Lepas naik train trip yg tak dirancang tu… we all terussss menuju ke Te Anau! Perjalanan ke Te Anau memakan masa lebih kurang 4 jam okk! Sumpah jauh… tapi disebabkan kami bertolak dari Dunedin nak ke Te Anau lebih kurang pada jam 7 malam… Lee jadik driver, so aku ngan en.teman tido jer sepanjang perjalanan sebab dah malam kan.. bukan nampak apa2 permandangan sepanjang perjalanan pun!
Actually agak rugi kalau driving di NZ nie diwaktu malam.. sebab aku rasa kite akan banyak missed out beautiful scenery sepanjang perjalanan kite… so utk perjalann dari Dunedin nak ke Te Anau nie aku tak tahu scenery dia macam mana… maybe cantik.. maybe jugak takde apa2..! tapi like us… memang planning asal dah berubah.. suppose we all punyer target kalau tak naik train trip tu we all nak lepak2 kat Te Anau jer.. sbb bilik yg aku booking kat Te Anau tu nampak macam cantik lah kat website dia sebab ianya berdekatan dengan tasik.. tapi dah si Lee nak naik train.. abis rosak program aku nak lepak2 santai di tepian tasik di TeAnau tu! ahahaha... so nak sedapkan hati ckp… dok ckp kat diri sendiri…. hmm.. maybe tak cantik sgt dan takde apa sgt lah kot kat Te Anau tuu… takpe lah kalau kite pi naik train trip tu… hehe..
Alhamdulillah.. Kami selamat tiba di Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park lebih kurang almost pukul 10 malam kot.. aku waktu tido dlm kereta bukan lena sgt pun… sbb seriau si Lee dok merimpit sepanjang perjalanan… huhu…
Waktu kiteorg sampai kat motel nie… memang suasana kat sini gulap gulita! Seriously tak nampak apa dgn mata kasar! Tapi gambar nie nampak terang sebab camera setting utk mode malam.. so dia captured kesemua cahaya.. so tu yg nampak macam terangg jer tempat nie!
As usual.. kat NZ nie kebanyakkan motel reception dia bukan berkonsepkan 24 jam! So biasanya diaorg akan letakkan kunci bilik kite kat pintu reception.. all info about your room telah diselitkan sekali kat dlm envelope tu!
Our room number 55.. Jenis bilik Parkview Family Motel – 2 Doubles!
As entered to our motel room.. dah nampak katil utk tido! Ahaha..
Kat hall memang ade 1 double bed and 1 single bed…
Ade meja makan…
Ade ruangan dapur yg lengkap dengan segala kelengkapan di bawah ini!
Pendek kata memang lengkap lah kelengkapan memasak! Tak perlu risau sebab kite boleh memasak dgn senang hati! Hehe..
Oh ya… dekat dgn area meja makan ade corner slot the second bedroom! So kat sini lagi 2 org boleh tido!
And here is the comfortable bathroom!
Gile lapar malam tu.. gigih aku ngan Za masak lauk sardin malam tu! haihh.. sedapp nya laaa haiii walaupun simple camgini! Hehe.. nasik tu kiteorg pakai nasik pack from Brahim’s! kalau tak salah aku tu nasik bryani kambing kot!
Lepas makan… masing2 uruskan diri masing2.. mandi, solat and ZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzZZZZzzzz! Esok pagi nya kene bangun awal sebab tour utk esok hari begitu panjanggg!
Gulp!!! Bangun pagi… bukak curtain nampak view nieeeeeee!!!
Huuuwwwwwwwwaaaaaaaaaaa!! Rasa nak nangis tengok view cantik nieeeeeeee dari dlm bilik motel yg aku duduk nie!!
I’ve missed the opportunity to walk along this beautiful road! Ni semua si Lee punyer pasal sebab dia sibuk nak naik train kat Dunedin tuh! Ahaha..
Disebabkan aku tahu tempat nie cantik.. pasal tu aku plan nak sampai kat motel nie before night.. so dpt lah beriadah santai sekejap petangnya tu…
But since dah takde rezeki di petang hari semalam nya tu… so pagi nya tu sementara menunggu Lee and Zaa bersiap.. aku amik lah kesempatan utk menikmati keindahan sekitar kawasan peningapan kami di Te Anau nie!
Walaupun hanya beberapa minit disini… bestnya dpt layan perasan sekejap!
Its sunrise! Cantik sgttt…
Nice Parkview Family Motel room! Memang aku recommend kat korang kalau nak stay kat sini!
Nak tahu berapa harga bilik motel kami disini? Ok utk bilik Parkview Family -2 Doubles (4 pax) we all bayar around RM420! So each couple just bayar around RM210 jerr.. seriously worth it giler rasanya sebab motel dia bersih, besar, view pun cantik menarik tertarik memang dabomb! Hihi..
Ok, our next tour nie sgt menarik dan merupakan salah satu tempat wajib pergi ketika bercuti di south island new Zealand! Tujuan kami menginap di Te Anau nie sebab nak pegi buat tour yg berikut nie lah.. Perjalanan dari Te Anau nak ke sana tu memakan masa hampir 2 jam! So nak tahu ke manakah kami selepas ini.. watch out for my next entry ya! ;)
P/S:
tudung instant ATHIFA tinggal 2 warna ini sahaja!
Harga tudung Athifa – RM39.90/pcs
Untuk tudung instant ARDINI (berlapik dagu) pulak tinggal 7 warna ini sahaja!
Harga tudung Ardini – RM43.90/pcs
Dan koleksi terbaru dari Naazneen Faiqa iaitu tudung instant NAIFAH nie pulak masih available utk 10 warna.. Coz hitammmm dah pun sold out!
Harga tudung Naifah:-
HARGA DENGAN KADAR GST – RM44.90
HARGA SELEPAS SERAPAN GST – RM41.90
FREE POSTAGE UTK PEMBELIAN 2 HELAI KE ATAS!
bestnya
ReplyDeletecantik sgt view
kak ninnnnn
ReplyDeleteapesal cantik sangat tempat ni??
saya tegok gambar pun boleh teruja
cantik sangattt
subhanallah ! canteknyaaaaa !
ReplyDeleteshela-abdrohman.blogspot.com
Assalam kak neen,
ReplyDeletegilos santek view dia
rege bapak murah
soka3