COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Wednesday, November 14, 2012

Tahun 1433 Hijrah Meninggalkan Kesan Yang Abadi Buat Diriku.. Salam Maal Hijrah 1434!

Tahun 1433 Hijrah semakin melabuhkan tirainya!  Terus terang aku katakan yg sebelum sebelum ini kalau tiba nya tahun baru hijrah... aku rasa sama saja seperti tahun² yg terdahulu... it just another year to new year affairs!  begitu juga bile tibanya tahun masihi.. tahun berganti tahun.. nothing much to feel about it melainkan merasakan diri dah semakin tua tapi hati tetap vogue! haha...

Yes... tak dinafikan setiap tahun ade azam yg disematkan ke sanubari.. tetapi adekah azam itu tercapai?  hurrmm.. macam aku tak pernah set azam.. sbb kalau set.. then tak tercapai azamnya.. rasa macam aku nie damnn useless! huhu.. 

So, aku bergerak dan bertindak ikut kata hati.. setiap hari aku perlu ingat & berkata dlm hati  yg dunia ini hanya lah pinjaman.. setiap hari diri semakin tua dan itu memberi amaran yg diri ini semakin hampir pada kematian!  Jadi aku perlu kan perubahan dlm diri.. berkata utk melakukan perubahan itu mudah.. tetapi utk melaksanakan nya belum tentu mudah seperti apa yg diungkapkan!

Itu lah yg terjadi pada diri aku.. dari tahun ke tahun.. peringatan demi peringatan sentiasa disematkan ke dalam hati!  tapi sesungguhnya walaupun peringatan demi peringatan di bisikkan ke sanubari sendiri... hakikatnya utk melaksanakan perubahan  @ berhijrah itu tidak aku nafikan yg ianya memakan masa yg agak lama!  Yes.. perlu berperang dengan perasaan dan jugak hasutan syaiton nirajim!

Syukur Ya Allah kerana memanjangkan umur ku!  Terima kasih kerana memberi aku ruang dan peluang utk merasa apa itu nikmat sebenar dlm berHIJRAH!  Alhamdulillah.. setelah bertahun-tahun hati ini berperang dengan segala perasaan .. dan atas berkat didikan tidak henti² terhadap hati sendiri... akhirnya pada tahun 1433 Hijrah.. aku telah pun melangkah dan berhijrah ke satu fasa baru dlm hidup ku!


Kini aku mampu utk tersenyum dgn lebih ceria...
Gembira kerana mampu melangkah setapak lagi kehadapan demi mencari keredhaanMu...
Lebih terharu kerana ianya terjadi tanpa sebarang paksaan...
Sesunguhnya ia terjadi IKHAS keranaMU Ya Rabb!
Semoga tahun hijrah 1434 bakal hadir dgn lebih banyak kemanisan hidup.. bukan sekadar dari sudut duniawi.. tetapi yg lebih penting aku mahu lebih sinar kebahagian dari sudut akhirat kerana itu lah yg kekal abadi nanti!  

Walaupun tahun 1433 Hijrah meninggalkan kesan terindah dan abadi dlm hidup aku... namun aku tidak boleh berhenti dan berpuas hati disitu.. kerana masih banyak kekurangan diri yg perlu diperbaki! Lalu akan aku cuba jelajahi tahun 1434 hijrah ini dengan lebih teliti.. menambahkan usaha dan perlu melakukan lebih banyak pengorbanan demi menjadi insan yg lebih baik disisiNYA!

Salam Maal Hijrah buat kalian semua!  Aku turut mendoakan semoga kalian semua senantiasa dibawah keredhaan Allah SWT... dan juga semoga aku serta kalian semua tergolong diantara mereka² tidak terkecuali utk terus terusan menerima hidayah dariNYA!  

Amin! :)


14 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

salam maal hijrah utk neena juga. neena makin cantik sekrg ni

TeacherAzimah said...

neena mmg sgt cantik dan sesuai dgn style tudung mcm ni :-)

Kak Izan said...

Amin Ya Rab... makbulkan lah doa2 hambamu ini...

juls julie said...

salam maal hijrah neena..!! hehehe

azzpinky said...

Alhamdulillah...

Salam Maal Hijrah Neena...jgn lupa baca doa akhir tahun (pas asar arini) dan doa awal tahun (pas magrib nnt)...Moga hidup kita lbh diberkati...amin...

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

Salam neena. Alhamdulillah, syukur atas rahmatNya =) Salam awal muharam. semoga perubahan ini menjadi titik tolak utk terus memerbaiki diri.

anna alaui said...

salam maal hijrah sis...alhamdulillah ats penghijrahan sis..;)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

salam maal hijrah kak neena

Gieyana said...

salam maal hijrah..alhamdulillah..:-)

eqacashperlala said...

Alhamdulillah syukur.... Cantik sangat bila berhijab! Amin ya rabb...

Waney Zainuddin said...

Salam maal hijrah. Semoga tahun baru ini bakal membawa lebih byk rezeki dan penuh keberkatan Nya..
Taknak singgah Blog Waney ke? :D

nurul said...

tahniah..tp mcmna pun ttp mcm kajol!

Zila Zainal said...

Salam Maal Hijrah Neena! Semoga tahun ni menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua :)

Ija Rased said...

love ur entry

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails