COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Thursday, July 28, 2016

Mintak Pendapat Pasal Perhubungan Cinta!


Semalam ade sorang follower yg berumur 20’an PM aku mintak pendapat pasal perhubungan cinta dia! Dia tanyer ok ker kalau nak couple or buat suami dgn jenis lelaki yg very pushing & fake! So aku tanyer dia... nak aku bagi jawapan yg jujur atau fake? nasib dia pilih nak jawapan yg jujur! Hahaha..


Nasihat aku simple jer.. lelaki mcm tu memang patot di tinggalkan! Bukan nak kejam.. tapi kalau dah lama berkawan tapi takde keserasian... always lelaki nak carik pasal walaupun ko dah diam.. haa.. memang jawapan dia mudah ajer.. tak boleh di jadikkan lakik gaya gitu!


Memang lumrah ciptaan seorang perempuan ni.... sifat dia memang lebih banyak mengada-ngada daripada lelaki.. lebih banyak annoyingnya daripada lelaki... memang lebih manja daripada lelaki... memang lebih cepat sentap daripada lelaki.. memang lagi banyak sensitip daripada lelaki! Pasal tu lah kuasa talak tu Allah letakkan pada diri seorang lelaki sebab Lelaki nie diciptakan sebagai manusia yg waras dan sgt penyabar!


Kalau lelaki jenis spesis tak sabar.. jenis spesis tak reti nak didik seorang perempuan, jenis spesis yg nak emooo jer memanjang... jenis spesis yg tak sudah-sudah nak carik pasal.... jenis spesis yg EGO tak bertempat, jenis spesis yg tak nak mengalah dgn orang perempuan... jenis spesis yg bersifat kebudak-budakkan... jenis spesis yg tak boleh nak menyelesaikan masalah.... memang berat laaa nak go on relationship yg camgini!


Tapi tak mustahil ade jer golongan orang perempuan yg dia boleh telan & hadap kesemua sifat perangai lelaki yg tak cool seperti aku list kan tadi tuu... perempuan mcm nie aku memang salute sebab dia punyer sifat penyabar sgt luar biasa! So biasanya perempuan yg luar biasa nie jer yg boleh bertahan dgn kerenah lelaki2 kurang cool tu tadi... di sini tepuk dada tanyer selera.. kalau kite as seorang perempuan kalau kite rasa kite boleh tahan dan hadamm segala sifat2 tak cool seorang lelaki tuu... maybe kite boleh terus berkawan dan boleh terus berkahwin.. tapi kalau time berkawan lagi dah rasa sakit hati.. makan hati.. better forget about it jer lahh!


Aku ckp kat budak tu.. bukan aku nak hasut utk dia tinggalkan boypren dia tu... tapi kalau dlm tempoh dia berkawan dia dah tak boleh tahan.. then macam mana nak hadapp kehidupan selepas berkahwin??? Lepas kawin ujian nya lagi hebat dan berat.. time bercinta nie memang lah rasa mcm boleh bertahan dan cuba bertahan... tapi lepas kawin nanti percaya laaa.. time tu slack skit pun kalau rasa tak kuat silap hari bulan boleh sampai tahap nak bercerai berai okk!


Memang kite tak boleh nak dpt pasangan yg 100% perfect utk diri kite sebab kite sendiri pun tak perfect mana.. yg org kata biar lah percentage keserasian antara kite tu tinggi kadarnya... kalau waktu berkawan pun kite dah always makan hati and sakit hati.. nanti kalau dah kawin memang boleh bawak matii laaa jawabnya! So aku ckp dia muda lagi.. masih banyak ruang dan peluang utk dia luas kan rangkaian dia berkawan... jgn put a stop until dia jumpa dgn pasangan yg dia rasa betol2 serasi!


Lepas tu aku ckp lagi.. kite berkahwin nie bukan sekadar utk menikmati SEX semata-mata tauu.. berkahwin nie adelah satu perjudian hidup sebenarnya.. kalau salah catur memang boleh merana seumur hidup... Lepas tu dia ckp la.. “errrmm.. ingatkan indah sgt berkahwin”.. so aku ckp.. “Takde makna nyaa indah sgt lepas kawin... indah tang SEX jer lahh! Hahahaha..” buktinya ade jer kes yg lakik binik dlm process nak bercerai pun sempat beranak lagii! Hehehe...


Orang yg dah berkawin tahu lah apa yg aku maksudkan nie.. bukan kawin tu tak indah... berkahwin tu sgt indah kalau betol cara kite suami isteri mengemudikannya... kalau suami jer yg cuba kemudi dgn cara terbaik pun tak jalan jugak... then kalau isteri jer yg cuba kemudikan rumahtangga dgn cara terbaik pun takkan berjalan jugak! So pendek kata.. kerjasama dan persefahaman antara suami isteri tu yg akan membuatkan rumahtangga yg dibina itu indahh sgt2... and kalau kite dpt suami/isteri yg boleh mengubah setiap perangai negatif kite kepada positif itu amat berharga dan bermakna dlm hidup kite!


Ingat yer adik2.. Perkahwinan nie satu tanggungjawab.. ianya bukan satu keseronokkan semata-mata! Ianya satu tanggungjawab yg sangat besar utk kite pikul sebenarnya... so ambil lah masa utk kenal hati budi pasangan kite.. kalau boleh jgn lah fake to each other.. itu lah salah satu faktor kehancuran rumahtangga sebenarnya!


Macam aku dulu waktu bercinta memang tak fake ngan lakik aku... aku memang tunjukkan aku punyer true color... aku memang garang macam singa... gelak memang jenis gegak gempita bunyi nyaa.. aku memang tak ayu dan tak manjaa macam princess.. so pada aku kalau nak suke aku sukaa lahh.. kalau tak suke sila tinggalkan aku! Hahaha...


Tapi mcm lakik aku adelah sifat fake dia dgn aku dulu waktu tengah bercinta.. sebelum kahwin tak pernah sekali aku dengar hembusan kentot dia.. skg nie... nauzubillahhhhhhhhhhhhhhh.... dia rasa dia sgt macho bile kentut sekuat-kuat hati kekdahnya! Huh!


Untitled

Kentot pun kentottt laaaaaa... I tetap sayang you hingga hujung nyawa I okkK! *dengan pesanan - sila belikan I handbag banyak2 lagi* muahahhahaa.. :p

2 comments:

PeRdU cINta said...

Betul...perkahwinan bukan satu permainan...jika sebelum kahwin dah mula ada rasa yang kurang menyenangkan..fikirkan semula..kerana takut selepas kahwin madih lagi tidak mahu berubah takut isteri terbeban dengan dosa tanpa sedar..kerana ketika itu sudah pun sah.

Cici said...

setuju tu Kak Neen. kita pun selalu pening bila nak explain kat kawan kawan yang belum kawen. dorang selalu ingat kahwin ni macam satu impian tercapai, padahalnya tak. ni adalah 1 permulaan kehidupan. macam mana kita cinta sayang pun, time bercinta kompem lain. time kahwin lain. pheww.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails