COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Monday, May 30, 2011

Elly Mazlein Bertunang Dengan Duda Anak Dua!


Dah lama tak tempek citer pasal artis kat sini... saja nak sharing2 kot ade yg belum tahu pasal si Elly Mazlein yg dah pun bertunang ngan duda yg beranak dua!  hurrmm... duda jugak yg lakuu yek! apa pun tahniah lahh..

*******************************************************************************************************************



Sumber Murai .com

KUALA LUMPUR, 29 MEI 2011: Akhirnya segala spekulasi yang kononnya pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mempunyai hubungan dengan suami orang telah terjawab apabila pelakon manis ini telah selamat ditunangkan dengan pasangannya yang juga pengarah drama dan filem, Azmi Mohd Hata, 36.

Majlis pertuangan yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan media itu telah diadakan dalam suasana yang sangat romantik dan ringkas di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort , kira-kira 12 tengah hari tadi.

Elly Mazlein yang mengenakan gaun rona merah jambu rekaan Eilla Faizshah dari Busana Cinta itu memberitahu dan berharap majlis pertunangannya bersama duda anak dua itu akan menamatkan segala gosip yang kurang enak terhadap dirinya.

"Alhamduliah, sebenarnya saya sangat terharu dan sebak bila lihat wajah keluarga dan para media yang hadir. Bukan apa, saya rasa lega dan berharap dengan majlis ini terjawablah sudah segala gosip serta cerita negatif yang selama ini menghantui media dan peminat saya.

"Saya tahu ramai yang percaya dengan spekulasi yang wujud sebelum ini dan saya nak mereka tahu bahawa sangkaan itu sama sekali meleset.

"Tapi hari ini saya bersyukur dapat dipertemukan dengan Azmi yang kini sudah menjadi tunang saya. Azmi seorang yang baik hati serta romantik selain saya terpikat dengan sifat kebapaan dalam dirnya," kata Elly Mazlein yang menaiki kereta kuda sewaktu berarak masuk ke dewan.

Dalam majlis tersebut, Elly yang duduk di pelamin indah berkonsepkan Menyunting Si Dara di Taman Larangan rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, telah disarungkan cincin ke jari manisnya oleh ibu Azmi, Zaleha Ahmad.

Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Bagaimanapun Elly mula dilamar oleh Azmi yang juga pengarah filem Duhai Si Pari-pari ini pada Februari lalu.

Azmi yang terpikat akan luaran serta keperibadian tunangnya itu memberitahu, Elly adalah wanita yang berjaya memikat hatinya setelah beberapa tahun menduda.

"Selain kecantikan luaran, Elly mempunyai keperibadian yang sangat mulus dan lemah lembut. Setelah berkenalan lebih dua tahun saya dapati kami sangat serasi dan dia sangat istimewa dalam hidup saya.

"Saya tahu Elly mempunyai ramai peminat yang mahu menyuntingnya, jadi saya menyahut cabaran untuk memikat hatinya dan akhirnya kami sama-sama terpaut.

"Apa yang pasti, saya sudah mula teruja pula untuk menanti hari bahagia yang mana kami akan disatukan dengan ikatan yang sah kelak. Namun kami belum ada tarikh yang spesifik lagi tetapi mungkin dijangka Februari tahun hadapan," kata bapa kepada dua anak iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9.

Kedua-duanya berbalas hantaran yang mana lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung

Elly yang bakal ke lokasi pengambaran bagi drma Secangkir Cinta Semanis Madu untuk RTM itu bakal berlakon sebuah drama bersiri arahan tunangnya berjudul Hantu Gigi.

7 comments:

shuhadah Zainol said...

lawa kan si elly ni....:)

attyfir said...

muka ada iras..insyallah ada jodoh..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

tunang akhirnya.. =)

-anidaothman- said...

duda pun duda lah...janji KAYooo..hahahahhaha

ratusiput said...

duda kaya takpe.aku ske gak si elly ni kalau belakon.suke dgr dia becakap.nampak ngengada tp taktaula nape suke.

Mun said...

elly ni cantik..muka mcm kucing..

Azmiezas said...

suka dengar Elly cakap..lembuttt..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails