COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Monday, April 8, 2013

Makin Meluat Tengok Majlis Anugerah Dalam Malaysia Nie!

I'm sure malam tadi ramai yg tengok Anugerah Bintang Paling Popular kan? Aku sebab dah ade kat umah mlm tadi.. so layan lah jugak!

Aku tengok artis Malaysia nie kalau tang nak bergaya bukan main nak tiru gaya artis Hollywood.. in fact ade yg bukan main over sampai boleh mengalahkan artis Hollywood pun ade! Yang aku pelik.. bile tang nak tiru gaya pemakaian bukan main lagi diaorg advance dok mengikut gaya artis² dari barat nie.. Tapi bile tang nak bagi support semasa majlis anugerah berlangsung, apasal artis kite semua nya cam org pekak & bisu jer aku tengok! Kalau artis Hollywood tu.. bile pemenang diumumkan.. diaorg semua beri tepukkan gemuruh.. semua org cheer up! They are so lively and very very supportive!

Bukan kah memberi support itu satu bende yg positif.. so kenapa perkara yg positif tu taknak jadikan ikutan? Penganjur dah tahu yg org dlm industri sendiri malas nak berikan tepukkan dan memeriahkan majlis anugerah yg berlangsung.. so pasal tu pihak penganjur dari awal dah sediakan 'pembising tegar' di bahagian kiri dan kanan stage sebagai langkah memeriah suasana majlis lah konon nya!

Pelik tak pelik itu lah bezanya bile MalayWood cuba nak tiru Hollywood! Yg menjadi pilihan dan dijadikan ikutan adelah cara pemakaian yg menjahanamkan dan bukannya moral support yg ingin diterapkan! Well, aku disini bukan nak mengkritik... tapi aku rasa sejahil-jahil dlm cara berpakaian sekali pun.. jgn lah melampaui batas! terkadang aku tengok.. artis Hollywood pun jauh lebih sopan utk kategori diaorg yg dah sah² org kafir kalau nak dibandingkan dengan org kite Melayu yg sinonim ngan agama Islam!

Mungkin ade org kata.. kalau tak suke jgn lah tengok TV.. jgn lah tengok rancangan anugerah yg disiarkan! Well.. aku rasa hak menonton itu ade pada setiap org.. dan hak mengkritik jugak ade pada setiap org! Sesiapa sahaja bebas utk menonton dan sesiapa sahaja bebas utk mengkritik! Mengkritik kalau menjurus kepada perkara yg perlu dikritik tak salah rasanya! Coz kite tak tahu sometime dengan kritikan sebesar zarah itu mampu mengubah sesuatu perkara yg tidak baik kepada ke arah yg lebih baik!

Aku bukan lah nak kondem majlis anugerah dlm Malaysia nie! aku just terfikir dan tertanya-tanye.. kenapa artis MalayWood kite nie begitu gigih meniru malah boleh jadik lebih 'hebat' dlm cara pemakaian bile ke sebuah majlis anugerah tetapi mereka tidak mahu tiru contoh supportive yg ditunjukkan oleh artis Hollywood ketika berada majlis anugerah mereka dilaksanakan? Bukan nak suruh jadik sporting tak tentu hala.. sportting dan supportive itu mempunyai maksud yg berbeza! dan ia jugak mempunyai skala yg berbeza.. nak be sporting tak salah.. kalau kene cara dan gaya nya!

Hakikatnya berpakaian mengikut gaya artis Hollywood itu dah tentu² lah salah nak² pulak kalau kite nie org Melayu dan beragama islam! kalau mengikut akal aku yg cetek & masih jauh dgn kesempurnaan nie.. rasanya kalau dah tak boleh nak menutup aurat dgn sempurna... jgn lah berpakaian sampai ke tahap seksi yg melampaui batas! aku paham kalau diri masih belum menerima hidayah.. memang kite akan terikut & mengikut napsu syaiton dlm berpakaian! tapi berpada-pada lah hendaknya! sebab aku dulu pun penah free hair.. pernah berfesyen dlm berpakaian! tapi rasanya tak perlu lah sampai ke tahap extreme which silap haribulan ko lagi teruk dari org kapir kekdahnya! Apa pun sama² lah kite berdoa semoga satu hari nanti mereka² yg terlibat akan diberikan hidayah yg terbaik dari Allah SWT hendaknya!

Aku bukan pengkritik... tapi aku just meluahkan apa yg aku rasa nak luahkan! well nie blog aku... so aku punye suke nak luah dan muntah apa sekali pun disini! haha.. :p

Siapa bilang gadis melayu tak menawan.. tak menarik hati.. tiada memikat! haha.. sesuai tak kalau bergaya begini utk red karpet?  adekah kalau satu hari nanti aku bergelar artis aku tidak layak utk bergaya dan berposing mautt di atas red carpet?  Ok fine! aku memang tak layak utk berjalan di atas red carpet.. aku hanya layak berjalan di atas jalan Tar! :p

  

13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

macam2

NinaAz said...

huhu.. nina pun berperasaan yang sama. layan pun sb nak dengar lagu jea. ahaks
btw, cantik outfit sis. dress tu awesome. beli mana?

lady scooter said...

terbaikkk.... kita dah tengok kena lah tegur kan? kalau tak tegur, nanti kita pun ditanya... betul tak?

juls julie said...

neena, setuju sangat dengan entry nih...

ABP
1) 0pening kelautttt.

2) Hakak Lady Gagak sangkut montot kat kusi. kwanggxxx..!!!

3) sesak & kesian sgt tgk Fafau punye baju. Nak jalan pun terkepit2. Rasa nak derma kain jer.

4) Artis reramai nyanyi tu, baju sume pesen balut nangka.

5) Che Ta punye baju cam pernah tengok pesen cenggitu..tp dimana ya??

6) Yg bingit dok histeria terjerit2 tu, penonton ke org tgh tgk pertunjukan chipanzi kat Zoo??

Dengggggg....

oshinz said...

a.ah setuju. sexy je lebih. tapi bukannya cantik pun.

ameris said...

neena, hubby kite layan liverpool mlm td. jd x tau laa apa pesen diorang pakai. boleh plak terlupa ABP tu. hubby dari awal buka channel sport takut isteri dia gi buka channel lain.

*dun forget this saturday.
inaachik, pinky momma, mimilicious.........

dyani said...

elok xyah tgk dari tgk kan kak neena...pakaian x semenggah..over pun ada...hmm...

genuine1224 said...

setuju!maybe penganjur and stesen tv itself kena adakan etika berpakaian. kata negara islam, tapi makin jahanam lagi duk ada... meluat tgk! seksi dah 1 hal, fesyen ntah apa2 dah 1 hal.kesian artis yg jadi mangsa fesyen. tapi padan muka jugak la kan? sapa suruh pakai??

Mimy Hamid said...

setuju...aku nengok semalam artis msia dah makin over daring...takde ciri timur..even majlis oscar baru ni pun ada etika no sexy

Tina Othman said...

sebab tu saya tak layan sangat anugerah ni semua, bosan

el said...

ni anugerah artis popular kot
tu yg rmi sportive dr luar..fan artis kn ramai lau xde diorg ni x popular lah diorg...
lain lah lau anugerah filem msia..mmg rasmi x org luar xjemput

paling best bila dpt dgr lagu2 dr org2 lama spt ella ziana mnasir
yg 1st show tu mmg mcm tait hahaha

IndaMarya said...

Salam kenal.just found yr blog.interesting.aunty suka bab terus terang tu.best.not many people cn speak frankly now ...blurt out wats on yr mind girl.I like..he he.

Haris Zuhaina said...

As Salam.
Yang pasti semua tuh PASTI akan berjalan atas titian SiratulMustaqim.....
Nak kata tak dapat hidaya, dah dapat sejak dari kedatangan Nabi Muhammad S.A.W lagi
Cuma nak menjaga dan membawa tuh yg kurang mampu.
Moga hari mendatang lebih baik dari sebelumnya.....
Cantek dress..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails