Wednesday, December 31, 2014

Tangisan 2014!

IMG_0861
*speechless*

Sebak dan hiba... tak terluah dengan kata-kata dah rasanya!  Ya Allah.. hanya Engkau Maha Mengetahui diatas setiap bencana yg sedang berlaku di saat ini... sudah pasti ade hikmah yg tersurat dan tersirat di atas setiap ujian yg Engkau berikan diketika ini!

Entah kenapa aku dah seakan makin fobia nak naik flight lepas nie... dok terbayang-bayang kalau lah aku menghadapi saat-saat cemas sepertimana penumpang2 yg berada dlm pesawat MH370, MH17 dan QZ8501.. Astaghfirullah hal 'azim!!!  takotttttt nyaaaaaaaaa!!!!!

Mungkin ini lah antara sekelumit hikmah kecil yg Allah cuba suntikkan ke dlm hati dan sanubari ini.. Allah ingin aku sentiasa beringat pada kematian... Yaa.. mati itu pasti!  macam mana pun cara nya.. Bila Tiba saat nya... kite akan pergi jua walaupun sekadar duduk di atas sofa di dalam rumah sendiri! :(




BILA TIBA - kumpulan UNGU

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapakah kita menjawab semua Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami Mati


Untitled
rumah salah seorang ahli keluarga aku di Kuala Krai!
Tahun 2014 adelah tahun yg paling meruntun perasaan rakyat malaysia... bermula dari MH370 kemudian MH17, banjir kritikal di Pantai Timur dan penutupnya dengan QZ8501!  Ternyata.. berat mata yg memandang... berat lagi bahu yg memikul! Hanya bantuan sekadar mampu di hulur kan pada mangsa banjir..  Semoga mereka yg diuji akan terus cekal menempuhi saat2 getir yg tidak diduga ini! Segala bencana alam... kezaliman.. dan juga musibah yg melanda membuktikan dunia ini sudah terlalu tua... apabila dunia ini aman dan keadilan dpt ditegakkan.. itu bermakna dunia semakin hampiri kiamat!  Nauzubillah.......  


Monday, December 29, 2014

Siapa Nak Hadiah Samsung Galaxy Note 4, iPhone 6, Duit RM500 dan Tiket Wayang?

Cara dia mudah jer utk korang memenangi hadiah smart phone, duit cash dan tiket wayang nie... just bukak blog I’m Yourss aku nie.. nanti tengok lah video yg akan keudara di header blog aku nih!



Kalau seandainya korang bukak blog aku nie tak nampak wajah gonjeng aku seperti dlm gambar kat atas nie.. make sure korang refresh sampai korang jumpa.. if not kalau dah ade banner Maybank kat atas tu... video tak jugak keluar... korang sila click butang Replay video ok!

Jom sama-sama kite rebut hadiah super best tu! :D

Wednesday, December 24, 2014

Siapa Nak Hadiah dari New Zealand?

Kalau aku nak tambah cabang online business Aku.. Korang nak Aku buat business online apa?  Cer bagi pendapat skit!

Aku kene tanyer korang sebab Aku tukang jual and korang tukang beli! So kene lah tanyer pembeli apa yg diaorg ingin beli! Hahaha..

Cepat bagi cadangan.. Kalau Ade cadangan bernas.. Aku nak bagi token dari New Zealand ni! Hihi..

Tuesday, December 23, 2014

Pin2it Hijab Pin Year End Sales... Menangi Hadiah Misteri.. Siapa Cepat Dia Dapat!

Ehemm... Ehemmm..

Sekarang nie sana sini dok buat YES - Year End Sales kan? so aku pun tak nak lah ketinggalan meraikan fiesta YES nie! hehehe... so hari nie aku nak buat Year End Sales for my Pin2it online business... stock tak banyak.. so siapa cepat dia dapat ok!







So sesiapa yg berminat nak beli pin2it hijab pin Year End Sales nie, sila email sepantas kilat ke pin2it.neenaanuar@gmail.com ya! Kalau nasib korang baik korang akan dpt hadiah misteri dari pin2it... nak tahu apakah hadiah misteri ituuuu... korang kene beli pin2it dulu then baru tahu apakah hadiah misteri yg bakal korang dpt nanti! hehe..

Berapa org yg layak terima hadiah misteri tersebut??? Ok.. kite biar kan ia kekal menjadi misteri... mungkin customer pertama... mungkin jugak customer yang ketiga.. or mungkin jugak customer yg pertama kedua dan ketiga! ahaha.. so mari lah kita sama-sama di selubungi MISTERIIIIIIIIIIIII!

Monday, December 22, 2014

Selfies Affairs!

Untitled


Untitled




Untitled




So gambar selfie mana yang korang rasa paling cool and paling cute sekali?

Friday, December 19, 2014

ENTRY LEPAS GERAM - Dah Bertahun Aku Pendam Luahan Hati Ini!


Honestly I don’t ever care how you want to lead your life! But one thing I want you to put on your ego head is... please DO NOT BLAME anyone else for any mistake done by yourself! Yes , we have no rights to determine the direction of your life and believe that we also do not want to interfere with your life ... but unfortunately you are the one who bring your problems to us! If you think you can run a good life, go ahead without asking or expecting for any help from anyone!


Bile kau ade masalah… kau datang cerita kan masalah kau.. lepas tu kau expect org nak buat apa ngan kau? Bagi org yg waras, org yg nak memberi bantuan tu mesti memberi pandangan dan nasihat bagi membantu kau menyelesaikan permasalahan kau! Org bagi nasihat dan pandangan bukan nak menjahanam kan kau… org bagi nasihat dan pandangan utk membantu kau keluar dari segala permasalahan yg kau ade!


Ini tak.. kau punyer expectation, bile kau ceritakan masalah kau.. kau nak org dengar kan aje masalah kau.. lepas tu kau punyer cara… kalau org nak tolong dari segi duit just bagi jerrrr duit tu kat kau.. jgn banyak tanyer dan jangan bagi apa2 nasihat! Lepas tu kau buat suka hati kau lepas kau dpt bantuan… Yer.. Kau yg dpt bantuan memang tak rasa apa2, tapi org yg berusaha keras nak membantu kau keluar dari permasalahan kau tu yg terasa kesakitannya di saat melihat sifat angkuh dan sombong kau tu… Lagi bertambah kesakitan disaat bantuan telah diberi tetapi kau masih tiada perubahan dlm hidup!


Jangan mempertikaikan soal pertolongan seandainya kau sendiri tidak pernah memberi pertolongan! Kau kata kalau kau mampu kau akan bantu org yg memerlukan bantuan, tetapi itu hanyalah apa yg kau rasa disaat kau tidak berkemampuan! Sekarang ini kau telah menerima terlalu banyak bantuan tetapi kau masih tidak mampu memanjatkan kesyukuran diatas segala bantuan yg telah kau terima!


Orang yg memberikan bantuan terhadap kau hanya pinta satu pertolongan dari kau iaitu agar kau menjadi manusia yg bersyukur dengan setiap pemberian yg diterima dengan mendengar dan menerima setiap nasihat yg diberikan! Pertolongan yg dipinta ini tidak memerlukan kau mengeluarkan sesen wang ringgit pun tetapi ternyata kau tidak mampu memberi pertolongan ini terhadap org yg memberikan pertolongan terhadap kau dlm bentuk wang ringgit!


Jadi usah berbicara soal pertolongan di saat kau sendiri tidak kenal apa erti sebuah PERTOLONGAN!


Dan ingat jika kau sendiri tidak berusaha keras utk keluar dari setiap permasalahan yg engkau hadapi, itu bermakna kau sendiri yg tidak memberi pertolongan terhadap diri kau sendiri! Lantas jgn terlalu rancak menuding jari ke arah org lain yg sudah banyak memberi pertolongan (tetapi masih dikecam tidak memberi pertolongan) sedangkan kau sendiri tidak tahu bagaimana mahu memberi pertolongan terhadap diri kau sendiri!


Hidup ini jgn terlalu bongkak dan angkuh! Kite hidup nie saling bergantungan… ingat bila mati nanti.. mayat kite tak masuk sendiri dlm kubur… kau sendiri takkan boleh baca doa utk diri kau sendiri yg dah masuk dlm kubur tu! So nilai lah kekurangan diri sendiri daripada sibuk nak mengukur kekurangan bantuan yg orang berikan pada kau! Kau sentiasa rasa tak puas hati diatas setiap bantuan yg kau terima kerana kau tidak pernah tahu bagaimana nak menghargai setiap bantuan yg kau telah terima… secara nyata kau telah terima terlalu banyakkkk bantuan sehingga kan kau sendiri dah tak mampu nak menilainya! Kau jadi gelap mata hati… Jadi demi sebuah keEGOan.. kau sanggup bermusuhan dgn org yg memberi nasihat dan bantuan terhadap diri kau!


Orang yg ikhlas memberi bantuan tidak pernah terniat utk mengungkit setiap bantuan yg diberikan.. tetapi kau seorang yg sombong telah merasakan org yg memberi bantuan ikhlas itu mengungkit setiap bantuan yg dia berikan hanya kerana org yg memberikan bantuan itu cuba mengingatkan kau pada segala macam bantuan yg telah diberikan tetapi kau masih tidak keluar dari masalah yg membelenggu diri kau sehingga ke hari ini!


Kalau kau rasa orang tidak boleh memberi teguran dan peringatan kepada diri kau.. aku nak tahu adekah kau akan mengiyakan segala perbuatan anak2 kau? Adekah kau akan mengiyakan seandainya anak2 kau tidak mahu pergi sekolah? Adekah kau akan mengiyakan seandainya anak2 kau tidak balik kerumah setelah lebih dari 24 jam? Aku rasa kau adelah parents yg paling hebat dlm dunia nie seandainya kau tidak memberi sebarang teguran dan nasihat terhadap perbuatan anak2 kau tu! Seandainya kau memberi teguran itu bermakna kau adelah manusia yg normal.. yg tak normal apabila kau yg tidak boleh di tegur oleh sesiapa! Begitu juga org yg cuba memberikan nasihat terhadap diri kau! Tak bererti kau dah beranak pinak.. kau tidak boleh ditegur dan tidak boleh dinasihati oleh sesiapa… Yang sebenarnya kau EGO.. kau yg tidak boleh terima pendapat dan pandangan org lain… kau tetap nak teruskan kehidupan kau dengan cara pemikiran dan ikut kata hati kau!


Kau sering berkata kehidupan aku tidak sama seperti kehidupan kau… dan jangan sesekali samakan kehidupan kau dengan kehidupan sesiapa kerana takdir hidup kite berbeza… itu kau kata… dan ini yg ingin aku kata kan…


26-IMG_0180 copy

Kamu nampak kami bahagia, tetapi kamu tidak tahu bagaimana kami cipta kebahagian kami! Kebahagiaan dlm berumahtangga itu perlu dicipta melalui persefahaman, bertolak ansur, saling percaya mempercayai, tiada ego, terima kekurangan masing-masing, saling berbincang dari hati ke hati, tiada dendam, sering bergelak ketawa bersama, sering menangis dan bersedih hati bersama, saling nasihat menasihati, sentiasa terbuka dlm menerima teguran, sentiasa ambil berat terhadap sebarang ketidakpuasan hati, sentiasa mensyukuri nikmat yg diperolehi, sentiasa perbaiki diri ke arah yg lebih baik, sentiasa bermuhasabah diri masing-masing, dan sentiasa juga berdoa semoga Allah terus satukan percintaan kami hingga ke Jannah!


Berdoa kepada Allah Yang Maha Esa itu adelah sesuatu yg wajib dan dituntut dlm kehidupan… tetapi jika kite berdoa semata-mata tanpa berUSAHA bersungguh-sungguh dlm memperbaiki kehidupan kite pun tak guna juga! Dan jangan sekali-kali menyalahkan takdir hidup seandainya kite yg tidak berusaha sehabis daya utk mengubah takdir kehidupan kite.. Takdir hidup itu memang wujud, tetapi kite mempunyai pelbagai ruang dan peluang utk mengubah takdir hidup kite! Seandainya kite yg tidak mahu melakukan sebarang pengorbanan dlm kehidupan yg kite lalui, lantas jgn sesekali menyalahkan takdir hidup yg sedang terlakar dihadapan hidup kite!


Aku tidak mungkin kecapai kebahagiaan hari ini seandainya aku tidak pernah berkorban dalam melayari kehidupanku yg lalu!


#DahBertahunAkuDiamBersabarDanPendam

#JanganDicabarTahapKesabaranKu

#JanganBuatAkuHilangSabar

#SarangTebuanAkuJanganCubaDijolokBanyakKali

#KauYangMencarikNahas

#OhAllahGiveMeStrength

Thursday, December 18, 2014

My Wonderful Anniversary Journey to New Zealand – DAY 3 @ Lake Tekapo > Kerja Gila Pertama Bersama Ayam Halal Di New Zealand!


Lepas minum petang sambil tengok beautiful sunset kat balcony bilik motel kami di Lake Tekapo nie, aku ngan Za prepare makan malam pulak! Ok first time nak masak nie sejak menjejakkan kaki ke bumi kiwi nie... hihi..


Ok.. Kerja giler pertama yg aku buat adelah....


1-IMG_0323 copy

Menyiang seekor ayammmmmmmmmmmmm!


Gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr woiii gilerrrrrrrrrrrrrrrr!!! Tak pernah lagi seumur hidup aku menyiang seekor ayam! Selalu kat malaysia bila pegi pasar beli ayam sekor aku mintak org jual ayam tu siang kepada 14 pieces... sekali sampai new zealand hambekkkkkkkkk kauuuuuuuuuuuu.... kene siang ayam sendiri!!!!!! Ahahahaha...


Kiteorg beli ayam nie kat Park n’ Save Timaru... waktu nak beli ayam tu memang dah carik ayam yg dah siap2 potong... tapi macam tak jumpa lah pulak! Yg ade diaorg jual ayam sekor-sekor camgini jer utk brand Brinks! Ok.. nie aku nak bagitahu... korang boleh dptkan ayam HALAL di mana2 Park n’ Save di New Zealand tau... korang carik brand BRINKS!


2-CERTIFICATE HALAL


Aku dpt info halal nie dari blogger2 yg dah pernah pegi New Zealand... so happy lah skit dpt makan ayam kat NZ tanpa was-was! Ahahaha...


Tapi serious weiii... gilerr okkk.. aku perlu menyiang seekor ayam dgn pisau yg cenonit! Haihhhh... macam mana aku nak kerat tulang2 ayam yg keras tuu??? Kalau ade pisau chopper ok lah jugakk.. ini takk.. pisau cenonitttttttt jer! Huhuhu..


3-IMG_0329 copy


Tolong jangan pandang aku sebelah mata... nanti diri mu kan tercabarrrr.. takkan ku menyerah kalah kerana aku seorang wanita yg gagah! Muahahahha... Hoyehhhhhhhhhhh... berjaya jugak aku mengerat dan menyiangggg seekor ayam halal di New Zealand! Ahahaha....


4-IMG_0330 copy

Dan taraaaaaaaaa... ini lah hasil nyaaaaaaaaaaa... Kuah Ayam Kurma Super Delicious dari Chef Nin! Ahahaha... poyo sgtt... walhal masak kurma nya guna instant kuah by Brahims’ jer punnnnnn!


7-KUAH KURMA


so nie lah kuah instant yg kiteorg dah siap2 bawak dari KL! Jadi senang sgt preparation nya... just masukkan air bersama sos kuah kurma yg instant nie, then tambah garam dan gula secukup rasa.. macam aku hari tu nak sedap kan lagi aku hiris-hiris kan bawang besar dan bawang putih skit.... then settle! Dpt lah makan nasik bersama kuah kurma yg super sedapppppppp! Hihi..


6-IMG_0331 copy

Nampak tu para2 suami berkata sesama sendiri.. Sedap sgt makan malam kite nie! haha..


Tapi seriously lauk yg simple camgitu pun dah sedap sgt sgt dah! Terasa nikmat makan... yg simple pun jadik hebat! Ahaha.. kat NZ memang tak mudah carik makan yer.. pasal tu lah kite kene masak di bilik penginapan kite! That’s why before sampai ke Lake Tekapo nie kiteorg dah berhenti di Park n’ Save Timaru utk beli barang2 masakan... kalau dah sampai kat Lake Tekapo ni baru ko nak cari tempat nak beli barang2 makanan memang ko takkan jumpa lah sebab kat sini takde town yg boleh korang carik utk beli barang2 makanan!


Yang pasti aku nak bagitahu yg aku bangggaaa giler bilerr buat pertama kali dlm hidup aku berjaya menyiang seekor ayam di New Zelaand... ini memang rare! Muahahahhahaa... so korang please carik something yg very rare utk korang buat dia tempat2 favourite percutian korang ok.. confirm ko akan ingat sampai biler2... aku till today tak dpt lupakan how aku patahkan tulang2 ayam yg keras tu dgn kedua-dua belah tangan aku nie... ahaha.. nak kerat ngan pisau tak jalan.. so aku geram.. aku kepakkan dengan tangan aku jer.. hebat tak?? Ahahhaa..


Ok lah.. lepas nie aku akan ceritakan kerja giler yg kedua pulak yg aku buat di New Zealand.. so check it out in my next entry yea! :D

Wednesday, December 17, 2014

My Wonderful Anniversary Journey to New Zealand – DAY 3 @ Lake Tekapo > The Awesome View of Lake Tekapo!


1-IMG_0228 copy


Disebabkan keesokkan hari nya kiteorg kene keluar awal pagi dari bilik motel kami di Lake Tekapo Motels & Holiday Park Lakefront Lodge nie utk meneruskan perjalanan yg seterusnya, so petang tu jugak lepas check in kat bilik motel.. kiteorg terus lepak dan menikmati keindahan Lake Tekapo yg betol2 berada dihadapan our Motel!


2-IMG_0284 copy

Ok to be more specific.. this is the actual view from our 2 bedroom motel suite! Seriously the view are super duper awesomeeeeeeeee okkkkkkkk!


3-IMG_0233 copy

Jom aku bawak korang lihat tempat nie dgn lebih dekat lagi!


4-IMG_0241 copy

#FollowMeTo ... and enjoy the amazing views of Lake Tekapo


5-DSC06267 copy


6-DSC06268 copy


7-DSC06251 copy


8-DSC06252-X copy


9-DSC06255 copy


10-DSC06261 copy


11-DSC06313 copy 1


12-DSC06318 copy


13-DSC06321 copy


14-IMG_0170 copy

15-IMG_0176 copy

16-IMG_0181 copy

17-IMG_0197 copy

18-IMG_0199 copy

19-IMG_0200 copy

20-IMG_0204 copy

21-IMG_0202 copy

22-IMG_0203 copy

23-IMG_0205 copy

24-IMG_0221 copy

Ahahahaha.. macam??? Muntah darah tak korang menonton lambak kan gambar2 aku kat Lake Tekapo nie????? Relaxxx.... ade banyakk lagi nieeeeeee... so please fasten your seatbelt... and do enjoy the restttttttttttttttttt of my kebabommm pictures! Hehehehe.....


25-DSC06311 copy


Serioulsy I’m soooooo speechlessssssssssss when I’m here!!!! Hati ini tak berhenti mengucapkan Subhanallah... Maha Suci Allah... Allahuakhbar... Allah Maha Besar!


26-IMG_0180 copy

Both of us rasa macam sedang bermimpi.. macam tak percaya dgn apa yg kami lihat di hadapan bijik mata kami itu adelah satu yg realiti!


27-DSC06302 copy

Ini bukan mimpiiiiiiiii.. Ini betol betol punyer kejadiannnnnn... yeaa... kami memang sedang berdiri di bumi terindah ciptaan Illahi!


28-IMG_0230 copy

I’m the Hazline Show girl... hehehe...


29-DSC06276 copy


And we are The Pukaki Group! Ahaha...


30-DSC06380 copy


Kiteog nak turun ke kawasan pinggir tasik tekapo nie... jom ikut kami!


31-DSC06392 copy


Gigih okkk.. nak jugak turun ke pinggir tasik.... siap bukak boots and berjalan atas batu2 kelikir nie dgn berstokin sahaja! Ahahaha...


32-DSC06397 copy


Aaaaauuuwww.. suke lah gambar nie..! aku pegang sebelah boots and en.teman pegang lagi sebelah boots... hehehe...


33-IMG_0261 copy

Yeay... akhirnya sampai jugak ke pinggir tasik tekapo! Hari dah nak sun set nie.. so kene amik gambar bebanyak sebelum matahari membenamkan diri nya!


34-DSC06415 copy


35-DSC06419 copy


36-DSC06421 copy


Gambar kami lakik binik tanpa sebarang caption yg menarik sebab permandangan kat belakang kami tu dah super menarik! Hehehee..


37-IMG_0247 copy

Gila tak nak rasa air tasik kat New Zealand nie?? penattt aku terbang beribu batuuu... dah sampai sini harus lah main cecah2 air walaupun dengan tangan!!!

38-IMG_0252 copy

Sejukkkk gigil gigill ok air tasik dia and it is super duper clear water!! Jenihhh ya hamaaat! Ok lepas nie just layan gambar kami memain ngan air tasik tekapo nie ya!


39-DSC06406 copy


40-DSC06409 copy


41-IMG_0254 copy

42-IMG_0257 copy

Kalau tak sejuk air nya.. mau aku terjun main air tasik tuh! Ahaha...


43-IMG_0259 copy

Sorry lah.. harap2 korang tak bosan tengok muke aku kat tempat nie... sbb memang aku suruh en.teman amik gambar banyak2 sepanjang berada di bumi New Zealand nie sebab penat aku travel jejauh... duit dah banyak keluar... so gambar tolong jgn nak kedekut... biar lah gambar tu nampak macam lebih kurang sama jer angle nya... tapi aku tak fedulikkk yg penting aku nak gambar kat NZ nie cecah ribu-ribu keping! Ahahahah..


44-IMG_0268 copy

Aaaaaaaarrrrrrrrgggggggggghhhhhhhhhh!!! I just couldn’t believe it!! Sumpah till now.. aku tengah dok karang entry pasal percutian di New Zealand nie... aku rasa macam tak percayaaa yg aku dah sampai kat sini!! Isshhh.. susah lah nak describe! I just can screammmmmmmmmm and tell you that I couldn’t believeeeeeeeee ittttttttttttt!!! Ahahaha...


45-DSC06424 copy


Ok lah.. jom pulang dan naik semula ke resort penginapan! Hazabb lah nak meredah batu2 kelikir tu balik semula... haha.. akibat pakai bootss bertumit kannn.. so hadapp lah ko gonjengg!


46-IMG_0270 copy

Sesampai nya di atas.. aku kepenatan tahap gabann... tengok2 ade port lepak yg sumpah ohsem gilerr... so apa lagi... hilangkan sakit kaki kat sini lah buat seketika! Ya Allah... sesungguhnya mata ini tidak jemu2 melihat permandangan yg cukup indah dihadapan ku ini!


47-IMG_0234 copy

En.teman dah sampai ke bilik motel kiteorg.. tapi aku masih lagi kat hadapan itu... ahahhaa.. sumpah weii.. rasa nak dudukkkkkkkkkkkkkk jerrrrrrrrrr kat depan tuh and mengadappp keindahan pergunungan dan jugak tasik tekapo tu tanpa henti!


48-IMG_0317 copy

Tapi apakan daya.. cuaca semakin gelap... dah nak sunset dah pun time nie... tapi permandangan masih lagi terlalu ohsemmmmmmmm utk aku tinggalkan!


49-IMG_0321 copy

YES! Kiteorg memang tak nak tinggalkan panorama yg super ohsem tuuu.. so petang tu jam lebih kurang 6.30 ptg.. nak makan malam belum ready lagi.. so kite pre-dinner dulu ngan hot mushroom soup with bread and orange juice sambil menikmati permandangan matahari terbenam di hadapan kami itu!


50-DSC06464 copy


Ohhhhhhhhhhhhh... ohsemmmmmmmmmmn nyaaa feeling time nie!! cuaca sejukkkk kat luar tu tak merosakan perasaan kami utk bersantai-santai di luar balkoni bilik motel kami nie! si Za and Lee tak tahan sejuk... aku ngan en.teman kira lebih kebal dari diaorg lah.. so dpt lah kiteorg dating berdua-dua an di luar nie... while them makan hot mushroom soup dlm bilik motel jer! Hehee...


Mushroom soup tu panas berasapppp okkk.. tapi disebabkan cuaca sejuk ya hamatt.. tak terasa pun makan soup yg berasap-rasap tuh! Hihihi... but percayalah... I just could not describe the feelings when I’m here at Lake Tekapo! Ini lah tempat pertama aku melihat keindahan sebenar new zealand yg mana pergunungan salji + tasik membiruuu bersekedudukan!


Allahuakbar... sesungguhnya Allah Maha Besar.. Allah Maha Pencipta... Allah Maha Agung! Yes... disini aku benar2 terasa kebesaran Allah SWT.. setiap pandangan ku dikelilingi dgn keindahann yg tak terungkap! Even now bile aku tengah create entry nie aku terasa seperti masih berada di sana sebab ketenangan dan keamanan di bumi kiwi ini begitu melekat di dalam hati dan sanubari aku!


Ok.. lepas nie aku akan cerita kan 2 kerja giler yg aku lakukan sewaktu bermalam di lake tekapo nie.. so korang nantikan entry aku yg seterusnya ya! Kalau nasib korang baik adelah entry tu... kalau tidak tunggu lah 2-3 hari lagi baru aku up entry tu! ahahaahhaha...