COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Monday, February 21, 2011

Stephen Rahman Hughes Dah Kawin!


Stephen Rahman Pilih Rakan Baik Sebagai Isteri

KUALA LUMPUR 18 FEB 2011: Berita yang mengatakan bahawa aktor kacak, Stephen Rahman Hughes sudah pun mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya sendiri bukanlah satu rahsia lagi. Malah, berita itu sudah mula bertebaran di ruangan laman sosial sejak penghujung tahun yang lalu. Namun pengesahan mengenai kebenaran kisah tersebut tidak dapat diperolehi menerusi tuan empunya badan sendiri.

Kesempatan bertemu dengan hero filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) di majlis pelancaran dokumentari HMM dan pengumuman Celcom selaku penaja ekslusif kepada filem terbitan KRU Studio di panggung TGV, Suria KLCC pada pagi tadi memberi peluang kepada murai.com.my merungkai persoalan tersebut.  Tanpa berselindung Stephen mengakui dia telah pun mendirikan rumahtangga bersama wanita bernama Anjali Mehra Hughes yang juga rakan baiknya di Tuscany, Itali pada September 2010.

"Memang saya sudah berkahwin dengan gadis pilihan hati saya. Nama dia Anjali Mehra dan kami sudah lama berkawan baik iaitu sejak lapan tahun lalu. Dia memahami saya dan saya juga begitu dan kami saling bekerjasama. Paling penting dia juga sealiran dengan bidang saya," katanya Anjali mempunyai darah kacukan Inggeris dan India.  Mengakui kehadiran Anjali sebagai pelengkap kehidupannya, Stephen berkata, kini hari-harinya menjadi lebih bermakna. Sama seperti orang lain, saya juga selalu merasa kesepian dan perlukan seseorang di sisi. Saya gembira apabila hubungan persahabatan ini dapat diakhiri dengan perkahwinan. Malah saya rasa sudah tiba masanya saya membina sebuah keluarga," jelasnya yang juga pernah membawakan watak Hang Tuah dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical di Istana Budaya.

Menyingkap perkenalannya dengan Anjali, Stephen yang lebih mesra digelar dengan panggilan Steve ini berkata, mereka mula mengenali antara satu sama sewaktu terlibat dalam pementasan Bombay Dreams. "Sejak itu, kami mula berkawan dan jadi rapat. Tapi masing-masing sibuk kerana kerja di merata-rata tempat. Akhirnya kami buat keputusan untuk berkahwin dan hidup bersama. Jadi sekarang, dia boleh teman saya dan saya juga begitu," katanya.

Anjali.. buah hati Stephen! *teringat lak citer Koch Koch Hota Hai... Kajol yg bernama Anjali! :p*

Wedding yg berkonseptkan ala Bollywood...

dan jugak ala Inggeris!
Sama cantik sama padan.. mesti anak2 diaorg nie gorjess abis nanti.... apa pun semoga berbahagia hingga akhir hayat buat mereka berdua... Btw.. tak sabar nak tengok Stephen berlakon dlm citer Hikayat Merong Mahawangsa next month! ;)

10 comments:

shuhadah Zainol said...

so sexy itu Anjali...:)

x sabar gak nak tgk Hikayat Merong Mahawangsa...

shuhadah Zainol said...

mesti best sebab KRU nyer filem.... cite Magika aritu pon best giler...byk kali tgk pon x jemu...:)

InaAchik said...

stephen rahman tu agama ape erk?
bkn Islam ker?

-anidaothman- said...

wow....seksi ..dhtuh CUNlaaaa
sama chantik sama padan..

attyfir said...

kty tak sabar nak tgk Hikayat Merong Mahawangsa...mcm besh je.

NeenaAnuar said...

Shu:
Ha'ah kann. sexiesss gilerrr! hehehe.. :D

NeenaAnuar said...

Shu:
tu lah.. akak pun tak sabaq nak tengok nie! hehehe.. :D

NeenaAnuar said...

InaAchik:
setahu aku dia islam laa.. tapi cara hidup aku tak pasti.. huhuhu...

NeenaAnuar said...

aNida:
bagai pinang di belah dua kannnn.. hehehe..

NeenaAnuar said...

atty's:
sama lah kty.. neena pun tak sabar nak tunggu bulan depan nie.. sbb tengok promo dia hebat semacam jerrr.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails