COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Tuesday, August 31, 2010

Contest Aku & Ray Bon!


Salam Hari Merdeka to all of you guys!

Cam mana sambutan hari merdeka korang? pasti ade yg bershopping sakan hari nie... ade yg pegi tengok bunga api malam tadi... lepak ngan kengkawan.... pergi tengok perarakkan sambutan hari kemerdekaan.. ade gak yg balik kampung and gie for holidaay maybe.... errrmmm.... so aku sambut cam mana? haaa... tungguuuuuuuuuu..... :D Anyway, tak kisah cam mana pun cara korang menyambutnyer... apa yg penting... kite perlu menghargai jasa2 org2 terdahulu dlm memperjuangkan kemerdekaan negara kite nite... ceaaaaaaaaaaa.... tetiba aku jiwang patriotik lak aku kannn... hahaha....

OK lupakan dulu pasal sambutan hari merdeka tu.... coz waktu nak draftkan citer pasal hari merdeka aku baru terperasan kat draft box aku ade satu contest nie yg aku tak joint lagik... tarikh tutup esok.. aiyok!! last minitt joining contest... hehehee...

Contest Aku & Ray Bon nie... aku telah di tag oleh adik Nurhidayah... TQ Hidayah coz ingatt kat akak.... ok jom tengok syarat2 contest niee....

Syarat2 contest :

1) Mestilah warganegara Malaysia sahaja tanpa mengambil kira had umur ~ ALRITE!

2) Terbuka kepada blogger lelaki dan perempuan ~ ALRITE!

3) Korang mesti mempunyai blog sendiri bagi memudahkan sesi terjah blog ~ ADE.. ADE... :D

4) Tidak diwajibkan menjadi follower Caer ....tapi credit diberikan pada sahabat2 yang sudi beramah mesra dengan caer ~ I DAH FOLLOW DAH... :D

5) Mesti memakai kaca mata yang menampakkan korang yang stylo , macho , anggun....ngeh3 ~ CONFIRM GAMBAR I PAKAI CERMIN MATA..... HEHEHEE....

6) Gambar boleh edit tapi jangan terlampau menonjol ~ OK... CONFIRM GAMBAR NIE SANGAT ORIGINAL TANPA SECALIT EDITING.... :D




7) Copy banner contest dan linkkan terus pada banner contest....terpulang sama ada nak letakkan dalam entri atau pada bahagian sidebar blog korang....kalau buat dua2 lagi baik... ~ ALRITE!

8) Tinggalkan kesan kat ruangan comment box yang siap dilinkkan bagi memudahkan proses terjah blog korang ~ ALRITE!

9) Tag 2 orang sahabat blogger pada akhir entri ~ ALRITE!

10) Tarikh tutup contest : 1 September 2010 ~ ALRITE!

So dengan ini aku pertandingkan gambar yg ala2 vogue da vasss gitu! hahaha... vouge lahhh sangatttttttt.... :p


DSC_3074


Skg aku nak tag... IENA... MEKCHU... POSH... MIMY... ehhh.... jap2.. alamak dah terTAG lebih dari dua dah nie... hehehe... takpe lah... so pada sapa2 yg nak joint... jom joint contest nie ramai2 yek... sempat lagi nie.. esok tarikh tutup! :D


"Posh76 GiveAway Anniversary 2010"


GUMMY POST!!!
~PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW ENTRIES~


My blogger fren.... POSH buat pertama kali nyer organize Give Away contest di blognyer... so demi memberi support pada kawan2 blogger... maka haruslah aku menjointkan diri... lagi pun... aku kan memang rajin jerk menjoint-joint contest niee! :p

Jom tengok syarat2 penyertaan!

1. Terbuka kepada semua tak kira dah kahwin ke belum lelaki atau perempuan.  ~  CONFIRM I PEREMPUANN.... ;)

2. Kene jadi follower kalau tak disqualified (paksa... takdelah lepas ni kan ada bnyk GA so senang u all nak tahukan new info).  ~  MEMANG DAH LAMA DAH I FOLLOW YOU PUN KANNNN... ;)

3. Tak perlu letak gambar anniversary ke apa.. tapi kalu maless nak mengarang boleh letak gambo yang berkaitan dgn anniversary yer (mudahkan) korang mesti nak tau kenapa apa aku tak buat entry submit gambarkan sbb susah kang kalu anak dara atau bujang nak letak gambar apalak tak sesuaikan.  ~  CONFIRM I AKAN LETAK GAMBO! ;)

4. Gambar aku tu pun tak perlu letak kat entry u all.  ~  ALRITE!

5. Buat satu entry kat blog u all dengan slogan "SAYA INGINKAN ANNIVERSARY saya disambut dengan .......(ikut suka korangla nak panjang berapa bnyk) slogan ni berdasarkan samaada realiti (sah2 untuk yg sudah berkahwin bercerita pengalaman annivesary u all kan)...tp untuk tidak mengecewakan bagi pasangan belum berkahwin pun boleh... ala2 fantasi gitu.  ~ ALRITE!

6. U all kene TAG sekurang2nyer seorang blogger untuk buat GA ni dan siapa referral u all untuk GA ni. ~  ALRITE!

7. Lepas wat entry kat blog sila linkkan entry tu kat komen supaya senang nak tengok & nilai ~ ALRITE!

8. Tarikh tutup: 31/8/2010 (lambat tinggal)  ~ ALRITE!

9. Hadiah????? Hadiah yang dah confirm terang2 ler dari Pra Honeymoon kitaorg based on this picture yer... ~ PENANG MALI! :D

10. Aku akan memilih 6 peserta dengan slogan paling unik, kreatif & menarik tetapi hanya satu peserta namanyer akan dicabut untuk berpeluang memenangi hadiah....so sila buat paling bess yer!  ~  INSYALLAH KALAU ADE REZEKI... ;)

Okk.... disebabkan blog aku nie sangattt terkenal ngan gambar... harus lah aku tempekkan gambo tuk GA nie! Ibarat pepatah aku mengatakan... "entry tanpa gambar adelah sangat membusan kan!" hahahaha... :p

Slogan saya berbunyik begini......

"Saya inginkan Anniversary saya disambut dengan satu suasana yg cukuppppp romantiss seperti berlayar di atas kapal mewah secara berduaan sahaja.... ataupun menginap di resort yg terletak di kawasan hutan!!!  Yg paling penting.... hanya kami mahu berdua-duaan sahaja tanpa sebarang gangguan.... kami berdua hanya mahu menghabiskan masa bersama-sama dengan......................................


_DSC1339 copy
ber-candle light dinner bersama dikawasan bilik kami sendiri supaya lebih privacy.....


_DSC1362 copy
dan juga bersantai-santaian di dalam bilik yg mempunyai ciri2 kelainan seperti ini supaya boleh menghidupkan lagi suasana romantis antara kami berduaa........"

Ok now aku nak tag dak Iena!  Referral aku nan adoo.. sebab aku amik GA nie direct dari blog POSH!  korang yg aku tak tag... kalau rasa2 mau mencuba nasib.. meh lerr joint GA nie ramai2 yek... the more the merrier gituu.... :D

p/s:  tang aku bercuti dlm hutan tu dah pun terlaksana kat Bagus Jati hari tu walaupun pergi bukan kerana percutiaan annivesary... tapi yg tang nak naik kapal mewah tu tak dpt chan lagi nie... kapal star cruise aku tak mo.. aku nak yg private punyer kapal mewahh... wahh.. boleh gitu?? confirm tak tercapai cita2 aku tu.. melainkan en. teman jadik pemandu F1 lah satu hari nanti! hahahaha......


Monday, August 30, 2010

3 Dara Pingitan @ White Room!


Sorry pada kengkawan yg dok tunggu update about raya photoshoot @ white room hari tu... lambat benauuu aku nak update kannn.... sila marah en. teman sbb lambat prepare gambo2 nie tuk diupdate ke blog! hehehehehe.....

Ok... disebabkan gambar2 kat white room hari tu gilozzzz punyer banyak.. maka aku akan update ikut section per section... and gambar2 yg da bomb jerk akan aku tempekkan kat sini... cehhh!! da bomb lah sangatttt!! :p

Now aku dulukan posing posing menarik dari 3 dara pingitan nie..... diaorg memang sporting abis... nak amik gambar & bergambar pun best! hehehee...  Eri, Mimy & Annn.... you ollzzz rockk!  :D

So enjoy the pictures ok! ;)


DSC_2175 copy


DSC_2176 copy


DSC_2178 copy


DSC_2179 copy


DSC_2180 copy
Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin dari kami bertiga....


DSC_2189 copy
Ann yg ayu.....


DSC_2194 copy
Eri yg sweet....


DSC_2185 copy
Mimy yang cute....

Nantikan gambar2 yg seterusnye yerr... aku harap korang tak muak eeekkk tengok pose mauuttt kiteorg!!!  hahahahaha.... :p

Saturday, August 28, 2010

Mandi Wajib Yang Betol!


Aku baca article nie @ FB.... so saja nak sharing2 kat sini pulak ngan korang semua.... ;)
____________________________________________________________________________________________

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain....
___________________________________________________________________________________________

Aku alhamdulilllah lahhh... waktu kat sekolah menengah dulu.. ustazah aku ajar cara2 yg samaa sebijik camgini.... sebelum dpt ilmu ni dari ustazah... aku sendiri cam mandi secara berdiri jerk... tapi biler tahu cam tak sah... terus praktikkan apa yg ustazah ajarkan sampai skg....

Friday, August 27, 2010

Al-Quran Terkecil!


Sempena Nuzul Quran hari nie... aku nak sharing pasal Quran terkecil niee....


Quran nie kepunyaan en. teman punye abang punyer bapak mertua yg punya.. paham tak? hahahaha.....

Kecik kann al-quran nie... aku tak tahu lah sejarah quran nie... tapi mengikut kata BIL aku... quran nie dah jatuh kepada beberapa generasi & keturunan dah lah....


kecik sungguh.....


bayangkann... nak baca pun kene pakai kanta pembesarr.....


camne lah agaknyer diaorg tulis ayat2 suci nie ke dlm al-quran yek?

satu khazanah yg sangatt tinggi nilainya... sampaikan ade org nak beli al-quran nie katanye.. tapi FIL abg ipar aku tak nak jual quran nie walaupun ngan harga yg tinggi... tapi memang yea pun.. kalau aku pun sayang giler nak jual.. bukan senang nak dpt edisi terhad camgini kannn... ;) 


Nie Bukan Entry Emo... Tapiiiiiiiiii.......


Hanyalah sekadar meluahkan perassaan dan berkongsi cerita.... ;)

Hari nie baru aku terperasan yg rupenyer ade stalker @ musuh dlm selimut dlm fren list FB aku.... aku cukup tak paham lah ngan org2 camgini.... diaorg nie berpura-pura berkawan ngan kite semata-mata nak dptkan info pasal kite tau... eh korang penah tak lalui perkara camgini?

Aku rasa cam tak boleh blah lah ngan org2 camgini.. felikkss bin ajaib betoi laaaa... diaorg nie tak suke kite... tapi diaorg tatapp nak amik tahu hal kite... asal eh??? aku kalau dah tak suke org.. tak hingin aku nak amik tahu hal org tu... tapi yg diaorg nie dah lah tak suke aku.. tapi yet diaorg nak kawan aku and nak baca blog aku... seyes saiko kan? hehehee...

Takpe lah.. aku rasa org2 yg jenis camgini nie.. diaorg nie adelah 'PEMINAT FANATIK' aku niee... pasal tu diaorg dlm pada tak suke tak suke aku pun... tatap nak kawan ngan aku and nak baca blog aku... hahahaa..  aku nie jenis straight to da point jerk.. bukan & jauh sekali nak buat musuh ngan org.. cumanyer cam aku kalau dah tak suke org tu... aku tak de lah sampai nak gie wat kerja2 umpatan sana sini... aku just wat bodo.. and just like hi hi bye bye jerk la.. namun kata aku nak rapat tu idak lahhh... coz aku tak boleh nak hipokrit tunjuk cam aku baikk gilerrr ngan org just b'coz aku nak nampak cam baik ngan semua org... tuk apa kan?  and then aku takkan nak amik tahu hal dia pun.. jauh sekali nak menjatohkan org yg aku tak berapa berkenan tuu.. tapi yg aku pelik.. cukup ramai org skg nie cukup suke nak jatohkan org yg diaorg tak suke... asal eh?  diaorg dpt apa weiii?? yg aku tahu diaorg dpt dosa adelah... takpe lah.. dia nak bagi aku pahala lebih tuuuu... hehehehe...

Then lagi satu org yg berani tang belakang.. biler depan aku kecoottt perot.. tak berani nak bersemuka.. apa kekdahh nyer labuuu ko wat camgitu... kalau betoi taiko... sila lah bersuara  depan I... jgn bersuara belakang2.. main belakang tu harammmm ok! hehehehee... :p

Tapi aku tak kisah lahh.. lantak ko lah kat situ.. ko nak wat apa pun.. aku cuma terdetik lah kat hati nie.. apalah sebenarnyer yg diaorg dpt ngan wat camgitu kan... errmmmm......

Apa pun... aku bersyukur sangat2 ngan kawan2 yg aku jumpa kat alam maya blogging nie... korang semua memang awesome and gorgeous lah! alhamdulillah... I can feel that u all are really sincere to be my fren!  seriously aku suke berkawan ngan korang semua... nak2 yg aku dah kenal secara personally & jugak yg aku kenal through blog2 korang... to all followerss.. I love all of you tooooo!! coz I know biler korang suke nak kawan ngan aku baru korang follow blog aku kannn.... to my silent readers... pada yg aku tak kenal... I sayang korang jugak... thanks coz sudi be part of my fren walaupun secara 'bisu'... hehehe... tapi pada yg silent readers yg aku kenal.... haaa... nie yg bahaya nie.... diaorg nie maksud nyer nan ado blog... tapi aku kenal secara personally... and at the same time diaorg nie lah yg cuba nak skodeng blog aku and cuba nak get info about me... yea.. this are the people.. maybe not all.... but some of them aku memang kenal diaorg and know who they are.... Aku tahu diaorg nie sebenarnyer tak sincere nak kawan ngan aku.. tapi cuma nak amik tahu hal aku then seterusnyer menjatohkan aku... TQ sbb pada korang sbb sudi click2 blog aku yek!  memang terserlah korang PEMINAT FANATIK aku! hahahaha....

Kawan2 yg memang rapat ngan aku secara alam nyata.... yg nie tak perlu di pertikaikan lagi lahhh... sesungguhnyer diaorg nie semua kawan sejati aku... diaorg2 nie lah buat aku tak kering gusi... sampai kejung2 perot dibuatnyer biler tiap kali berjumpa... sesungguhnya aku sayanggggg bangattttt sama kamoooo semua okkk!! :D

Thursday, August 26, 2010

Cerita Wangsa Bowl & 2 Pinggan Mee Goreng Mamak!


Lepas abis sessi berbuka @ Strudels... ade yg balik & ade yg stay..... sapa yg stay???


DSC_2347 copy
NeenaAnuar, AwienRudy, ZaLee, AnnBujal, MimyMegat & Eri-Chan!

Lee ajak kiteorg main bowling... tapi hanya 3 pasangan yg main... si Ann, Bujal, Eri-Chan & Mimy semua pakat jadik penyokong handalan.... hehehehe..... diaorg nie semua kaki karok... takpe lepas raya nanti korang lak organize session karaoke yek... confirm gegakk gempitaa bilik karok tu nanti! :D


DSC_2351 copy
Lontaran dimulakan ngan Lee....  oh sila tahu yg dia sangattttt eksyen on that day!  sebab apa?


DSC_2348 copy
sebab wife dia yg beranak 2 nie sangat steady biler main bowling... Za memang gilerrr sempoii... terrorrrr siottttttt main bowling... banyak kali strike!  balingan dia tak laju punn... takat 12-15 km/j jerk!   jelesss aku.. nak kene menuntut ngan dia nie.... adekah aku perlu beranak 2 jugak tuk jadik terror cam dia? teeeeeettttttttttttttttttt......


DSC_2338 copy
balingan seterusnya dari bro rudy!  dia dok geram ngan Za gak... sbb dia susah giler nak strike... tapi balingan nyer sentiasa maintainnn.... hihihi....


DSC_2350 copy
kemudian diikuti oleh Awien.... balingan awien pun leh tahan hebatnyerr....


DSC_2340 copy
Haaaaa... nie lah org yg paling takkkk terorr sekali dlm permainan bowling.... memang jadik bahan usikan si Lee aku hari tu... hantoooo tol mamat tu... takpe2.. mentang2 lah bini dia terorr kannn.... ko jgn main2 Lee... nanti aku beranak 3.... mana tahu aku main sumenyer strike! hahahahaha.....


DSC_2342 copy
sama lak style aku ngan mamat kat sebelah nie... kire ok lah.. aku ade 2 pin... dia ade 1 pin.... hehehe.....


DSC_2343 copy
then baru lah en. teman... nasib lah ade en. teman.... dpt lah coverkan sikit kemaluannn aku.... huhuhu....!!


DSC_2344 copy
acehh... cehhh.... cehhhh.... gaya pro lah kononnn laki aku tuuuu.....

We ollzz main 2 games..... Dan keputusannyerr.................


DSC_2361 copy
1st Game... Mr & Mrs Lee di tempat pertama... then diikuti oleh Mr & Mrs Rudy... di tangga terakhir Mr & Mrs Anuar... uwaaaaa.... sadisss tol tengok markah aku kat sini.....


DSC_2363 copy
di game kedua.... pasangan NeenaAnuar & AwienRudy hanya sekadar bertukar tempat dari game pertama...  jadik lah... pasangan daddy & mummy tu tatapp kekal maintain....  so manalah si Lee tu takkk ekksyen bangatt sama gue!!!!


DSC_2346 copy
see... muke org velagakkk..... :p


DSC_2354 copy
TQ to all of you yg setia menjadik penyokong2 hebat kami sehingga ke penghujung game... sorakkan korang terbaeeekkk! :D

Abis game... semua org dah kelaparan balik dah... so teruss lah kami semua ke NZ sahaja... memang NZ dah  jadik tempat wajib kiteorg lepak dah skg nie kalau ke area Wangsa Walk tuu.....


DSC_2370 copy
owh... waktu amik gambo nie Za.. Lee & babies dah baliik.... tapi memang salute tol ngan anak2 depa nie... nak2 si Airisy... relaxx & cool gilerrrr...  tahan betoi si budak kecik tu sampai ke tengah malam.. sikit pun tak merenggekkk! cumanyer si abg Darwisy jerk yg dah makin nak besar makin giler aktive... tak larat mummy & daddy dia nak kejar sat bowling area tu! hehehe....


DSC_2366 copy
pukul 1 tengah malam... nie lah menu bersahur akuuu.... penangan cik bulan nak menyinggah gamaknyer... sampai 2 pinggan aku tibaii... tapi 2 pinggan tu kire aku share2 gak lah ngan en. teman... tapi yg pasti rasanyer aku makan lagi banyak dari dia kottt... hihihi... sedap pulak rasa mee goreng kat NZ nie... harap2 consistent lah taste dia... kalau jadik cam tauhu bakar tuuu.. tak syok lah!  cuma senggal nyer mamak nie aku mintak dia buat pedas... tak pedas mana pun dia buat... so harus aku mintak cili potong lak... perrrghhhh... barulah terangkatttttttt! :D

Sib baik kali nie tak kena 'halau' cam hari tuuuuu..... kaalu takk.. confirm esok2 mamak tu tengok muke kiteorg... awal2 dia say no entry kott! hahahaaha....


Wednesday, August 25, 2010

Strudels!!! Walaupun Aku Bayar RM20.... Tapi Sila Jangan Buat Sesuka Hati Anda Yer!


Kalau last year kami berbuka di 4 Happy Season Restaurant... this year we ollzzz memilih tuk berbuka di Strudels Cafe pulak!

Aku ngan Awien yg survey tuk tempat makan this year.... since last year awien dah do all the arrangements for 4 Happy Season.. so this year aku pulak lah take over from her... antara tempat2 makan yg we ollzz dpt senaraikan antaranya Kunang2... 4 Happy Season (again)... Subak.... Istana Bambu... & jugak Strudels!    Mula2 tu memang ade ura2 we both nak pilih 4 Happy Season again.. coz harga dia around RM30 laa... but pikir2 balik.... we ollzz (NeenaAnuar, AwienRudy, ZaLee & HasFifie) dah pegi sana last year.... so saja nak try new place lah pulak....

Why at the end we choose Strudels?  coz yg lain2 tu semua harganyer almost RM50 per head... and Strudels yg menawarkan harga paling rendah i.e. RM20 nett per person!  Coz takot gak ade yg rasa cam mahal sangat kalau amik buffet yg RM50 per head tuu... kalau berdua dah RM100 just tuk makan jerk kannn.... so that's why we choose yg paling murah... tapi biler murah.. pasti ade kekurangan nye... salah satunyer tempat yg diaorg sediakan bukan lah besar mana... dah nama pun cafe.. so harus lah kecik kannn.... sbb dia bukan taraf restaurant.... but yet we olllzz dah aware about it... so no issue on it....

Yang menjadikk issue sekarang nie adelahhhhhhhhhhhhh..................... jengg... jeng... jengg.... ni akak nak citer niee... hehehee... reservation aku dah buat around 4 days before occasion... ok... everything was OK... no problemo!  memang aku dah reserved kan 20 seats for our group.... and aku mintak reserved kat cawangan Strudels Cafe di Great Eastern Mall.... sbb kat situ pun outlet yg kiteorg nampak on internet for this promotion ramadhan buffet adelah @ Great Eastern Mall.... so that's why aku booked outlet situ....  then org yg amik reservation yg bernama Tini cakap okkk.. semua okk.. no problem... confirm!!!!

Sekaliiiiiiiiiiii..... just a day before our buka puasa session.... Sorang staff strudels yg bernama Nini aku nina dia nini lah pulak!  call aku!  dia bagi opinion dia lah to me.... dia kata since kiteorg nie ramai around 20 people.. so why not dia divert kiteorg semua nie ke outlet Strudels Cafe yg terletak di Wangsa Walk Wangsa Maju... dia kata kalau kiteorg semua nak duduk kat Great Eastern Mall jugak... maybe akan cam kurang privacy sikit lah.. and also cam berebut2 sikit waktu nak amik makanan nanti coz we olllzz semua akan bercampur ngan org2 lain yg ade kat situ... so Tini bagi jaminan yg dia akan tutup Strudels kat Wangsa Walk tu just utk our group ONLY!!!!! which means... kalau aku setuju nak ke outlet yg kat wangsa walk tu... outlet tu takkan ade org lain melainkan we ollzz yg seramai 20 org nie saja!!!

Then aku siap tanyer semua yg make sure aku nak all the setting up... the food... must be the same as at Great Eastern... aku tak nak ade perbezaan apa2 pun... si Tini tu kata... ok.... don't worry everything will be exactly the same!  then aku ckp lagi yg aku kiteorg nie semua nak duduk sekali... kalu boleh settingkan meja tuk 20org duduk sekali... then dia ckp ok lagi... takpe... jgn risau coz dia pun akan turun kat wangsa walk nyer outlet waktu kiteorg ade kat sana nanti... So aku pun pikir2 cam ok lah... I take her words eventho mula2 tu cam rasa geramm gak dlm hati why at last minit dia bagi tahu pasal perubahan tu kan?  ok lah.. takpe... malas nak emo di peringkat awal.... aku just say OK for that... and terus inform semua kawan2 on last minit!  sib baik semua org pun ok!

Nak dijadikkan cerita... aku sampai kat Strudels Wangsa Walk around 6:30PM... aku tengok meja makan masih dlm keadaan yg scattered and separately! kirenyer meja tak disusun secara memanjang tuk 20 org duduk kat situ.... dia bubuh satu meja yg leh duduk 4 org.... which memang ade 5 meja kat situ and of course can accommodate for 20 pax.... tapi takkan lah we ollzz nak duduk camgitu kan? dah nama pun group booking... harus lah nak duduk sekali dlm satu meja... walaupun meja tu panjanggg berdepa!  Takpe lah.. aku tak kisah lagi waktu niee.. aku just pergi jerk jumpa staff Strudels yg ade kat situ... aku kata... "tolong setkan meja nie secara memanjang.... I nak semua org 20 org can seat together in 1 row...."  budak tu kata OK!  so aku pun tinggal kan Strudels sat... gie bank kat dlm Wangsa Walk...

Biler aku balik.. aku tengok diaorg dah susun lah meja memanjangg... tapi aku percaya jek lah cukup tuk 20org... aku tak kire pun kerusi cukup ker takkk....  and at the same time aku nampak ade one group of people just next to our table around 6 pax camgitu lah... dlm hati aku dah terdetik... "eh.. kata si Tini tempat nie di tutup hanya specially for us only!  then why ade org lain pulak nie?"  tapi aku malas lah nak ambik port on that matter seriously.. to me as long as apa booking yg aku buat tu OK & properly done udah lahhh...   then aku terus gie wat inspection makanan.....  kot2 lah makanan yg di canang bak indah kabar dari rupe jerk!


DSC_2297 copy
semua menu yg tertera dlm list aku yg dpt memang ade lah... cumanyer quantiti dia tak lah semewah kat restaurant.. aku rasa diaorg cater memang ngam2 tuk org yg datang tuk berbuka jerk!


DSC_2303 copy
Apa yg diaorg letak nie.. ini jerk lah.... kalau abis.. abis... tak der penambahan lagi dahh.... 

Ok...  on food wise aku pun tak leh nak kata apa.. sbb kite bayar pun murah... nak ckp banyak pun no point!  as long as cukup food nyer sudah lah kannn... then stage by stage semua kawan2 dah start datang... alhamdullillah... semua yg confirm kata nak datang... datang jugakkk... Thanks korang coz bagi kerjasama yg sangatt baik! :D

Then biler dah makin ramai yg datang... rupe2nyer baru perasan yg meja & kerusi tak cukup!  Tak ker aku dah mula nak jadik singaa tuu!!  teruss aku carik staff strudels... Aku tanyer one of the boy... "naper tak cukup meja & kerusi?  Bukan ker I dah book this place?  and Tini has promised me to block this place only for us 20 people??? and no body will joint us??"  Budak toy boy tu tak tahu nak jawab apa ngan aku... sib baik tuk dia ade superior dia kat situ...  terus dia divert aku kat superiior dia... bagus gak.. lagi aku suke nak ckp ngan org atasan dari ckp ngan org bawahan nie.....

Korang tengok gambar nie dulu... then baru baca dialog nyer....


IJ
Gambar nie di snap oleh adik Ijat!  ku cilok FB dia! hehehe....

Aku :  Naper meja kerusi tak cukup nie?  I dah buat reservation and confirmation awal to be at Great Eastern Mall... end up Tini kata to make us comfort.. dia divertkan kiteorg kat sini... and then dia kata tempat nie will be closed only for us tanpa ade org lain sbb kiteorg dah ramai... that's what make me agree to change our venue here!  and now mana Tini?  dia ckp ngan I semalam that she will be here! where is she?

Supervisor:  Errmm... Tini tak der... ok camgini cik... actually kiteorg dah setkan dah meja you ollzz for 20 people.. tapi bukan cara memanjang camgini... sbb kalau memanjang camgini memang tak cukup... sbb asalnyer satu meja leh duduk 4 org and now biler dah bercamtum meja harus lah kurang tempat duduk...

Aku:  yeaa... but I've told Tini that I dtg in big group and all of us wanna be together..

Supervisor:  Owh... masalahnyer Tini tak der pun inform kiteorg yg you ollzz semua nak duduk sekali semeja....  

Aku:  Oh please!  I dah berulang kali ckp ngan dia.. I wanna like this.. like this.. and like this.. and she keep on telling me.. yea.. yeaa... yea... everything is gonna be OK... don't worry!  and now jadik camgini... and then secara logik nyer I rasa you pun boleh pikir.. takkan lah kiteorg semua nie dtg ramai2 nak duduk berasingan secara berempat-empat per table lak!  tak logikkan???  I paham lagi kalau dah almost 50 people.. yes.. of course you tak boleh nak letak semua org secara memanjang... but at least you make 2 rows of 25 pax / 25 pax... aku lak kene ajar diaorg nie! senggallll!!

Supervisor:  Ok cik.. saya mintak maaf.... maybe ade missed communication antara kami... takpe.. saya cuba tambah meja.....

Aku:  OK!

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... kan aku dah cekak pinggang tuuu... sib baik ko say sorry!  kalau ko tatapp nak argue ngan aku... memang confirm ko kene lagi berdas-dass ngan aku tauu!

Ok.... aku bukan lah suke sangat nak wat camgini... tapi aku memang sentaapp abis lah biler jadik camgini.. dah lah aku yg buat arrangements... so if anything goes wrong of course lah aku yg kene bertanggangjawab kannnn.... since dah geramm dari hari si Tini tu call kata nak divert aku.. sampailah batang hidung dia tak nampak.... memang nak kene lah sound kannn.. lagi yg buat aku geramm giler... aku call HP dia.. leh lak dia tak jawab tu... walhal dia tahu nombor HP aku... then lepas 1/2 hour.. dia leh lak sms tanyer "sapa nie?"  eeee.. geram betoi aku ngan dak Tini nie... nanti lah dia... aku memang nak report pasai dia niee! pekerja tak berhemah langsung!!  tak pasal2 tercetus drama swasta kat situ.... hihihi....

Anyway.... end up diaorg tambahkan lah  jugak meja kiteorg.. tapi diaorg pakai meja bulat...


DSC_2313 copy
redha jek la.... sib baik cafe sebelah tu ade meja.. diorg pinjam sat dari sana....


DSC_2318 copy
waktu berbuka pun dah tiba... masing2 amik makanan masing2.... and enjoying their dish!

To me makanan dia like OK lahhh... nak kata sedapp sangat tuu tak lah... and nak kata terukk sangat pun idak gak... kire sedang2 jerk lah.... cuma satu jerk yg betol2 sedapp pada aku.....


DSC_2310 copy
their pastries!  memang sedapppp yg nie... ye lah... Strudels kan memang pakar dlm buat pastries.... harus lah yg nie yg paling sedappp... :D


DSC_2321 copy
lepas makan... masing2 dok berborak.... ade yg citer hal anak2.. ade yg citer hal gadget.... yg si Lee dok racun semua jejaka2 disitu ngan I-Pad nyer!  semua dah terujaa abis dahh... si en. teman dah lama dok terujaa.. tapi aku yg dok menahan nyer! hehehehe.....


DSC_2323 copy
waaaahhhh.. tu diaaa.. semua org amik berkat pegang I-Pad hari tu... so Shah.. apa lagi?? dah pegang tuuu... harus lepas nie ade satu dah kat dlm tangan... leh marissa belajar membesar ngan I-Pad... yg si deqna dah tepuk dahi dahh! hahahaha.....


DSC_2325 copy
semua org pun dah kenyangg... sessi bergambar beramai-ramai pun bermula.... tahun nie ade pertambahan pasangan & kawan2... mamat supervisor tu sibuk nak interprem gak


DSC_2329 copy
sapa yg paling ceria dlm gambar nie? confirm bro rudy yg menang! hahaha....


DSC_2335 copy
TQ very muchh to all of you yg sudi joint our buka puasa session.... 
From Left (front row):   Eri-Chan, Deyna & Marrisa, Lee & Darwisy, Za & Airisy, Awien, Me, Hasra, Cida, Zamani, Ijat
From right (back row):  Yanie, Zack, En. Teman, Fifie, Mimy, Megat, Ann, Bujal & Shah
Tukang amik gambo:  Rudy

Insyallah tahun depan kalau boleh nak teruskan ngan aktiviti buka puasa nie... and me and awien have the tots of on every second week of ramadhan... we can set up for the ramadhan buffet like this... so aku ngan awien dah pun jalankan duty kami.... so next year 'baton' harus bertukar tangan... who's nexttttttttttttt???  :D

Tuesday, August 24, 2010

The Expendables! 2 Perkara Yg Tak DiRancang Telah Berlaku!


2 rancangan yg tak di duga..... pasal the expandables... kami semua berjumpa..... hihihi....

Berpunca dari panggil si Rudy yg bertanyakan pasal isu berbuka.. terus berjangkit ngan pertanyaan.. “kiteorg nak tengok wayang malam nie.. nak joint?” terussss aku ngan en. teman terjebakkkkk.... hehehee.....



Kiteorg tengok citer The Expandable @ Wangsa Walk....  Aku skg suke jerk tengok wayang kat sini.. sebab senang tak crowded.. and also seat dia best..... overall citer nie ok lah not bad.... full of action... and giler punyer ganassss.... tak censored langsung! Aku pun pelik.. skg punyer filem tak dak penapisan ker? Slumber jerk scene bunuh membunuh secara kejam di paparkan... aku ok jerk tengok camgitu... lagi aku suke... coz it’s real.... hehehe... tapi cuma concern kan golongan2 remaja & budak2 jerk lah... walaupun dia dlm kategory 18PL...

Yg nak di jadikkan cerita.... pada asalnyer hanya kami berempat.... i.e. pasangan NeenaAnuar & AwienRudy.... sekaliiiiiiiiiii tiba2 tanpa diduga.... seseorang telah menalipon HP ku... waktu tu kiteorg dah berada di ruang legar pawagam.... tak sempat aku nak jawab... line dah terputus.... tengok2... rupenyer si IenaAcik yg kakinyer suke berjalan tuu yg call aku.... so aku pun call lah dia balikkkkk....

Aku: yer makcikkk.... ada apoo?

Iena: oooooOOooo.... korang tengok wayang yekkk..... jalan laju jerk naik tangga...

Aku: eeeeerrrrrkkkkk!!! Ko kat mana nie? Mana ko tahu?

Iena: haaaa.. aku nampak korang.. si nuar pakai baju kuning menyala kannn... aku cam si nuar... tapi minah sebelah dia tu aku tak berapa nak camm!

Aku: ha’ah weeiiiii... betol lah si nuar pakai baju kuning.. ko kat mana nie? Tapi apsal lak ko tak kenal minah yg sebelah dia tu? *sentap*

Iena: ye lah.. aku tengok lain macam jerk rupenyerr.... sumpah aku tak kenal! Hahaha...

Aku: siott ko.. ye lah.. aku dah berubah wajah yek.... hihihi.... weii.. ko kat mana nie? Bagi tahu arrrrr!

Iena: aku nampak korang tadi waktu naik tangga... aku kat bawah nie haa.. tengah beratur nak beli tiket wayang gak... aku dok lah menjerit panggil nama ko.. Neena!! Neena!! Korang jalan jerk wat tak tauuu....

Aku: (sambil berjalan turun ke kaunter pembelian tiket... nak carik gak aku si cik kaki nie) weii... sumpah aku tak dengar kehh.... hahaha....

End up tertentang mata lah kami berdua... hihihi.. tak sangka tol leh lak timing tengok wayang we ollzz sama.... and yg lagi best.. biler si Iena & Achik pun nak tengok citer The Expandable @ the same timing ngan kiteorg gak... hehehe.. gamaknyer satu panggung wayang lah kami berenam... cumanyer aku ngan awien duduk sekali... Iena jerk yg terpisah and duduk di row yg paling depan.. sampai tobat si achik tak mo tengok wayang di barisan hadapan dah lagi katanyer! hehehe.....


DSC_2101 copy
Sebelum masuk panggung........


DSC_2103 copy
sempat kiteorg berlaga punggung dulu! :p  en. teman giler kuasa... gambar sharp kat dia sorang jerk!

Lepas abis wayang... masing2 cam lapar.. terus we ollzz zaassssss ke NZ... owhh... ku rindu sama tauhu bakar NZ....  tapi malangnyer this time dia punyer kuah tak cukup uuummmmpphhhhh lah!  tak pedasss.... so rasa muak sikit.. yg first time aku pegi dulu bestt.. puas hati biler makan... sampai order 2 pinggan lagi.. this time sepinggan pun rasa cam susah jerk nak abiskan......


DSC_2107 copy
isteri2 yg rancakk bergossiiippppppppp! hahahahaa....


DSC_2110 copy
kiteorg siap bersahur sekali gus... hihihi....

Tapi memang lawak abis lah malam tuu.... macam2 isu yg kiteorg borakkan... gelakkk jgn ckp lah... cam nak roboh atap NZ tu biler aku & si Iena berpadu suara.... antara isu yg aku tak leh lupa sampai skg adelah KEMALANGAN, KEMATIAN, SEJARAH dan KIMIA!!! adoiii... sampai hilang2 suara akuu.. yg paling tak tahann biler si suami2 yg sangattt sporting nie berpadu suara biler berbicara.....


DSC_2115 copy
yg en. teman tak abis2 ngan citer kimia nyer.... yg rudy sentiasa ngan citer sejarah nyer... & yg paling lawak biler acik bukak citer kemalangan... adoiiiiii... laaaa.. pecahh perott weiii....

Sorry lah.. aku tak dpt nak citer satu persatu apa yg kiteorg borakkan malam tuu... tapi yg pasti... kiteorg semua dok rockkin' gilerrr malam tu! huhuhu.... lepak punyer lepak... sedar tak sedar.. sampai dah kene 'halau' ngan staff NZ!  hahahaa....

So sebelum bersuraii.. aktiviti gedikk harus adee... kalau tak takk completeee okkkkkkkk! :p


DSC_2116 copy
nie trademark Awien... kalau bergambar ngan awien harus buat camgini.... :D


DSC_2117 copy
nie pulak trademak si Iena... sila bulat kan mata korang kalau bergambar ngan dak Iena....


DSC_2119 copy
nie takkan korang tak tahu kott.. of course lah trademark aku... part moncong moncong niee... so jgn lupa letakkan jari di pipi @ di dagu ketika bergambar ngan ku yerr.... hihihi.....

Biler dah sampai umah... barulah terasa semputtttt.... tapi jgn risau... kiteorg nie takkan serik nyer! :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails