COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Monday, August 10, 2015

Kak Neen Akan Beraya Bersama Anuar Zain di Konsert Raya Oasis Piazza!


Sapa yg dah lama follow blog aku mesti tahu siapakah penyanyi lelaki kegemaran aku kat dalam Malaysia nie! Siapa yg tak tahu meh Kak Neen nak bagi tahu... kat dlm Malaysia nie Kak Neen adelah No.1 Fan of Abang Anuar Zain = Nuar Jeng.. see.. macam sesuai jerr Nuar Jeng ngan Akak GonJeng kan? hahaha…


Untitled



So korang minat tak dengan lelaki idaman Malaya Anuar Zain???? Minat?? Bagusss… ok sapa minat dengan Kakak Ella.. alaa.. Ella Ratu Rock Malaysia tuu.. Minat jugak??? Bagusssss.. ok sapa minat dekat penyanyi lagi “Knock Knock”? alaa.. takkan korang tak tahu siapa penyanyi lagi famous Knock Knock tu?? haa.. pandai.. Elizabeth Tan artis yg dicungkil bakatnya dari YouTube tuu.. ehh.. jap2… ade lagi nie… siapa minat ngan Man Kidal? Mesti korang kenal Gitaris Lagenda Rock Man Kidal nie kan?? haaa.. kalau minat jugak bagussssssss… ok last but not least.. korang kenal tak dengan penyanyi Soul Dasha Logan??? Hah! Tak kenal??? Ok kalau penyanyi Alleycats' mendiang Loganathan Arumugam tu korang kenal tak??? haaaaaa.. takkan lah takk kenalllllllll kan??? hehe.. ok Dasha Logan nie adelah anak kepada mendiang Logan penyanyi kumpulan Alleycat tuu!


Untitled



So… kalau korang minat dengan kesemua arits2 di atas nie… make sure you guys free kan diri korang pada 15hb August nie sebab kesemua artis2 hebat ini akan berada di Oasis Piazza, Oasis Square utk Konsert Raya @ Oasis Piazza! Haa.. tengok tuuu.. pengacara bukan calang2 pengacara okk.. konsert raya ni akan di hoskan oleh Cheryl Samad yg famous tu okk!


Seriously rugi kalau korang tak attend konsert raya nie sbb ianya adelah konsert percuma!! Yeeerr.. It’s a FREE concert… meaning korang tak payah bayar satu sen pun utk tengok artis2 pujuaan korang tu menyanyi kat depan korang ok! Dah lah dpt tengok konsert free.. kalau korang adelah antara pengunjung yg bertuah.. korang berpeluang utk menyertai sessi ramah mesra dengan artis2 famous selepas mereka selesai membuat persembahan! So korang sila lah hadirkan diri dgn jgn lepaskan peluang utk bermesra-mesraaa dgn your favorite artist ok!


Adoiii… lama nya tak ‘beramas’ mesra dengan abg nuar jengg I.. dulu waktu zaman2 jahiliahh I.. slumber badakk jer I peluk pinggang abg nuar jenggg I bile bergambar together gather dgn dia tauuu... but this time kot kalau dpt peluang utk ‘beramas’ mesra dgn dia.. ohh.. I have to be very behave right now… no ramas ramas okk! Ahahaha.. harap2 aku tak lupa diri.. semoga aku dpt berdiri secara wanita suci murni jer disebelah dia nanti! Muahahahahahaa…


Konsert mega raya nie akan berlangsung selama 2 jamm tau… konsert di jangka akan bermula pada jam 8.30 malam.! Konsert nie di anjurkan oleh Popcorn Studio, ditaja oleh Oasis Piazza.. dan disokong oleh Sime Darby Brunsfield Group (SDBH), Oasis Village dan ERM International Group! Well.. konsert nie dianjurkan atas semangat dan ingatan tulus ikhlas utk meningkatkan penglibatan dan pembangunan sosial.. Konsert ini juga bermatlamat utk menyatupadukan Negara dan memberi sokongan kepada bakat tempatan dlm industry music kreatif serta bagi menghargai kepelbagaian budaya Malaysia!


Kira-kira 100 tetamu istimewa daripada aktiviti pembelajaran alternatif, Projek Mentari (www.mentariproject.com) dan kanak-kanak mangsa banjir di Kelantan akan turut diraikan… mereka semua akan berpeluang untuk menjamu selera pada majlis makan malam dan meneroka Oasis Piazza sambil menikmati kemeriahan konsert mega berkenaan!


Korang pernah pegi ke Oasis Piazza nie tak? ade yg tak pernah dengar?? Hihi.. Ok nie sedikit info about Oasis Piazza..


Untitled



“Terletak hanya beberapa minit dari Lapangan Terbang Subang, Oasis Piazza mengetengahkan laman al-fresco di sepanjang aliran dan pancuran air yang mendamaikan. Sebanyak 15 kedai pelbagai tema di Oasis Piazza menempatkan restoran gourmet tempatan dan antarabangsa terpilih, bagi menyediakan peluang kepada komuniti setempat merasai pilihan sajian yang meluas di satu destinasi. Lokasi yang dipilih dengan baik itu boleh menempatkan 7,000 ruang parkir jalanan secara keseluruhan – mencukupi untuk jangkaan jumlah pengunjung.”


Oasis Piazza nie terletak di Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square, Oasis Damansara 47301, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Korang jgn risau, sepanjang konsert berlangsung, korang akan dpt menatap wajah2 artis yg membuat persembahan di atas pentas utama kerana pihak Oasis Piazza akan menampilkan pentas hadapan berganda dgn saiz penuh berserta skrin di seluruh lokasi bagi memberi kepuasan kepada para pengunjung!


Kak Neen insyallah akan pegi ke konsert nie.. dah lama gilerr Kak Neen tak layan live concert camgini.! Hahaa… kalau kot korang terserempak dgn Kak Neen sabtu depan.. jgn lupa lambai-lambai sambil kenyit-kenyit mata ngan Kak Neen yer.. boleh kite beramas mesra di sana!! :D

Korang di alu-alu kan utk LIKE dan follow FB fanpage Konsert Oasis Piazza ni ya!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails