Dah lama tak share tipssss kat I'm Yourss nie!
Kali nie nak share something yg mungkin berguna buat pasangan suami isteri! yg belum kawin.. ko baca boleh.. jgn ko gi praktikkan pulak! aku tak bertanggungjawab hokeyY!! hahaha.. simpan tips nie utk ko guna pakai lepas ko bernikah nanti tauk? :p
Nie ade 10 tips yg dikongsikan oleh Zamzarina Zambri di blog beliau!
*gambar sekadar pemanis entry.. :p* |
Biarpun dianggap sebagai aktiviti penuh kenikmatan buat suami isteri namun tidak dinafikan rasa bosan boleh saja muncul dalam perhubungan seks. Ia boleh berlaku jika acara kamar ini tidak disuntik dengan perubahan. Jika ini dirasai maka pasangan harus mengambil inisiatif tertentu kerana kebosanan yang dirasai boleh saja memberi kesan kepada rumah tangga. Antaranya adalah terjadinya kecurangan. Oleh itu sebaiknya ia dicegah sebelum berlaku. Praktikkan tip di bawah ini bagi memastikan kebosanan seks tidak menjengah di hati anda dan pasangan.
1. SEKALI SEMINGGU ~ Seseorang yang tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan penurunan libido dan kadar testoren semula jadinya. Seks sama seperti bersenam atau bersukan, jika seseorang sekali berhenti maka kemungkinan besar ia akan terus menurun. Oleh itu cubalah untuk menyukai dan melakukannya minimun sekali seminggu secara teratur. > Mana Cukupp Sekali Seminggu! Haha! :P
2. TERLIBAT DLM PEKERJAAN RUMAH ~ Wanita cenderung melakukan hubungan seks apabila pasangannya membantu melakukan pekerjaan rumah. Konsep ini disebut dengan 'choreplay'. Kajian dari University of Western Ontario mendapati isteri akan lebih bahagia jika suami terlibat dalam urusan rumahtangga. Manakala study dari University of Ollinois di Chicago menunjukkan lelaki yang membantu membersihkan rumah dan menguruskan anak, memiliki seks yang lebih baik. > Anak Belum Ade Lagi... Tapi Memang En.Teman Cukupp Rajin Tolong Wat Kerja Umah.. Hehe!
3. BERPELUKAN SELAMA 20 SAAT ~ Pelukan yang dilakukan selama 20 saat akan membuat 'hormon pelukan atau oksitoksin mengalir dan membantu meningkatkan hubungan antara keduanya. Lelaki memerlukan pelukan tiga kali lebih banyak dibandingkan wanita untuk sampai ke tahap yang sama. Jadi berikan pelukkan sekali sehari selama satu minit buat pasangan demi menjaga keintiman dan memiliki kehidupan seks yang lebih sihat. > Ohhh Yg Nie Selalunya Dlm Sehari Memang Tak Terkira Berapa Kali Dok Berdakap.. Ngeeee!
4. BERHENTI MENGAKSES PORNOGRAFI ~ Pakar menjangka lelaki melakukan mastubasi sebanyak 50 peratus lebih banyak dari biasa jika sering melihat bahan lucah. Terlalu banyak masturbasi akan menurunkan libido yang akhirnya akan menyebabkan kurang hubungan seksual yang boleh memuaskan pasangan. > Aiyokkkk!! Dari Tengok Porno Baik Aku Tengok En.Teman Bogel @ En.Teman Tengok Aku Yangg Monggel! Haha!
5. BERSIKAP LEBIH POSITIF ~ Kajian menunjukkan perbezaan antara hubungan seks yang berjaya dan gagal diperngaruhi oleh nisbah interaksi positif dan negatif. Seseorang harus memiliki nisbah 5:1 iaitu 5 untuk fikiran positif dan 1 untuk fikiran negatif. Fikiran yang positif akan membantu seseorang memiliki seks yang hebat. > Kene Tambah Lagi Positipp Nie.. Haha!
6. AKSI PEMANASAN 21 MINIT ~ Fakta menunjukkan lelaki lebih mudah orgasma berbanding wanita, sementara wanita tidak konsisten dalam mencapai orgasma. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Kinsey and Masters & Johnson menyimpulkan pasangan yang menghabiskan 21 minit atau lebih untuk pemanasan hanya memiliki 7.7 peratus kegagalan orgasma. > Kalau Takde Aksi Pemanass Badann Nie Memang Boring Lahhh! Haha!
7. MENJAGA KECERGASAN ~ Sudah tentunya seks bersama dengan pasangan yang cergas lebih ghairah berbanding jika pasangan lemah dan layu. Reaksi daripada setiap rangsangan yang diberi sudah tentu juga lebih pantas jika tubuh segar. Oleh itu lakukanlah sesuatu agar tubuh anda kekal cergas rangsangan seks tersebut tidak memudar. > Cergas Bekerja 5 Hari Seminggu Pun Dah Macam Senaman Harian Jugak Dah.. Haha!
8. KEKAL SIHAT ~ Kesihatan secara keseluruhan dan kesihatan seksual sangat berkait rapat. Ini kerana diet,stres,nutrisi,olahraga dan ubat-ubatan memberi pengaruh besarterhadap nafsu seks seseorang. Jika salah satu daripadanya tidak sihat,maka kehidupan seks juga akan terjejas. Oleh itu jagalah kesihatan dengan mengamalkan cara hidup sihat,berolahraga dan mengambil makanan berkhasiat. > Tiap2 Hari Naik Turun Tangga Kat Lrt Station.. Hehe!
9. BERKONGSI FANTASI~ Kajian menunjukkan orang yang aktif berfantasi akan memiliki kehidupan seks yang lebih puas, lebih responsif dan lebih berani. Berkongsi fantasi dengan pasangan tentunya akan memberi kesan besar dalam hubungan intim dan satu perkongsian yang cukup berharga. > Ohh! Yg Nie Belum Penah Try Lagi! Camne Nak Kongsi Fantasi Kekdahnya Nie? Ok Kene Cubaa Lepas Nie... Haha!
10. SALING MENGHARGAI ~ Seseorang lelaki harus memberikan perhatian,tapi jangan pula berlebihan. Ambil kira kepuasan pasangan dan jangan memetingkan diri sendiri atau bersikap ego. > Ini Sangat Penting, Jika Tidak Hancusss Jadinya! Haha!
Hari nie hari apa?? Hari Khamis.... malam nie mari lah kite sama sama membunuhh syaitonnn nirajimm!!! :p
p/s: Feel free to VOTE for I'm Yourss @ Lifestyle Blogger Contest by Suria KLCC Fashion Week 2012!
11 comments:
hahaha,,,gud tips...
mlm ni malam jumaat..syhhhhhhh ;)
good tips
Aisehmen... period la..hahahaha
arghhh terus rasa nak balik nie!!
tak sabar nak tunggu malam ;)
Psstt nanti akak share kat wall FB ek .. Grrrrr
baca jer..hihi..:p
suka tgk gmbr2 pemanis entry...mcm bc dlm majalah..info utk mlm jumaat..hehehe tp syg en hubby tkde kt KL..sian kita...hehehe
hihihiihihi...akak xsempatlaa....eloK pelOk bedakap anak menjerit..HAHAHAHHAHAHA
hihi :)
mlm membunuh syaitan ye..hihi...
asal nak membunuh jek, bby dlm perut nih mengeras..ha camno..hihihi.:D
eerrr..nak nak beranak ni..tak de mud sangat ar...huhu...
gambar sekadar hiasan tu macam iklan je hihii
Post a Comment