COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul Quran!



Sejarah Al-Quran:  Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci Al-Quran atau disebut Nuzul Al-Quran. Ia dirakamkan dalam Al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah Al-Baqarah, ayat 185). Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.   Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi SAW. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan Al-Quran. Beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. 

Erti Nuzul Al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana Al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam Al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

~ Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

~ Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).

~ Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

~ Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah, ayat 2)

~ Membaca Al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”

Moga kite mendapat manfaat darinya... Insyallah... 

Salam Nuzul Quran buat semua yg mengenali NeenaAnuar!


6 comments:

ana apez said...

suke tgk header nina....

Rose Khadijah said...

hai kak neena..
Salam Nuzul Quran..

kak..FM kebaya da sampai..
meh le jengah:
http://farisarrayyan.blogspot.com/2011/08/ratu-kebayaaku-kah.html

eLLy said...

Salam Nuzul Quran untuk kamu jugakk..


pstt gambar header tu mcm gambar juara "mari menari" la ;p

NeenaAnuar said...

ana apez:
TQ yea! :)

NeenaAnuar said...

Rose Khadijah:
dah jengah! thanks yea! :)

NeenaAnuar said...

eLLy :
TQ so much sis! :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails