas,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tidak dapat mengecam muka penjenayah kerana mereka memakai topi keledar berpenutup penuh dan dia juga tidak sempat mencatat nombor pendaftaran kenderaan digunakan suspek kerana kejadian berlaku begitu pantas.

“Polis kini sedang memburu empat suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun secara berkumpulan,” katanya.

******************************************************************************************

Ya Allahh Ya Tuhanku..... Engkau Lindungilah Kami Semua Ya Allahh....  :(


12 comments:

Aini said...

hati kering betul perompak tu yek. Harp pihak polis cepat2 dapat tangkap orang bangsat macam tu. Geram tul

~eZmALiZa~ said...

ya allah..kak neena hampie kene ke dulu??ya allah...semgoa perompak tu dpt ditgkap!

LiAnA said...

Polis mana ???? katanya polis malaysia ni terbaikkk.. makin teruk dh ni..

AIN NAZRI said...

cepat2 laa polis tu tangkap penjenayah tu... dah banyak kes dah nie.. takkan nak tggu mati baru nak gerak.. jgn laa lembab sgt ye tuan polis... kata dah dapat kurangkan jenayah.. tapi sekeliling aku menunjukkan jenayah itu naik ajerk... dari dok paw org kat tepi jalan.. better gi kejar perompak sialan ini..

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

manusia semakin terdesak kan skrang...ya allah KAU lindungilah aku, keluargaku dan sahabat2ku serta seluruh umat islam dari segala bencana..amin..amin..amin...

Lia said...

Ya Allah...
takutnya dgr citer2 mcm ni kerap berlaku.. Minta Allah s.w.t lindungi kita semua dari kecelakaan ni.. amin..

NeenaAnuar said...

Aini:
nie bukan kering lagi dah dik.. nie dah takde hati perot langsung dah kekdah nyer! huh!!

NeenaAnuar said...

eZmALiZa:
dear.. bukan hampir lagi dah... tapi memang dah kene pun! huhuhu...

NeenaAnuar said...

LiAnA:
polis malaysia sibuk jaga org wat rusuhan kootttttttttttttttttttttt.... :p

NeenaAnuar said...

AIN:
owhhh sangatt setuju ngan komen kamooo dear! kalau ade kat sebelah I.. leh kite berdua ber-high-five! :D

NeenaAnuar said...

PuRpLeLiCiOUs:
aminn.. aminnn.. ya rabbal a'laminn...

NeenaAnuar said...

Lia:
insyallah sis.. aminnn...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails