COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Tuesday, September 17, 2013

Pertalian Sebuah Kehidupan & Kematian!


Sesungguhnya MATI itu pasti! Apabila melihat & menangisi sebuah kematian, hati terdetik.. Bilakah pula agaknya giliran ku bakal menyusul?

Hati mula gentar.. Air mata menitis... Bersediakah aku utk menemui sang Penciptaku?

Bersedia atau tidak.. Bila sampai waktu & ketika nya... Tidak akan cepat sesaat mahu pun lambat sesaat maka tercabut lah nyawa dari jasad!

Hati terus bergegarr bak serangan halilintar.. Ya Allah... Terlalu banyak dosaku padaMU! Terkadang terfikir layak kah aku utk menerima pengampunan dariMU?

Sebagai selemah-lemah manusia.. Secara sedar atau tidak.. Aku acap kali tergelincir dlm menuju ke jalan syurgaMU!

Apabila hati diketuk HidayahMu, aku patuh padaMu... Apabila disaat hati lemah tahap keimanannya.. Maka kejamlah aku terhadapMu!

Ya Allah Ya Tuhanku.. Lemah nya aku tanpa kekuatan dariMu.. Semoga aku terus diberi kekuatan utk menuju kesyurgaMu! Seandainya aku rebah, jgn lah Engkau hanyutkan aku tetapi Engkau jentikkan lah rasa kesal dlm diri ini! Semoga dgn jentikkan itu aku bisa bangkit lalu perbaiki segala kekurangan & kelemahanku!

Biarlah berjuta kali aku rebah tetapi jgn sesekali aku melupakanMu ataupun tidak mempedulikanMu!

Kita diciptakan dari tanah... Ke tanah jua lah kita akan bersemadi! Tiada perbezaan antara si kaya mahu pun si miskin! Tiada apa yg bisa kita bawa bersama!

Hidup ini kita saling bergantungan antara satu sama lain! Jgn sombong.. Jgn putuskan silatulrahim.. kerana disaat kite meninggalkan dunia yg fana ini, kite tidak akan masuk ke dlm liang lahad secara sendirinya.. Insan lain yg akan menguruskan pengakhiran kite sebaik-baiknya!

Sesungguhnya hidup ini hanya lah sementara! Apakah matlamat sebenar hidup ini melainkan utk kembali kepadaNYA!

Ya Allah! Engkau ampunilah dosa kami semua... Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar! :(

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

amin

nome said...

aku tergolong dalam hamba Allah yang lemah...yang sering kali tersasar jauh dari landasan ke SyurgaNya...semoga diberi pengampunan dari Sang Pencipta...amin

Anim Daim said...

Amin......
Yaalah berikanlah kempunan kepada hambamu ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails