COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Tuesday, May 19, 2015

Teringin Tapi….


Aku kan… dah lamaaaa gilerrr teringin nak makan sambal ikan bilis sedap! Tapi nak masak sendiri punyerrrrrrrr lah malassssssssssssssssssss ya hamaatttt! Ahahaha… Malas bukan sebab apa tau.. malas sebab tak kuasa aku nak layan letupan kebabommm kat dapur bile masak sambal nie! Eeiii.. tension tauu bile dia meletop-letop atas dapur tuu… serious penat! Penat sebab nak kene kemas lantai dan dinding dapur… nak kene lap.. nak kena mop segala percikkan sambal bile time menumis! Huhu..


Tapi over the weekend baru nie aku tetiba jadik rajinnn ya amat… maka menjadik lah sambal ikan bilis super sedappp nieh! Hehee..

Untitled

Ok… nie bukan lah nak puji diri sendiri kannn.. tapi memang nak kene puji pun… bhahahahahha.. ehh.. serious lahh.. sedapp nya bukan main sambal tumis ikan bilis nie.! Aku sendiri mcm tak percaya aku boleh masak sambal tumis ikan bilis sesedap ini! Ahahahaha.. matikk laaahh… terpaksa puji diri sendiri!


Eeehhh tapikan.. En.teman siap kata kalau aku jual nasik lemak confirm laku nie… tapi sambal tumis nie kene consistent lah dia kata! Ahahaha.. tang consistent tu payah skit aku nak jamin, sebab air tangan aku nie boleh tahan gile dia jugak.. ade masa dia menjadik terlalu sedap… ade masa kangggg macam ade jer yg tak kene… tapi still sedap lah boleh makan! Ahaha… nak kata tak sedap tak boleh.. sebab dah terbukti en.teman dari rupanya macam hang kebun dah jadik hang bertuah sekarang nie kann.. so confirm lah aku masak sedap ye tak? Ahaha… Cuma tahap kesedapan dia tu jer lah tak leh nak make it consistent!


Aku ngan en.teman nie memang jenis bangsa tak reti nak makan banyak2 lauk.. and our tekak is very the kampungdotcom punyer tekak! Satu lauk macam sambal tumis ikan bilis nie pun dah ohsem giler dah rasanya.. makan bertambah-tambah tak leh nak ckp! Haha..


Untitled

Memang nikmatnya tak terkata bile dpt makan sambal tumis ikan bilis bersama dengan nasik panas dan telor mata suam suam kuku! Macam en.teman suke telor mata tu basah2.. aku tak leh… aku kalau goreng telor mata utk aku memang aku goreng sampai tinggal lembap2 jeer telor kuning dia tu…


Hari tu ade yg mintakaku bagi resipi sambal tumis ikan bilis nie.. ok walaupun duluu aku dah penah bagi… tapi resipi tu lain skit sebab aku guna buah keras.. so tuk resipi kali nie aku buat tanpa buah keras tapi aku tambah something else.. so sila salin resipi di bawah ini ya!


Bahan-Bahannya adelah:-

Ikan Bilis (digoreng)
Bawang Merah*
Bawah Putih*
Cili Boh
Cili Padi*
Sedikit Belacan*
Air Asam Jawa
Gula putih & Gula Merah
Air Secukupnya

[Bahan* di blendkan sekali]


Cara-cara menumis adelah seperti berikut:-

Mula2 goreng ikan bilis… then tos kan dlm bekas berasingan! Kemudian tumiskan bahan-bahan* (bawang putih, bawang merah, cili padi & belacan) yg telah di blendkan tadi sampai kuning dan naik bau.. kemudian masukkan cili boh.. sambung menumis sehingga ia pecah minyak! Time nie kene sabar.. memang kene tumis bahan2 nie semua sampai dia betol-betol pecah minyak… bile dah bahan dah cukup garing dah pecah minyak.. boleh masukkan air asam jawa!

Then tambahkan secukup nya mengikut citarasa kite… ikut kepekatan mana yg kite nak… then masukkan gula putih dan gula merah! Yess.. aku guna gula merah utk mendapatkan sambal tumis yg lebihh ummppphhhH sebab gula merah nie dia ade rasa lemak dan keenakkan nya yg tersendiri tau.. kalau korang tak pernah cuba.. plis cuba lepas nie ok!

But yet at the same time aku tambah jugak sedikitttt gula putih sebagai pelengkap pada rasa manis tu… basically buat sambal tumis nie tips dia memang kene lebih kan gula.. tapi jgn lah pulak sampai jadik sira! Ahahaa.. korang agak2 lah bile tuang gula tu… on and off rasa lah ikut citarasa sendiri! Then kacau sampai mendidih… lepas tu baru masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi! Then kacau sehingga sebati.. then cuba rasa kot2 nak tambah garam atau gula lagi! Macam aku tak guna garam langsung sebab aku guna belacan.. so aku rasa belacan tu dah memberikan tahap masin yg just nice pada sambal aku nie!


See.. senang jerr kan? Memang senang masak dia.. yg tak senang tang nak mengemas lepas menumis tu jer! Ahahaha… Ok lah… hari nie Kak Neen feFeeling macam nak masak nasik goreng kampong pulak! Semoga ianya menjadi kenyataan lah hendaknya ya! Hehe..

7 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wahhh sedap ni, dahlah tak lunch lagi, tetiba rasa lapar...ekekekekeke....

Aini said...

memang sodap kak...Hari tu masa awal pregnant, x lalu makan semua ikan ayam segala bagai.. Lauk ni la yg paling sedap, paling syorga aku rasa masa tu, nasi panas, kicap, sambal tumis...haha

nayfatimah rasyid said...

masakan yang ringkas dan paling sedappp

Click-Buy-Go said...

tang nak tunggu pecah minyak tu la yang selalu fail!. bukan takat nak buat sambal, nak masak kari kan kena tunggu rempah pecah minyak, tapi still terbabas tak boleh nak agak pecah minyak tu macam mana

T___________T

cik mah said...

Yummy...suka gak..sedapnyer...nasib br je buat hr tu..hehehe

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam sis neena,
ooooooooooo
iols soka telor kunin gegor2 he3

A.I said...

Ya Allah...sama la dgn aku! suka giler nk mkn sambal. tp nk masak tu berchenta! kene berperang kt dapor. jenoh nak mengelap & mengemop. tu sebab bila sesekali aku masak sambal, aku sengaja masak lebih. separoh tu simpan dlm peti ais (sambal kosong). kendian tu nnt boleh la campak apa2 minatang :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails