COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Friday, July 8, 2011

9 July.. Kecoh Pasal Perhimpunan BERSIH! Ini Pendapat Saya Sebagai Pemerhati Bebas!


Esok.. 9 July.. kecoohhh.. memang kecohh satu Malaysia! aku rasa ramai pun dah tahu apakah agenda yg bakal berlaku kat Negara kite nie especially in KL! Yep.. satu perhimpunan akan berlangsung.. perhimpunan BERSIH katanya!  memang aku sebenarnyer malas nak bersuara dlm isu2 sebegini.. but well.. my blog full of varieties... sesungguhnya tak tertumpuu pada satu subject semata... aku akan menulis dan menyatakan perasaan dan pendapat aku tentang apa jua perkara...

Ok.. frankly speaking aku memang dari dulu cukupp menyammmpahhh dan busannn nak amik tahu akan hal2 politik! Coz dah nama pun politikk.. dah tentu2 lah ade jerk agenda politik masing2 dan jugak ‘kekotoran’ nya tersendiri.. coz pada aku.. janji aku hidup aman bahagia.. janji aku tak susah merana.. janji keselamatan aku terjamin.. janji Negara ni aman damai.. senang utk aku bergerak ke sana ke mari.. yup! Itu sudah memadai bagi aku… So aku malass nak amik pott on whats going on in the political issues!

Tapi sejakk kebelakangan nie… entah kenapa aku macam mula nak amik pusing akan keadaan aku sebagai seorang rakyat.. mungkin kejadian rompakan bersenjata yg aku lalui tahun lepas mula menyedarkan aku… dan jugak semenjak minyak makin naik.. naikk dan terussssss naikkkk… itu lebih membukak mata aku… ye lah.. dah lumrah biler minyak naik.. semua bende pun naik.. tapi biler minyak turun.. jgn diharap yg naik tu nak diturunkan balik… makanan makin mahal siap pluss tax lagik... elektrik mencanakk naik.. dan blaa blaa blaaa.. malas aku nak citer panjang lebar lagi coz aku rasa semua org pun tahu apa yg sentiasa naikkk dan tak turun2.. mungkin pada org2 yg dlm kategori golongan KAYA.. pendek kata.. kalau takat makan RM100 utk breakfast.. RM100 utk lunch dan RM100 utk dinner.. yea.. mereka memang takkan rasa apa2.. pada mereka.. minyak kalau naik sampai per litter RM10 pun diaorg OK lagi.. tapi mereka2 yg MERASA keperitan adelah golongan2 pertengahan dan jugak golongan yg berpendapatan rendah!

Yeaa.. memang betol.. kite jgn lah terus dan terusss duduk di takok lama itu.. kite pun perlu menaikkan taraf hidup kite.. well aku setuju.. tapi bagaimana org yg dah bekerja hampir 24 jam.. semata2 nak mencarik rezeki halal.. tapi end up duit2 tuu kene bayar pada elektrik yg mahal.. minyak yg mahal.. dan jugak cost sara hidup yg tinggi.. aku sendiri yg boleh dikatakan dlm golongan sederhana nie pun boleh rasa.. biler tiap kali gaji baruuu nak naik sikit.. dah tak boleh nak rasa NIKMAT kenaikkan gaji tuu.. sbb?? aku kene bayar petrol mahal.. aku kene bayar brg makanan mahal.. but yet syukurr alhamdulillahh.. aku masih lagi maintain pada tahap yg sama.. tapi bagi mereka2 yg takde kenaikkan gaji tu camne? Dah lah bukan senang company2 nak bagi kenaikkan gaji.. biler dpt kenaikkan gaji ciputttttttttttt.. zzzaaaaaaaaasssss.. terus kene pi bayar kat tempat2 yg tak sepatotnya!

So dari situ aku mula bukak mata.. banyak perkara yg aku mula menilai dari segi logic atas isu2 yg berbangkit… walaupun hakikatnya aku nie tak lah kene impakk yg kuat atas segala kenaikkan tersebut.. tapi aku cuba sit and think.. why it is like this.. and why it is like that? Aku buat comparison.. yg mana logic.. yg mana tak logic.. kite ade otak… kite harus gunakan.. aku dah travel negera luar.. itu lebih banyak membukak mata akuuu…

Tetapi itu tidak bermakna aku anti kerajaan skg nie ataupun menyokong pihak pembangkang dan menyokong perhimpunan bersih… aku adelah pemerhati BEBASS! Bukan under parti Bebas yer.. aku hanya mahu menjadik sebagai pemerhati.. skg masa utk aku menilai.. mencongak dan berpikir… as rakyat.. aku mahukan yg terbaik.. aku mahukan pemimpin yg jujurr dan buat yg terbaik buat rakyat…

Sebagai pemerhati BEBAS.. aku punya pendapat aku tersendiri tentang perhimpunan bersih nie… aku dengar group nie ade 8 tuntutan yg ingin dikemukakan… kesemua 8 tuntutan tu takde kene mengena langsung dengan isu ugama mahupun bangsa... itu yg paling penting.. kesemua 8 isu tu majority nya berkaitan pilihanraya punyer system… then katanya mereka nak berhimpun secara aman damai… kite harap apa yg mereka kata tu mereka patuhi lah sepenuhnya.. supaya tidak berlaku kekacauan dan menyusahkan org lain yg tak bersalah dan tak terlibat dlm situasi ini… Kalau dah diberikan tempat utk berhimpun.. gunakan lah tempat itu sebaik mungkin… jgn buat kacau kat tepi2 jalan.. menyusahkan pengguna lalulintas yg lain.. 

On the other side pulak… bagi lah peluang bagi mereka2 ini bersuara sekiranya mereka mempunyai isu2 berbangkit yg ingin dinyatakan… selagi tidak berkaitan dengan ugama & bangsa yg boleh memudaratkan... bagi lah ruang... tak perlulah di sekatt sangattt coz mungkin ade beberapa perkara yg cuba mereka nyatakan boleh membantu anda memperbaiki apa yg kurang selama ini dlm system yg sedia ade skg nie.. mungkin dengan cara itu anda boleh teruss kekal berada diatas sana dengan memperbaiki kekurangan yg ade dengan mengambil berat pandangan rakyat yg bersuara... coz kalau kite yakin kite benar.. so jgn takot.. ibarat kata pepatah.. “Berani Kerana Benar.. Takot Kerana Salah” Kalau kite berani.. kite akan berdebat sampai mati! So kalau kedua-dua belah pihak dpt berbincang secara baik.. jgn ditolak mentah2 each other punyer rights .. beri peluang dan ruang utk bekerjasama.. Insyallah perkara yg tak baik dpt dielakkan.. Dan adelah lebih baik jika points2 yg cuba diutarakan oleh kumpulan itu diambil sebagai satu cabaran.. dan lakukan demi membuktikan kebenaran sebenar!  Yang pasti kalau segalanya telus.. sudah pasti keyakinan dan sokongan itu akan berterusan dan tak akan berbelah bahagi.. which aku jugak tidak terkecuali...

As rakyat Malaysia.. aku memang mahukan keamanan.. tetapi at the same time aku tak mahu ditindass… Aku tidak fanatic terhadap mana2 parti politik.. kerana apa yg aku mahukan adelah kebajikan yg terbaik buat aku.. yer.. aku bersyukur dengan apa yg aku dpt selama hari nie.. tetapi as I said.. terlalu banyak bende yg aku buat comparison skg nie.. which aku tak perlu lah nyatakan secara detail kat sini.. coz nanti tak abis2 aku bercerita kat sini….

Esok banyak laluan masuk ke KL akan ade roadblocks… aku pun tak tahu naper perlu ade nya roadblocks nie actually.. sbb dengan adenya roadblocks nie lah terjadiknya kesesakkan… org susah nak bergerak ke mana-mana.. boleh dan adelah sangat bagusss utk menjaga keamanan.. seeloknya jaga dan pantauu.. bukan sekat terusss sbb belum terbukti ade rusuhan pun… kalu ade yg mencurigakan then tangkapp lah teruss..

But in a way bagus lah pihak berkuasa dah siap sedia dari awal nak benteras dari awal.. bagus sikap nie.. sangatt terpuji… and aku terpikir jugak sebagai seorang bekas mangsa tragedy rompakan bersenjatakan parang tahun lepas.. adelah lebih baik kalau polis boleh benteras masalah jenayah dlm Malaysia sehebat mereka membenteras @ mengawal BERSIH nie.. So insyallah Malaysia ni boleh jadi Negara paling selamat dalam dunia… dan jgn pulak esok disebabkan sibuk dengan roadblocks.. penyamun2 & perompak2 kat dlm Malaysia especially disekitar lembah klang dpt peluang utk berjoli sakannn coz tumpuan pada mereka terabai buat seketika…

Apa pun.. aku berdoa dan berharap agar esok takde sebarang perkara2 yg tidak baik berlaku.. harapkan keamanannn sentiasa.. Ya Allah.. Engkau lindungi lah kami semuaa dan berikan lah kami pemimpinn yg sebaik mungkin! Aminn…

p/s: satu lagi perkara yg membuka mata.. kes sebar & edar video lucah oleh 3 D’T hanya dikenakan denda sebanyakk RM1K-RM3K.. tapi org (biasa) yg cetak/edar baju BERSIH kene denda minimum RM4K… hurmmmm....

12 comments:

Izza - Jiejah said...

perhimpunan ni under NGO kan tp bila dipolitikkan maka di set kan la ke kepala rakyat yg demo ni dtg nya dr pembangkang ..entah laaahhh .

akak ni sokong tidak ,bangkang pun idak ..duk atas pagar la gamaknya huhu

Opie said...

saya pon berpendapat cam u...derang bkn pon bawak pistol pi perhimpunan tuh...cuma nk buat tuntutan...sbb kalau buat tuntutan ikut saluran KErajaan takkan di layan punye..kalau polis nk jage, jage la kan sementara derang berjalan....takde masalah pon...

kalau peta mlm merdeka, tuh boleh plak buat tanpa rasa bersalah..mlm tahun baru di sambut meriah...sedangkan maksiat merata2 masa sambutan tuh..itu yg KERAjaan kite suke sgt2..berapa byk anak luar nikah hasil dr sambutan mlm merdeka & tahun baru....tp gejala tuh tak pernah dibenteras....terasa bodo sgt kerajaan mesia nih...senang kata, kalau tak buat salah kenapa nk gelabah..sebenarnye derang nih takut dgn bayang2 sendiri..itu je sebabnye...org buat salah mesti takut

Biqque said...

i LOVE politic issues and always eager to cast vote in PRU...for me, WHOEVER up there, will always BE the same...regardless mentally (agenda) or physically (boroi hahaha!)

but as 'rakyat', i will CHEW whatever been served, not SWALLOW everything. and i have rights to choose which meal that suits me, on timely basis.

so, let 'rakyat' speaks, for once...apa yg nak ditakutkan...coz there's no platform for 'rakyat' pun slama ni...and main stream medias DID not play their role correctly, sbb tu la 'rakyat' cari jalan lain...

ok, enuff, i kalo bebel pasal politic, mmg bleh bukak 'teh tarik session ni' :D hahaha!

IdaShamsury said...

panjang yer...

alia_aiman said...

Setuju ngan neena... I like your ideas...

Bitt (double IS) said...

apa politik... :)

yunk i page u dah tak jemmm tu i boleh komennn akekekkekekkee

aanie said...

sy sgt setuju dgn neena...sblm ni malas nak campur..tp skrg terpaksa amik tahu...
semua org berhak bersuara..m'sia kan negara demokratik....

InaAchik said...

bila bersuara... dikata derhaka...
kata demokrasi tapi terjerat sebenarnya...


bila berarak tunjuk protes terhadap serangan Gaza tak apa...
bila berkumpul untuk membangkang dikata pencetus huru hara...

tapi apa bezanya?!


roadblock sana sini utk semua rakyat salahkan satu pihak saja...
tutup jalan semua biar rakyat memuncak marahnya...
tapi hakikatnya anda sendiri puncanya...

aku bukan penentang...
tapi hanya bersuara...
nama pun di negara demokrasi katanya...

kathy jem said...

sngt suke neena punyer pendapat.. i like dan setuju sngt2.. =)

Dee said...

ini ke yg dikatakan demokrasi terpimpin? demokrasi terpimpin kepala hotak kau..itu dialog dlm filem 3 abdul..cerita p.ramlee..see dari dulu lagi dah ada ketidakadilan dlm sistem kerajaan negara kita ni..

sy juga seperti neena..tidak setuju dengan chaos dan riots..tp kalo rakyat minta berarak secara damai apa salahnya..kawallah, pantaulah..kalo ada yg keluar dari barisan..tangkap..

ini baru nak bersuara sudah disuruh tutup mulut..so, rakyat tak berhak bersuara..kena jadi mcm lembu dicucuk hidung? ikut je apa kata dorang..9 tuntutan tu kalo orang baca..xde isu besar pun..simple je permintaan dorang tu..tp kalo diri rasa berkuasa..tu yg apa pun tak boleh..bak kata jambu..hehehe..

h.a.f.e.y.z.a said...

I love ur ideas neena..

NeenaAnuar said...

TQ ALL FOR YOUR COMMENTS & OPINIONS.. WE JUST SHARE OUR THOUGHTS HERE.. SO BE POSITIVE AND CHILL OUT YEA! THANKS A LOT! ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails