COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Sunday, February 20, 2011

MAUT Selepas Kerandut ZAKAR Pecah!


AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.

"TUMPAS...seorang penjenayah terbunuh (dalam bulatan) manakala seorang terselamat"
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka. Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan. Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh. Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.

Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati. Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.

“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun. Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah. Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.

“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya. “Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya.

*******************************************************************************************************************

Owhhh.... aku sangattt sangattttt gumbira bile baca pasal kejadian nie!  nak2 part keradut pecah tu... hahahaa.. tu lah padan muke! nie lah balasan pada org2 yg jahatt camgini!  tapi nie org indon.. sah2 bukan perompak yg merompak aku & rakan2 pada tahun lepas... aku tak tahu lah apa ceritanyer ngan budak2 melayu yg merompak kiteorg tu sekarang... entah dah mampos camgini jugak or masih bebas berleluasa... or maybe dah pun tersumbat ke penjara.. tapi pada aku org2 camgini memang patot matikkk jerk dari hidup.. sbb tak mustahil kaalu dia meringkuk dlm penjara pun.. nanti bile dia keluar... dia akan buat balik.. just like penangih dadah laa.. takkan serik punyer!

Budak yg kejar tu memang berani.. and satu yg dia bernasib baik jugak.. sbb si perompak tu tak bawak senjata like paranggg yg aku kene dulu.. if not lagi laa trauma ya amatt...


14 comments:

Deqna said...

hah kan dah kena.. sepandai2 tupai melompat akhirnya pecah jugak kerandutnya...

aku baru nak cakap mgkn ni org yg samun korang dulu... rupanya bukan yer...

tapi memang berani lah pompuan tu kan, siap kejar lagi.. anak polis lah katakan...

MiYOKO SuKi said...

br padan ngan peragut tuuu....

mmmg dorang ni patut MATIKKK...

-anidaothman- said...

ha amik ang...
tudia penangan hebat sorang wanita..

PECAH KERANDUT tuh..fhewwww.....
amik ang rasakan....

dhlaa meh negara orang..dok buat ONAR plak kan..

org mcm ginik tak elOK simpan lama-lama bikin semak jaaa..huhhh

Dee said...

thumbs up utk perempuan tu sbb berani kejar..mmg patut mati pun org camtu..

Kaseh said...

padan ngan muka peragut tu..mmg patut kena ajar macam tu je...sib baik budak pmpuan tu takde apa2...

bonda dadif aka akish said...

amek ko!!

mmg sesuai dgn perbuatan yg dia buat..

=)

shuhadah Zainol said...

haaa...mmg patut dia mati...yg sorang lagi tu pon mmg kena mati gak...

salute ngan wanita berani tu... mmg sgt berani dia kan..mmg puas ati sgt2...walaupon keta dia kemek...:)

tgk..sape kata perempuan ni penakot..lembut & sebagainya...hahaha...lihatlah dunia...waahhhh...

attyfir said...

padan muka peragut tu..
kty pun penah kena ragut jugak..huhuhuuhu..tragis kalu ingat balik..

LiAnA said...

pompuan ni mesti jenis dendamkan.. ialah bapak polis mesti dgr mcm2 citer.. mmg respek ler.. biar padan muka.. mati lg elok dr nyusahkan org..

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

haih..itu la kan..byk lagi keja boleh buat..tp mencuri jugak yg dipilihnya..;-(
tabik sama perempuan berani itu!

NeenaAnuar said...

THANKS ALL FOR YOUR COMMENTS.. HARAP2 SEMUA PENJAHAT2 KAT MALAYSIA NIE BAKAL MENERIMA HUKUMAN YG SETIMPAL HENDAKNYE... AMINNN....

nasaoji said...

baca artikel ni kat paper smlm, trus tingt kisah akak..!..

Adamska Rip™ said...

???

Weird. Kenapa title die lain daripada yg lain...?

Adamska Rip™ said...

:]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails