Wednesday, January 13, 2016

Tengah Menahan Sakit Hati!



Aku tengah menahan sakit nie.... ade beberapa sakit yg aku sedang tahan sekarang nie dan salah satu nya adelah menahan sakit hati!

Manusia yg busuk hati nya dan hipokrit perwatakkan nya... memang sukar utk kite membaca apa isi hati mereka!  mereka ini cukup licik dlm berbicara dan cukup pandai berpura-pura demi menyelamatkan diri mereka!

Hakikatnya mereka terlupa yg sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatoh ke tanah jua.. mereka lupa yg sesungguhnya ade manusia lain yg boleh membaca hakikat sebenar intipati isi hati keji mereka!  apabila kamu seorang pendusta, kamu memang bijak dlm memutar belitkan cerita!

Kamu lupa Allah itu ade.. kamu lupa Allah Maha Mengetahui apakah isi hati kamu sebenarnya... Kamu lupa Allah adelah saksi setiap tutur bicara... Kamu lupa Allah itu Maha Berkuasa!

Ingatlah yg kamu boleh berdusta kepada sesiapa sahaja tetapi tidak pada Allah SWT!  Hakikatnya apabila kamu berdusta.. ingatlah yang kamu sedang berdusta terhadap diri kamu sendiri.. jauh disudut hati kamu... kamu tahu yg kamu adelah seorang pendusta!

Tetapi dek kerana kekebalan sebuah perasaan EGO di dada.. maka kamu hampir lupa Allah Yang Maha Esa.. 

Manusia seperti kamu ini sanggup melakukan dan memperkatakan apa sahaja demi menyelamatkan kejahatan yg dilakukan terhadap org lain!  

buat kamu sang pendusta.. jgn sesekali lupa yg manusia disekeliling kamu bukan nya bodoh tidak boleh berfikir dan menilai setiap gerak langkah kamu ketika kamu berada di samping mereka.. jika kamu rasa dgn sikap hipokrit kamu itu boleh mengaburi mata org lain dlm menilai perbuatan jahat kamu itu.. ternyata kamu silap percaturan kerana tidak semua manusia disekeliling kamu bisa di perbodoh-bodohkan oleh kamu yg ternyata bodoh sombong sebenarnya!

Aku berdoa semoga Allah memberikan balasan yg setimpal buat kamu yg si pendusta.. semoga doa2 org yg teraniaya ini mustajab hendaknya.. amin!

No comments:

Post a Comment