COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Tuesday, June 24, 2014

Aku Juga Punya Hati!

Kalau nak bagi pendapat.. pastikan ia nya ada intipati yg boleh di terima akal! Bagi lah hujah dan pendapat yg boleh membuatkan org berfikir dgn kewarasan akal! Jangan berhujah tanpa fakta yg logik.. jangan memberi pendapat tanpa ade sebarang info yg mampu membuatkan org menerima apa yg cuba diperkatakan! Sebelum nak bagi sebarang pendapat mahupun hujahan.. fikirkan terlebih dahuluu soalan yg bakal diterima dari setiap hujahan yg diberikan.. dan bersedia lah dgn jawapan terhadap persoalan tersebut! Kalau kite mempunyai jawapan diatas setiap persoalan yg diberikan.. itu bermakna kite mampu memberi hujahan dan pendapat yg bernas! Pastikan kite mampu menjawab setiap persoalan yg diajukan dgn fakta dan bukannya auta… fakta nie kalau berpuluh kali di tanyer pun jawapan nya tetap sama dan jawapan yg diberikan penuh info dan boleh diterima logik akal.. tapi kalau auta nie.. dia dok main putar belit sana sini! Contohnya org tanyer dia dah makan ke belum.. then dia jawab.. semalam saya pergi shopping… kalau awk tak suke makan.. awk pergi lah shopping!


Kisah adik Firdaus masih mendapat perhatian org ramai… macam2 version cerita yg ade di media social skg nie! Aku dah pun menzahirkan apa yg aku rasa pada malam ahad yg lalu… serious waktu aku buat entry tu hati aku tengah mendidihhh… so memang tak leh nak kawal emosi! Maaf lah seandainya ade words2 yg agak kasar dilemparkan terhadap ibu Firdaus… but seriously memang tak boleh diterima akal apabila melihat keadaan Firdaus sewaktu dia ditemui oleh pihak berkuasa!


Well.. aku just nak ckp satu jer… Aku rasa akal aku boleh menerima keadaan Firdaus sebegitu rupa (bak bangkai bernyawa) seandainya…. Ibu dan seorang lagi adik kepada Firdaus pun berada dlm keadaan bak bangkai bernyawa macam si Firdaus jugak… dan mereka tiga beranak sama-sama tinggal di dalam bilik yg Firdaus duduk itu jugak! So disitu baru lah sel-sel otak aku boleh bergabung dan boleh menerima kenyataan yg sememangnya keluarga nie daif yg teramat-amat sangattt!


Dan lagi satu.. apabila ade pihak yg cuba memberi pendapat & membuat perbandingan tentang sistem pengurusan OKU di Malaysia & Australia… aku nak ckp satu jer.. memang tidak boleh dinafikan tentang kemudahan dan kebajikan negara luar seperti Australia.. dan itu adelah salah satu sistem yg sgt baik yg perlu dicontohi oleh Malaysia! Soal Malaysia nak implement atau tidak tu perkara nombor dua.. sbb kalau Malaysia negara yg berkebajikan memang lah Malaysia kene implement kan apa yg dilakukan seperti di Australia kerana ianya sesuatu pengurusan yg sangat baik!


So since Malaysia tidak ade sistem berkebajikan seperti di Australia skg nie, itu tidak bermakna adik Firdaus boleh diperlakukan sebegitu rupa! Ini soal kehidupan.. ini soal perikemanusiaan… walaupun takde bantuan berkebajikan seperti di Australia.. itu tidak bermakna kite boleh mengabaikan kebajikan OKU secara 500%.. apatah lagi si OKU itu adelah darah daging kite sendiri! Kite lah yg perlu berhempas pulas utk menjaga kebajikan anak kite yg kurang upaya tu terlebih dahulu.. sesudah kite berusaha.. kemudian baru kite carik bantuan! Kalau bantuan tu tidak ade.. baru lah kite boleh suarakan! Kalau kite dah suarakan pada pihak yg boleh memberikan bantuan dan bantuan tidak disalurkan seperti yg disuarakan.. then baru lah kite bisa menyalahkan mereka yg tidak memberikan bantuan!


Macam dlm kes Firdaus nie.. seandainya si ibu telah berusaha sehabis baik utk menjaga kebajikan anaknya yg cacat tu… macam contoh si ibu dah kene buang kerja kerana terlalu banyak cuti di ambil hanya kerana ingin menjaga & menguruskan perihal Firdaus.. then yeaaa.. baru lah kite boleh mempersoalkan tentang sistem kebajikan bagi org OKU yg masih lemah didalam Malaysia nie! As for now, sorry to say… yg aku nampak secara terang lagi bersuluh adelah kebajikan Firdaus terabai sewaktu berada di tangan ibunya sendiri!


Kalau lah Firdaus boleh menyanyikan lagu Namunku Punya Hati nie.. I’m sure satu Malaysia banjir ngan linangan air mata!

Tajuk Lagu: Namunku Punya Hati (Penyanyi: Revolvers)

“Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu…

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan…

Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati…

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua…”


Sobss.. sobsss.. bergenang air mata aku bile nyanyi lagu nie! :(


Semoga tidak ade lagi kedengaran kes-kes tragis sebegini di dlm Malaysia selepas ini! Pastinya kisah Firdaus ini mempunyai seribu satu hikmah disebaliknya… aku sendiri mengambil seribu satu pengajaran darinya… bagi yg tidak mempunyai anak yg cacat.. bersyukur lah kerana kita tidak merasai saat2 getir dlm memelihara anak yg cacat... bagi mereka yg mempunyai anak yg sihat sempurna.. tetapi sering mendera dan kurang memberi perhatian dan kasih sayang terhadap anak2 mereka.. bersyukur lah kerana anak2 kalian tidak pernah membebankan kalian seperti mana bebanan yg akan diberikan oleh seorang anak yg cacat!


Sesungguhnya apa yg terjadi ini.. Allah ingin memberi peringatan dgn cara yg berbeza terhadap umatNYA yg acap kali lupa dlm memanjatkan kesyukuran terhadapNYA!



Ok… esok aku akan update some new collections from Pin2it by NeenaAnuar… meh nak tunjuk satu collection yg paling comel akan aku update esok! :)

Untitled


So esok jgn lupa terjah I’m Yourss utk shopping your hijab pin ya! ;)




8 comments:

Anum said...

comelnya sis

Farah Waheda Wahid said...

sedih dengan kisah OKU tu sebenarnya.... hu hu hu... tapi tak mampu nak cakap apa2 pun...

safurara said...

ko mampu ada eiffel tower atas kepala.hehehe.omei lah akk ni.

hmm pasal Wardina tu mls nk komen.hahaha

kathy jem said...

Kan betul ckp neena tu kenapa kebajikakn Malaysia tak leh buat mcm Australia tu..hurmmmm

Dua tiga ni asyik teringat wajah adik Firdaus tu..sedih betul.. =(

Izafiza said...

kak ,lagu tu ingatkn sy kt drama yg pnh ada kt tv dulu.sedih.

Unknown said...

campak aje laa si lola tu dalam penjara...

lynmunir said...

Sampai mlm ni di 999 TV3, masih kisah tentang adik si Firdaus ni.
Tak terkata, namun ku punya hati....

RiNa said...

1st time to leave comment here. Akak memang gorgeous!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails