COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Wednesday, January 23, 2013

Sifat Kasih Sayang RASULULLAH SAW Yang Bisa Mengubah Hatiku!


Esok Maulidur Rasul.. Salam Maulidur Rasul buat semua!

Nabi Muhammad SAW... Nabi junjungan kite yg sungguh tinggi budi pekertinya!  Dlm kite menjalani kehidupan skg nie... kite perlukan contoh yg terbaik utk menjadi seorang hamba Allah yg lebih baik dan terbaik!  dan semestinya sifat dan budi pekerti Rasulullah adelah sebaik-baik contoh yg patot kite contohi!


Dulu aku jahil.. terlaluuuuu jahil dlm banyak perkara.. aku sekadar manusia biasa.. insan yg tidak terlepas dari sifat negatif seperti terlalu ikut perasaan terutama perasaan marahh.. aku juga bersifat pendendam & aku juga agak sukar utk memaafkan seseorang kalau sesuatu masalah itu tidak diselesaikan dengan cara yg baik!  Tetapi selepas hati ini disuntik sekelumit hidayah pada tahun lalu, aku tidak mahu hidayah yg diterima itu sekadar atas paksi luaran semata!  aku berazam mahu mencari hidayah yg hakiki dan sejati.. utk itu aku tahu yg aku perlu selarikan penghijrahan ini bukan sekadar rupa zahir semata tetapi aku juga perlu mengilap sifat batin ku!       

Jadi bagaimana harus aku gilap sifat negatif yg sering menyelubungi diri ini? sebagai titik permulaan.. aku gunakan medium internet utk aku carik ilmu.. insyallah mudah mudahan selepas ini aku akan kembangkan sayap titik permulaan ini ke majlis² ilmu pula.. 

Disini ade satu artikel yg berjaya menarik minat aku dan ingin aku kongsikan bersama-sama kalian semua.. semoga ianya bermanfaat utk kite semua.. Insyallah! :)


Sumber:  Kisah Teladan

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”

Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!” 

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.

Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”

Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”

Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.

12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.

13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.

14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu. Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”

Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

15. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.

16. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”

17. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebutcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.

18. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”

19. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”

INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.


Memang sungguh aku terkesimaaaaaa membaca coretan ini!  tapi inilah salah satu penguat semangat aku utk terus melawan sifat negatif yg ade dalam diri ni!  satu perangaaiii yg paling susah aku nak buang dari dalam diri nie adelah kalau org buat taik a.k.a buat jahatt ngan aku.. memang seriously aku memang susahhh sangattt sangattttt nak maafkan org tu!

Actually aku ni jenis lembut hati jugak orang nya.. aku mudah nak maafkan org tapi kalau betol cara dan toleransi nya.. cam contoh dengan ade nya perbincangan 4 mata... then kite dpt bermuhasabah diri masing².. sama² mintak maaf atas kekhilafan yg dilakukan.. insyallah aku nie memang cepat memaafkan org.. tapi yg aku tak sukarrrrrrrrrrr sgt nak maafkan org bile org nak kata aku je yg salah and dia plak perfect 100%!  then tak cukup ngan tu, dia terus buat macam² perangai jahat lagi dan lagi dan lagiiiii kat kite!  pastu aspect kite nak maafkan dia ngan hanya say sorry tapi end up ko tak mengubah diri ko skit pun?  sorry lahh.. to me sorry tu takde makne nyaaa kalau ko tak cuba nak ubah perangai yg burukss itu kepada yg lebih baik!  so end up ini yg akan membuatkan aku jadi geramm lalu berdendamm dan takmo memaafkan org yg jahat ituu! 

Okk.. itu duluuuuuuuuuuuuuuuuu! ye duluuu lahhhhhhh.. dulu memang aku rasa camm sakit hati yg berpanjangan.. selagi tak settle elok² memang takde lah aku nak maafkan dan nak buat baik ngan ko!  tapi skg tidak lagi.. alhamdullilah.. lepas aku baca sifat² kasih dan sayang Rasulullah SAW nie.. terus membuatkan aku tercelikk dan tercekikk!! Ya Allah... betapa mulia nya sifat baginda.. nabi yg maksumm.. yg terpelihara.. tetap berbuat baik pada semua org.. ini kan pulak aku manusia yg banyakk dosaaaa! sobssss.. sobbssssssssss... 

Memang tak dinafikan bukan mudah utk memaafkan insan yg menyakitii hati kite.. tapi satu lah yg aku akan ingat bile tiap kali syaitonnnnnnnnn nirajimmm dok bertenggek kat sudut hati nie.. dia memang akan cucuk² hati kite kata jgn lahhh berbuat baik pada org yg sakiti engkauu!  yess.. kalau dulu memang ikut je kata si syaiitonnnnnnnnnn niee.. tapi skg aku cuba lawan dan ubah... aku perlu kuat menentanggg si iblis laknatuallah nie! 

Walaupun tak dinafikan hati nie sakit apabila disakiti oleh insan² tertentuu.. tapi bile tiap kali aku disakiti tu aku perlu kuat dan bangkit.. terus roh baikk aku berkata-kata.. ingat lah pada sifat kasih sayang Rasulullahh yg ko dah penah baca tuu.. Ingat lahhhh pada Allah.. sesungguhnyaa Allah Maha Pengasih & Penyanyang Lagi Maha Pengampun!  Ko banyak dosa.. so ko mintak ampun dari Allah.. insyallah Allah akan mengampuni nya... jadi apalah sgt ko manusia yg banyak dosa nie tidak boleh memaafkan insan lain yg menyakitii hati mu?  

Pasal tu lah hati org yg sering dilukai ini begitu tinggi darjat nya di sisi Allah SWT seandainya dia sering memaafkan org yg menyakiti hatinya!  memang bukan mudahh... tak mudah sbb kite sedang berperang perasaan dgn hasutan syaitoonnn yg ingin melihat kite berpecah belah sesama insan!  tapi kite perlu ingat.. balasan yg manis itu jika tidak dpt sekarang.. insyallah dan susah pasti kite akan dptnya di akhirat kelak!  Jadi berbuat lah baik dengan sesiapa sahaja dan ringankan lah hati utk memaafkan org lain walaupun hakikatnya hati kite masih terluka!

Tapi tak dinafikan ade kalanya aku tewassss jugaaaaaaaaaaaa!!! bile mood tengah baikkk.. kepala hotakk tengah warassss.. memang lah aku boleh control.. tapi bile kepala hotakk aku tengah tinggggg tonggggggggggg... jawabnyaaaa uncontrollable dan akhirnya terbabass juaa!! so kalau terbabass tu kene cecepat lah aku ber-istighfar dan ingat padaNYA dan RasulNYA!

Btw, nie aku nak share kan satu sifat terpuji yg aku nampak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam baru-baru nie...

bile keluar nak melangkah keluar dari masjid... aku ternampak situasi ini!

sungguhhh aku terkesimaaaaaaaaaaaaaaaa sangat² apabila melihat selipar jemaah yg hadir ke masjid nie telah pun tersusun rapi!!  but bukan saja rapiii tetapi dah siap² di pusing kan ke arah kite yg nak melangkah keluar dari masjid!!!

pakcik nie aku rasa dia penjaga perkarangan masjid.. basically aku tak pasti adekah pekerjaan menyusun kasut & selipar di masjid nie adelah salah satu tugasan tetap dia ataupun dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri?  tapi yg pasti di saat aku melangkah keluar dari masjid diketika itu.. Subhanallah.. sungguh aku bisa merasakan keikhlasan yg jelassssss terpancar pada raut wajah dan air muke nya yg sering tersenyummm disaat menyusun sepatu di pintu rumah Allah ini! *speechless*

Serious aku rasa cam tak sampai hatii nak pakai selipar aku yg dah disusun oleh pakcik nie.. sbb aku memang boleh rasa keikhlasan dia.. cara dia menyusun semua sepatu disitu dengan penuh kesabaran, kemas dan teliti... pada aku just like selipar aje pun.. kalau susun pun rasanya tak perlu lah nak kemass sesangat kan.. tapi pakcik nie tak.. dia angkat setiap selipar tu dgn penuh lemah lembut... kemudian disusun nya dengan begitu rapi dan teratur.. takde pun dia main campak² or susun like asal boleh!  dan secara jujurnya aku melihat ini satu pekerjaan yg sangat mulia.. semoga Allah senantiasa merahmati kamu pakcik! 


Sesungguhnya masih jauh perjalanan hijrah ku ini...
Ya Allah.. Engkau permudahkan lah laluan ku ini!
Aminnn....


12 comments:

Anum said...

bagus entry nie

Dr Aisyah said...

best entri ni..

-anidaothman- said...

tersentuh....

RASULULLAH S.A.W - setiap kali dengaq pengorbanan rasulullah...hatiberombak,airmatabegenang...tinggi perngorbanan rasulullah untuk umatnyaa.. T_T

Sheherazade said...

MasyAllah

terkesima tgk tindakan pak cik tu

perbuatan dia bkn saja mulia,mata sedap memandang lepas kasut2 selipar2 tu disusun dgn kemas

nurul ayuni shafie said...

kak neena, saya suka entry ni. menangis membaca kisah Nabi Muhammad S.A.W. Salam Maulidur Rasul buat Kak Neena dan family. :)

InaAchik said...

cried...

FarahFerraDotCom said...

Salam Maulidur Rasul kak neena..:)

azianierdawati said...

salam maulidur rasul....

bagus entry ni

Gieyana said...

ya Allah..touchingnyer tgk pakcik tue..mudah2an beliau sentiasa dlm rahmat Allah SWT..

Wanney Din said...

suka baca kisah Rasulullah yg begitu penyayang dgn kanak2 :D
Kisah ibu pencen muda

Ada Sya said...

kak neena, bestlah entry ni..:)
btw, nak tnya.. tadi kak neena pergi Ikea ke? rasa macam kita selisih :)

Irfa said...

tak baca sampai abis tp nak komen pakcik susun selipar tu..kalau aku pun terharu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails