Pagi tadi topik pagi di HOT FM tentang JODOH YANG TAK DISANGKA!
Binik: ehh Bee! topik nie sesuai sgt ngan kite laa.. kene call nie!
Lakik: haa.. call lah!
Binik: malasss laa! hehe...
Pastu aku tersenggeh sendirian.. mengimbau kenangan lalu bagaimana kami laki bini boleh bertemu jodoh tanpa disangka! We both are strangers... do not know each other! In 1998, dia mengorat aku dekat shopping mall tempat aku bekerja part time dgn memberi nombor HP dia... tapi aku jual mahal sbb dia sgt tak handsome diketika itu... haha!
Tapi dalam jual mahal.. aku simpan jugak nombor phone dia! lepas 2 tahun lost contact, during my semester break.. aku bosan tak tahu nak buat apa kat umah.. aku pun 'gatai' tangai pi dial number phone dia! Sampai ke hari nie, bile aku fikir² balik apsal aku call dia pun aku tak tahu.. bukan nya dia dah bertukar handsome atau macho pun time tuh! haha..
Dah memang nak jadi jodoh kan... dlm pada calling² yg atas dasar just nak buat tambah² kawan diketika itu... after 5 years berkawan, end up aku kawin jugak dgn org yg aku tak kenal asal usul nya! which so contra dgn requirement calon menantu ayah & arwah mak yg tak berapa berkenan kalau aku berkawan dgn strangers!
Itu lah jodoh namanye kan! walaupun laki aku tak handsome serta tidak menepati citarasa aku utk dibuat suami diketika itu... tapi disebabkan air muke dia yg suci lagi murni lalu membawak ke hati itu yg mungkin membuatkan ayah & arwah mak say "YES.. approved!" walaupun he's a stranger to me! hihi..
Bee.. ketahuilah yg kamu sgt handsome lagi macho skg nie! Oh yaa.. sangat baik hati juga! serious saya terharu sbb kamu adelah org yg saya tidak kenali hati budi nya.. tetapi kamu sangat sweet, funny lagi berhati mulia! kalau lah saya ikut kata hati dulu tak mahu kawin dgn kamu sbb kamu tidak menepati citarasa saya utk dibuat laki... semestinya saya menyesal kerana sesungguhnya kamu satu dlm seribu! *puji laki dgn ikhlas insyallah dpt pahala*
|
No wonder pagi tadi mood nak pakai something yg cheerful like a rainbow! rupe-rupenya topik @ HotFM pagi tadi sangat membuatkan saya mengukir senyuman kerana terkenangkan sejarah percintaan kami berdua... aaauuwww! :p |
Korang ade yg berjodohan secara tak sengaja & tak disangka jugak tak? kalau ade meh lah kongsi kat sini! :)