Sejarah Al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci Al-Quran atau disebut Nuzul Al-Quran. Ia dirakamkan dalam Al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah Al-Baqarah, ayat 185). Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi SAW. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan Al-Quran. Beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul Al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana Al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam Al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
~ Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
~ Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).
~ Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
~ Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah, ayat 2)
~ Membaca Al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
Moga kite mendapat manfaat darinya... Insyallah...
Salam Nuzul Quran buat semua yg mengenali NeenaAnuar!
6 comments:
suke tgk header nina....
hai kak neena..
Salam Nuzul Quran..
kak..FM kebaya da sampai..
meh le jengah:
http://farisarrayyan.blogspot.com/2011/08/ratu-kebayaaku-kah.html
Salam Nuzul Quran untuk kamu jugakk..
pstt gambar header tu mcm gambar juara "mari menari" la ;p
ana apez:
TQ yea! :)
Rose Khadijah:
dah jengah! thanks yea! :)
eLLy :
TQ so much sis! :D
Post a Comment