COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Friday, April 25, 2014

Suka Duka Tatkala Usiaku Menginjak ke 34 Tahun!

Hari nie.. lagi sekali 25 April dtg menjengah dlm hidup ku… Honestly aku tak tahu nak rasa apa at this moment! As usual mesti lah rasa happy sebab hari nie merupakan hari kelahiran aku yg ke 34 tahun! Tapi dlm kegembiraan… ade juga terselit sekelumit kerisauan dlm diri…. Ya… semakin umur meningkat.. maka semakin dekat lah diri ini dengan kematian!

Kalau duluuuu waktu zaman muda mudi… umur in between 20 – 30 tahun… jarang sekali nak ingat pada kematian! Jangan kata nak ingat 10%.. 1% pun belum tentu ade! Huhu.. Selalunya setiap kali tiba tanggal 25 April.. aku selalu jer happy terlampau! Rasa macam special sgt diri aku pada tarikh 25 April! Tapi sejak dah masuk 3 series nie… seriously segala perasaan seronok overdose tu dah over… seronok tu seronok lah sebab aku rasa sgt2 bersyukur kerana Allah masih panjang kan usia aku sehingga ke hari ini.. tapi keseronokkan tu tak lah sampai 100% ingat pada keseronokkan semata-mata!

Well.. how do I say yea… hmmm.. Honestly aku rasa bersyukur sgt2 sebab Allah jentikkan sekelumit perasaan utk ingat pada saat kematian! Sebab dengan kite beringat pada saat kematian nie lah kite akan sentiasa ingat pada Allah! Kalau lah Allah tak jentikkan perasaan ini.. mungkin aku akan terus lalai dan leka dengan keseronokkan dunia semata-mata!

Dan aku adelah selemah-lemah manusia! Dlm percubaan utk menjadi seorang hamba yg lebih dekat padaNYA.. di saat itu lah bermacam-macam dugaan yg mendatang… betapa susah nya nak istiqomah dlm menuju kehidupan yg sempurna disisiNYA! Aku tahu yg aku masih terlalu jauhhhh dari sebarang kesempurnaan… aku tahu dan sedar masih banyak lagi kekurangan serta kelemahan diri yg masih belum aku perbaiki!

Aku tak pernah ambil pusing tentang kehidupan org lain.. aku tak pernah menghisab tentang kelebihan dan kekurangan org lain… kerana sesungguhnya aku terlalu sibuk dan susah hati dgn kekurangan yg aku miliki! Jika org lain sibuk mengkaji dan menghitung setiap kekurangan aku… itu hak mereka… aku tidak pernah ambil peduli kerana yg aku tahu aku ada kehidupan aku sendiri yg perlu aku ambil peduli!

Dalam kerisauan dan kesedihan tentang kekurangan diri sendiri… sejujurnya aku tidak dpt menafikan yg aku sangat berbahagia dengan setiap kelebihan yg Allah telah kurniakan pada ku sehingga ke hari ini! Allah Maha Memberi.. walaupun aku punyai banyak kekurangan sebagai hambaNYA di muka bumi ini.. tetapi DIA tidak pernah lokek dlm memberi sejuta nikmat kehidupan kepada ku! Aku bersyukur kerana setiap kelebihan yg Allah berikan itu tidak membuatkan aku lupa padaNYA! Bersyukur di atas setiap nikmat yg diterima itu adelah satu anugerah perasaan yg terindah buat diri ku! Seriously perkara yg paling aku takuti adelah disaat aku diberikan berjuta kebahagiaan dlm kehidupan… tetapi aku tidak tahu hendak bersyukur kepada Yang Maha Pemberi! Biar lah aku bersyukur pada NYA dgn berjuta kekurangan diri daripada tidak bersyukur padaNYA dgn berjuta kekurangan diri!

Terima kasih Ya Allah di atas segala pinjaman nikmat kehidupan yg Engkau berikan kepada ku sehingga ke hari ini! Di saat ini aku miliki sebuah kehidupan yg indah! Walaupun tidak 100% sempurna.. tetapi sesungguhnya aku bahagia! Aku miliki seorang suami yg terbaik bagi diriku & aku miliki sebuah pekerjaan yg kukuh buat keluarga ku! Ini sudah memadai bagi ku.. kerana suami ku adelah kekuatan ku! Walaupun aku masih belum memiliki cahaya mata.. tetapi itu tidak pernah membuatkan aku merasa tidak bahagia kerana aku tahu masih ramai lagi insan di luar sana yg menderita dgn pelbagai dugaan dan cabaran dlm hidup! Jadi tidak kah perlu aku mensyukuri dgn apa yg aku miliki sehingga ke hari ini? Ada insan yg tidak berpasangan.. ade juga insan yg melalui fasa pergolakkan rumahtangga.. malah ade juga insan yg diuji dgn hadirnya cahaya mata dlm hidup mereka!

Lumrah kehidupan.. mana ade manusia yg terlepas dari sebarang ujian! Aku juga tidak terkecuali bila mana Allah berikan ujian kepada ku dlm bentuk yg berbeza… Aku bahagia di samping suami… tetapi Allah tetap titipkan sekelumit ujian dan cabaran dlm hidupkan dgn dugaan yg berbeza! soal zuriat itu bukan lagi menjadi masalah besar bagi diri kami berdua kerana kami tahu Allah telah mengaturkan seribu satu kebaikkan buat kami suami isteri! Maka biar lah initipati dugaan yg berbeza itu menjadi rahsia hidupku… akan aku cuba lalui nya dgn sebaik mungkin… semoga Allah berikan aku kekuatan dlm mengharungi ujianNYA itu… yg pasti selama mana suami ku terus menjadi tulang belakang ku… maka selagi itu lah aku akan terus utuh melalui dugaan dan cabaran dlm kehidupan ku di hari yg mendatang!

Terima kasih jugak pada kalian yg sering memberi pujian dan teguran buat diriku! Kebanyakkan dari kamu aku tidak mengenali kalian secara alam nyata… tetapi aku dpt merasakan keakraban sesama kite! Mungkin atas faktor keikhlasan dlm menjalinkan pertalian silatulrahim di antara kite! Sesungguhnya setiap pujian yg aku terima dari kalian aku pulangkan semula kepada Allah SWT kerana segala yg baik2 itu datang dariNYA dan segala kekurangan itu adelah dari kelemahan diriku sendiri! Semoga hubungan silatulrahim ini akan terus berkekalan hingga ke Jannah!

Ya Allah, thank you so much for giving me more than I could ask for! Thank you for blessing me much more than I deserve!

And.. not forgetting.. Thank you so much Mom.. for the safe delivery on 25th April 1980! Honestly I miss you so much mom!

And for you hubby.. Thank you so much for loving me no matter what my “performance” is. Seeing you truly love me through all my imperfections makes me see the love of Allah more clearly... Thank you for that… I love you to the fullest darl!

IMG_7104 copy
Syukur Alhamdulillah... iPad Air in my hand right now! Thank you Nuffnang & Nivea... I'm the most happiest birthday girl today! *big grin*

12 comments:

anis abdullah said...

Happy birthday neena. Ko tak mcm 34 pun..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, alhamdullilah. murah rezeki. syukur. jaga diri baik2 ya ~~~

Chekgu Azrine said...

Happy birthdau sis..
Semoga sentiasa berbahgian..
Panjang umur dan murah rezki..

Mimy Hamid said...

hepi besday darling neena...my sweet friend of mine....hugs..happy 34 babe

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Happy birthday kak neena.. May Allah Bless You Always.. =D

Nurzakiah Hanum said...

ALHAMDULLILAH

SYANI said...

Happy birthday Neena...

Ayang Noorainie said...

epy besday kak neena..

semoga sentiasa diberkati Allah hendaknya..aminnn...

Zura Hasan said...

Happy bornday Neena....kite sebaya rupenya..i'm just celebrated my 34th last monday (21st)...hehehe

btw, u x nmpk mcm 34 pun yang...cun mcm anak dara sweet 20 gitu...

enjoy ur birthday!

Mar Mansor said...

selamat hari ulang tahun ye neena..wah bestnye dapat ipad mini tu..

sweet tooth said...

Happy belated bday neena, smg Allah panjangkan umur dalam keimanan dan dikurniakan kebahagiaan dunia & akhirat....amin...

nor nazliana said...

wahh untung dia..besday dpt hadiah dari nuffnang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails