COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Thursday, June 30, 2016

Resipi Ikan Merah Panggang Sambal Tom Yam (Sedap)


Bile dah nak raya nie.. mood memasak mesti dah kedaungg kan? kadang tu pulak mood nak memasak tu ade.. tapi end up boleh jadik malas nak masak bile takde idea nak masak lauk apa! Ok hari nie aku nak share ngan korang satu resipi menu yg aku pun baru first time memasaknya...


Untitled

Pada 14 Ramadhan hari tu first time aku masak lauk Ikan Merah Panggang Sambal Tom Yam nie! for first trial... alhamdulillah... en.teman kata sedap.. and aku sendiri pun bile makan rasa macam sedap! Ahaha..


Ok nie BAHAN-BAHAN yg diperlukan utk masak lauk nie yer!


Ikan Merah (atau boleh guna apa2 sahaja seafood ikut citarasa sendiri)

Bawang merah kecil*

Cili Padi*

Kunyit hidup*

Sedikit Belacan*

(Bahan * di kisar)


Serai (diketuk)

Bawang merah besar (dihiris)

Paste Tom Yam

Jagung manis

Daun Kuchai

Cili boh/ cili kering

Air Asam Jawa

Sedikit serbuk Chili Ground

Sedikit serbuk White Pepper

Gula merah/gula pasir

Garam


Ok nie CARA-CARA nak memasak lauk nie pulak ya!


- Panggangkan ikan ataupun apa sahaja bahan mentah utama.. kalau korang nak goreng pun boleh.. macam aku lebih suka panggang dari goreng! Hehe…


- Tumiskan bahan* yg telah dikisar sehingga garing… kemudian masukkan hirisan bawang besar dan serai.. tumis sehingga naik bau…


- Kemudian masukkan cili boh/cili kering.. tumis sehingga garing… bile dah garing masukkan pula paste tom yam… tumis lagi hingga sebati..


- Kemudian masukkan air asam jawa.. kalau pekat sgt boleh tambah air sedikit… Gaul hingga sebati kemudian masukkan gula merah dan gula pasir.. (gula nie ikut rasa masing2.. macam aku suke campur gula merah & gula pasir utk citarasa yg lebih umpphh!)


- Kacau rata… kalau rasa pekat sgt.. boleh jer tambah air ikut citarasa masing2 nak kuah tu pekat or cair mana… kemudian tabur kan sedikit serbuk chili ground & white pepper!


- Kemudian masukkan jagung manis… gaul sebati dan boleh tutup api!


- Bile sambal dah siap.. boleh tuang ke atas ke atas ikan panggang tadi… then taburkan sedikit daun kuchai sebagai hiasan!


Untitled

Makan ngan nasik panas2… ooolalalalala.. sedapp makan bertambah-tambah wei! Hehee..


Just for your info..


Untitled

utk tomyam paste aku guna brand Adabi nie..Ok laa.. sedap jugakk rasa dia… recommended!


Untitled

Utk White Pepper aku guna brand McCromick and Chili Ground brand Masterfoods! Btw, waktu korang taburkan dua bahan nie ke dalam sos korang tu agak2 tau.. jgn banyak sgt pulak.. nanti kang silap haribulan boleh tercirittt pulak kalau perot korang jenis yg tak tahan.. hehe.. dua bahan nie korang letak ikut sesedap rasa.. not too much and not too little.. so agak2 lah ikut rasa hati waktu masak tu macam mana! Hahaa…


Insyallah esok kalau berkesempatan aku share menu lain pulak eh! ;)


Daaaaaa…..

2 comments:

Unknown said...

sedapnye kak neen! adoi! nmpak pekat n melekat btl.. nak buat mcm malas je. hahahaha!

Cik Ash said...

sedap nampak kak neen masak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails