Cameron Diaz Gunakan Senyuman Elak Disaman
LOS ANGELES: Aktres tinggi lampai, Cameron Diaz, menggunakan senjata paling menarik yang ada padanya - senyuman - untuk mengelakkan daripada disaman kerana memandu laju.
Pelakon itu mendedahkan dia diarah berhenti di tepi jalan oleh polis kerana memandu terlalu laju dalam perjalanannya ke selatan California.
Bintang Charlie's Angels itu, yang memandu kereta sport Porsche baru, mengaku menggunakan senyuman menawannya untuk menyelamatkan diri.
Saya suka senyum dan pernah menggunakan ia untuk mengelakkan saya disaman. Ketika itu saya cuma berkata 'Betulkah saya memandu laju? Ini Porsche baru. Saya tidak sedar memandu terlalu laju?' Pegawai itu mempercayai saya," katanya.
Pelakon itu juga dilaporkan sudah menemui cinta baru apabila dilihat menikmati makan tengah hari bersama anggota Maroon 5, Adam Levine, dengan ditemani ibunya, Billie.
Sehari selepas berdua-duaan dilihat menikmati makan tengah hari dalam keadaan romantik dengan Levine di Los Angeles, Diaz memperkenalkan penyanyi itu kepada ibunya.
Levine, bagaimanapun berkata dia tidak berasa tertekan menemui ibu pelakon itu.
Malah, dia dilihat seronok ditemani kedua beranak itu.
"Ia seakan berulang kecuali Cameron dan Adam dilihat lebih selesa antara satu sama lain walaupun berdepan tekanan Adam menemui ibu Cameron.
"Ibunya pula membuat keadaan lebih mudah – dia ketawa dan berjenaka dengan mereka dan jelas mereka semua bergembira. Cameron dan Adam sepadan antara satu sama lain dan jelas mereka saling tertarik," akhbar The Sun memetik sumber sebagai berkata.
No comments:
Post a Comment