COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Tuesday, September 2, 2014

Isu Sensitive Yang Sering Kali Mengganggu Mood Percutian!





Setiap kali nak pegi bercuti... mesti isu ni akan berlegar-legar dlm minda dan fikiran aku!   Org tak yah ckp depan2 aku pun aku dah tahu isu nie akan di perkatakan dan di sok sek sok sek kan!   Aku tahu ada yg berniat menasihati dan mahu mengingati... tapi tak kurang jugak ade yg berniat nak menyakiti.!

Aku tahu dan aku sedar.. setiap kali aku nak pegi bercuti.. mesti akan ade sok sek sok sek mengatakan “pegi bercuti merata-rata.. tapi umrah tak nak pegi ke?”   “daripada pegi ke sana, baik lah pegi buat umrah!”  

Sejujurnya aku nak ucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan dan nasihat yg cuba diberikan.. dan sejujurnya jugak ingin aku jelas kan disini, sudah pasti sebagai hambaNYA, aku juga ade perasaan ingin melakukan ibadah umrah!  Persoalan nya bila masanya aku akan melakukan ibadah umrah?   Insyallah akan tiba masanya nanti... pada aku umrah adelah satu ibadah... ianya bukan satu percutian tetapi lebih kepada lawatan yg beribadah.!  So pada aku Ibadah umrah itu bukan lah satu perkara yg main2...

Aku tak nak pegi buat umrah atas desakkan orang lain.. aku tak nak pegi umrah semata-mata nak puas kan hati org lain.. aku tak nak pegi umrah semata-mata nak tutup mulut org.. aku tak nak pegi umrah semata-mata nak menunjuk pada semua org.. ‘weiii.. aku dah pegi umrah lah!’
Ketahui lah yg aku nak pergi umrah atas keikhlasan dan ketelusan hati sendiri... sama lah seperti mana aku berhijrah dari free hair kepada berhijab!  Aku berhijab tanpa paksaan dari sesiapa... Alhamdulillah.. aku berhijab atas dasar sekelumit hidayah yg diberikan olehNYA... dan syukur aku berhijab dgn penuh keikhlasan di hati.!   Aku tidak mahu lawatan ibadah aku itu menjadi sesuatu yg sia-sia... Insyallah.. masa nya akan tiba juga satu hari nanti.!  

Yer.. memang mudah utk org mengata itu dan ini.. tapi siapa lah kite hendak mempersoalkan dan mempertikaikan itu dan ini tentang diri insan lain!  Sebaik nya doakan lah yg baik2.. kerana ternyata doa itu jauh lebih baik dari mengata dan membuat sebarang pertikaian!  :)




14 comments:

Capt Lalok said...

kalau aku neena..pedulik lah hapa org nak kata..bkn diaorg yang suap nasik dlm mulut kita.

Allene said...

hohoiii... biasa je mulut orang tu... btul tu, kita g umrah nak beribadah... hati kna btul2 bersih. bukan niat nak shopping atau menunjuk... Bina ketahanan badan anak2

suezen said...

jgn pedulikkan mulut org lain. kalau kita fikir mulut org...kita xkan maju:)

Lynda Che Lah said...

Insya Allah..sy doakan..percutian ibadah terindah itu akan jadi nyata..Amin

juls julie said...

sama jugak laa dengan statement "..kau tak per la gi bercuti sana sini kakk..dua org jer laki bini.. duit tak abis.,...SENANG tak de anakkk..."

mencikkkkkkkkkk..,!!!

sweet tooth said...

nak buat umrah/haji, pada i tu rezeki juga...ada rezeki utk menjadi tetamuNya, InshaAllah, akan dipermudahkan urusan... tak perlu la org lain nk persoalkan...

nur asilah said...

Abaikan ape org kata...klu asyik pikir aper org kate,semua bende x menjadi

Yana Halim said...

Bercuti pun bukan saje2. Kpd yg mahu berfikir, ia adalah utk melihat kebesaran Allah swt. Akk kat sabah skrg ni neena. Thanx tunjuk tempat2 cantik. Akak dah jadi penjejak percutian neena pulak dah. Hahaha..

Ezra Meza said...

Biasalah kak. Dia jeles sebenarnya nak g jalan dekat2 pun takleh.

Irz Zack said...

sama dengan saya jugak Kak Neena. Ada jugak yang tanya bila nak pegi Umrah. Kadang saya pon terasa tak best jugak. Tapi saya pikir positif je. Pastu selalu cakap. Mana tau duit tuh dah cukup tetiba tukar pikiran pegi Umrah pulak ke kan. Ha gituu.. huhuhu

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam neena,
Salam perkenalan :)
Saya start baca blog neena sbb holiday2 & vacay2 punyer hal la..
bila baca post2 tu mcm tengah pilih pakej nak berholiday ajer, he3...
harap neena teruskan yer..
Anyway jemputla join blog kecil2an saya http://aryshafayyadh.blogspot.com/

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

huhu! pedulik kan la neena. jeles kot tu tgk neena selalu dpt bercuti. berziarah, menjelajah, bercuti tgk tempat orang tu pun semua dituntut selagi kita ni tak menyimpang & tak buat perkara yang dilarang. Tgk kebesaran ciptaan Allah, sejarah2 islam, keindahan alam milik Allah. byk la yang boleh dipelajari, diinsafi, bukan bercuti tu nak seronok ja!

saya pernah kena hentam dekat ofis, depa kata "buang duit bercuti" "banyak duit boleh la" "apa dapat bila bercuti, habis duit je" boleh imagine tak pemikiran depa ni? tak kuasa nak tulis lagi, sakit hati bila difikirkan!

saya siap buat entry jugak pasal isu ni. sebab geram. boleh jenguk di sini :)

http://fatihashuhaimy.blogspot.com/2013/12/dari-parit-ke-old-trafford.html

yana2605 said...

umrah/haji di lakukan di rumah Allah..oleh itu kita hanya boleh ke sana apabila di jemput oleh NYA..jemputan itu akn dtg melalui hati yg di gerakkan oleh NYA..oleh itu sapa lah kita nak pertikaikan knapa bole gie sana sini tp tak gie Umrah..ada yg kaya raya duit berpuluh juta tp masih belum di jemput olehNYA..oleh itu baik kita berdoa supaya kita d jemput ke rumah Allah dr mempertikaikan kehendakNYA..

soraya.nasir said...

hehee.. totally understand. been there done that.. tapi bile u dah pegi, lepas tu u g tempat lain pun u still akan dapat remarks yang lain jugak.. tunggu je la. typical type of ppl yang tak pernah puas hati ngan org lain :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails