Ya Allah.. apa lah nak jadik ngan Malaysia nie... makin lama makin teruk nampaknyer! takde undang2 dah boleh melindungi kite semua... makin lama makin berleluasa kejadian bangsat nie! serious aku menyirappp biler baca pasal citer nie semalam kat suratkabar Metro... sadiss betol laa.... in case ade yg tak terbaca lagi artikel nie... lets read this!
KUALA LUMPUR: Seorang wanita kini trauma dan terlantar di hospital akibat dipukul, dirompak, malah turut dirogol dan diliwat selepas diculik sekumpulan tiga lelaki dari perkarangan rumah sewanya di sebuah kondominium di Pandan Indah, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat baru pulang dari rumah keluarganya di Ulu Yam, Selangor. Sumber polis berkata, sejurus mangsa keluar daripada Perodua Myvi dipandunya, tiba-tiba muncul tiga lelaki yang terus memukul dan menendangnya.
“Mangsa ditarik masuk semula ke dalam keretanya dan ketika itu mereka masih memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam usaha melemahkannya. “Mereka membawa mangsa ke sekitar ibu kota dan memaksanya menyerahkan barang berharga termasuk kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor pengenalan peribadi (PIN) daripadanya,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang ketakutan mengikut arahan tiga lelaki terbabit sebelum dia dibawa ke sebuah lokasi berhampiran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Chamang, Bentong, Pahang. Sumber itu berkata, sebaik tiba di satu lokasi sunyi di situ, seorang daripada lelaki terbabit merogol dan meliwat mangsa.
“Mangsa berjaya meloloskan diri dan meminta pertolongan daripada orang ramai yang melalui jalan berkenaan. Dia dibawa membuat laporan di Balai Polis Bentong sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Bentong. “Pada masa sama, tiga lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian dengan kereta mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa dipindahkan ke Hospital Temerloh untuk menjalani pemeriksaan dan kini masih dirawat di hospital itu. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan trauma. Sumber itu berkata, setakat ini polis sudah menahan seorang lelaki yang dipercayai mengenali mangsa untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit kemungkinan warga Indonesia. “Bagaimanapun, polis Ampang Jaya hanya menyiasat kes rompakan yang berlaku kepada mangsa. Mangsa dirogol dan diliwat di kawasan Bentong dan kami sudah menyerahkan kes terbabit kepada polis di daerah itu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung dia dirogol dan diliwat.
Kesiann gilerrr kannn kat mangsa nie... kalau aku di tempat dia tak tahu lah macam mana agaknyer... sedangkan aku yg hari tu tak diapa-apakan.. cuma sekadar nampak pergelutan berparang perompak ngan kawan2 aku pun dah buat aku traumaaa ya amaat.... nie kan pulak dia yg dah kene sampai ke tahap camgini... huhu... memang aku simpati lah ngan nasib budak nie...
Ya allah... aku kann.. memang terkeduuu lah biler baca citer nie semalam.. seyes... terusss aku teringat saat aku dirompak hari tuu... rasa bersyukurrrr sangatt2 aku & kawan2 tak diapa-apakan sehingga tahap begini! and now aku bile flash back balik kejadian tuu.. aku rasa ya allahhh... memang tak tahu nak ckp apa... tak mustahil kami pun boleh di perlakukan sebegini... nauzubillahhh! Apa pun aku bersyukur sangatt sbb tak diapa2kan.. takat nak amik harta bende leh tahan lagi.. tapi kalau dah kejam tahapp vavisssssssssssssssssssssssssssssssssssss cam gini memang aku rasa diaorg nie semua binatangggg lah!
Ya allah... aku kann.. memang terkeduuu lah biler baca citer nie semalam.. seyes... terusss aku teringat saat aku dirompak hari tuu... rasa bersyukurrrr sangatt2 aku & kawan2 tak diapa-apakan sehingga tahap begini! and now aku bile flash back balik kejadian tuu.. aku rasa ya allahhh... memang tak tahu nak ckp apa... tak mustahil kami pun boleh di perlakukan sebegini... nauzubillahhh! Apa pun aku bersyukur sangatt sbb tak diapa2kan.. takat nak amik harta bende leh tahan lagi.. tapi kalau dah kejam tahapp vavisssssssssssssssssssssssssssssssssssss cam gini memang aku rasa diaorg nie semua binatangggg lah!
And for you girls out there... be alert & be aware always! don't take things for granted! skg Malaysia nie dah tak selamat! makin lama makin teruk aku rasa.. tak de apa yg besshh nyer duduk kat sini lagi biler kite sentiasa berada dlm keadaan takot & tidak selamat.. tak kire lah saat berada diluar rumah mahu pun di dalam rumah... sbb manusia2 bangsattt seperti mereka2 nie masih bersenang lenang dan berleluasa tanpa di kawal oleh pihak2 yg bertanggungjawab! Sometimes sangat meluat... sibuk sangatt ngan isu2 yg tak berfaedahh.. isu2 yg penting camgini diabaikan! huh!!!
p/s: btw, terima kasih di atas doa kalian semua... alhamdulillah... hari nie keadaan aku bertambah baik... batok dah semakin menghilangkan diri... malam tido pun dah lena... so pendek kata.. hari nie aku dah kembali berceria... walaupun dimulakan ngan entry yg agak 'panas' pagi nie... tapi I tetap cool taw! :D So lepas nie dlm erti kata lain.. buat sementara waktu... aku perlu berPANTANG dengan aissssss & bende2 yg sejukk.... huhuhu.....
9 comments:
Ya Allah takutnya....betul, kat mana2 pun xselamat skrg...kesian mangsa....
Alhadulllah neena dah ok dah...
Ya Allah..kesiannye kat dia... Mintak kita semua dijauhkan dari perkara2 yg x elok....
Alhamdulillah..akak dah sihat..:)
itula kan bahaya bagi pemandu wanita ni tau.. balik malam2 sangat macam tulaa bahaya menanti diluar sana.. kita kena hati2 laa kan.. kena elakkan hal macam ni berlaku
tu la pagi tadi aku baca metro...aduss tergamam..terkejut aku sampai macam tu sekali dia kena...syaitan iblis nya keje..sian sgt dia ..mesti trauma..beb kat pandan indah ...takut jeee...area tengah kl tu...aku tak tau apa nak jadi ngan msia ni...semua benda tak selamat ngan barang naik rakyat pun terdesak buat apa saja
Kalau nak rompak amk je la brg2 tak perlu la nak tendang sepak segalakan...bknnya magsa tu nak melawan pun...risau klu jadi pada kita atau sedara mara kan...
ya rabbi.....MEMANG hilang kemanusiaan laa PEROMPAK JAHANAM tuh....
patotlaa smalam mama ADA CERITA kat nida dalam keta pasaL nie..
soB..soB.....
akak, TAKE CARE k....
yg kat sini..awal januari arituh yg merompak guna senjata jugak....depa tak bejaya so kena LIBAS ngan ORG KAMPONG ngan batang GOLF..la nie SI PENYAMUN tuh stiLLL KOMA di ICU.....
padan...hamikkk ang!!!!
kisah nie masuk PAPER...muka depan lg..
kecoh BERTAM PUTRA seorg GURU di samUn.....
Kesianlah kat wanita tu..
Kalo nak rompak, rompak je lah..
Jgn nak rompak skali maruah+kehormatan diri mangsa..
Mmg si** lah perompak/perogol tu..
Tak aman hidup dia..
rogol??? eeiii takutnya.. kureng ajar punya penjenayah!
memang jahanam orang2 yang buat keje terkutuk tu...lagi bertambah jahanam bila yang buat tu warga asing, memang tak sedar utung betul. kita orang2 perempuan ni kenalah berhati2 + lelaki jugak. penyagak + binatang ni tak memilih mangsa.
Post a Comment