Thursday, December 10, 2015

Aku Kene Ambil Ubat Steroid!

Lepas jumpa doktor ENT aku on last saturday.. doktor bekalkan aku dgn ubat-ubat nie.. 


aku on this medication starting from last saturday.. memang segala blockage yg ade kat hidung dah kurang... sakit kepala pun dah hilang.. ketegangan urat di leher dan kepala pun mula reda.. rasa lebih lega sbb leh bernafas ikut hidung.. 

tapi rupa-rupanya masalah lain pulak yg timbul.. hari selasa suara aku mula berubah.. teruk sgt bunyik nya... dah macam suara anak jantan.. tekak aku pulak rasa sakit... aku boleh rasa semua molukus sinus dari hidung tu dah turun dan berkumpul dekat bahagian tekak pulak.. so tu yg aku dah start rasa sakit kat tekak pulak dah!

menjelang ke petang hari selasa tu aku dah rasa macam nak demam pulak dah... badan jadik seram sejuk... batok menjadi-jadi.. memang waktu batuk tu aku dah boleh rasa ade kahak kat bahagian tekak.. tapi jahatnya kesemua molukus sinus tu tak nak keluar dari hidung mahupun tekak aku nie!

menjelang ke senja... aku start tak leh nak bernafas lagi sebab blockage kat bahagian hidung & tekak makin menjadi-jadi.. then badan rasa sakit2 lemah macam nak demam.. aku dah rasa tak tahan sgt.. sampai dah mintak en.teman bawak aku pegi emergency jer kat hospital.. en.teman suruh aku sabar.. dia buatkan air milo panas utk aku.. suruh aku minum.. dia sedia kan makan malam aku... walaupun lauk beli.. tapi time tak sihat nie bile lakik tolong sedia kan utk kite.. terus rasa kuat semangat skit nak lawan penyakit tuu... 

lepas makan malam and makan ubat semua.. aku take a rest jap... then decide just to go and see mye ENT doctor aku tu balik on the next day which is yesterday!


Nahhhh.. amik kauuu.. sebeban lagi ubat yg aku kene hadapp!  ubat batok jer sampai 3 botol... elok lah.. stock ubat aku tak yah pegi amik lagi kat klinik kalau batok lepas nie sumbat jer ngan ubat yg dah ade tu.. ahaha..

Semalam lepas buat checkup ngan ENT doktor aku tu.. dia ckp yg molukus sinus aku tu dah jadik terlalu tebal and sticky atas effect ubat yg dia bagi on last saturday tu... so pasal tu kahak tu susah nak keluar dgn cara mudah!  oleh itu doktor tambah lagi ubat yg lebih strong.. dia bagi aku pil steroid.. giler banyakk okk.. rasa nak pitam amik dadah banyak camgini!  en.teman siol jer.. dia ckp kalau kene tahan ngan polis utk buat ujian air kencing confirm masuk lokap nie... ahhaha.. bongok!!

then doktor bagi lagi satu ubat utk flush molukus degil dari dlm hidung.. tuu dua air botol besar tu.. tu adelah Saline.. lebih kurang macam air garam la... so aku kene inject air tu dlm lubang hidung aku utk keluarkan molukus sinus yg degil tuh... fuhhhh.. scary jugak mula2 nak inject air tu kat dlm lubang hidung sendiri.. tapi lepas dah buat 2-3 kali.. aku dah biasa dah.. tahu dah teknik yg betol macam mana.. 

Oh memang betol air garam tu membantu jugak lah utk mencairkan molukus sinus dlm hidung aku nie.. then ubat steroid tu takyah ckp lah.. memang powerful kekdahnya.. lepas amik semalam.. tekak aku dah elok skit dah.. takde sakit lagi and suara pun dah back to normal skit.. 

Cuma skg aku still kene keep on blowing my nose and keluarkan segala kahak yg masih dok ade kat tekak nie bile rasa ianya mencair!  then bile amik ubat batok and banyak sgt dadah nie memang lah akan rasa mengantok jer memanjang.. sib baik doktor bagi aku dua hari MC.. semalam dah rehat... hari nie pun nak rehat sebaik-baiknya.. sebab bile sakit macam ni salah satu ubat yg paling mujarab adelah tido!

Ok now aku nak tido.. doakan semoga penyakit sinus aku nie dpt dinyahkan secepat yg mungkin ya! ;)





13 comments:

  1. akak...shu pon mcm ada simpton2 mcm akak dah skrg..sinus makin menjadi2.. huhu...

    ReplyDelete
  2. Steroid tu akan buat kita rasa lapar dan asyik nak makan je. Betul tak Neena....?

    ReplyDelete
  3. saya dan adik saya kategori resdung yang teruk. Kami resdung dari kecil lagi. saya mmg alah pada habuk.

    Skrg saya amalkan ambil habatusauda..resdung jadi kurang dan jarang saya bersin pagi2. Cuba amalkan.


    ReplyDelete
  4. Boleh try guna essential oil young living sis..in syaa Allah berkesan..kalau sis berminat boleh wassap sy 019.684 2734 ��

    ReplyDelete
  5. cepat2 sihat kaknina yang cantik!

    ReplyDelete
  6. paham sgt cane situasi ni, sya pun baru pas kena kes resdung teruk cenggini,,,sampai pekak telinga sbb hingus pekat hijau x leh nafas.. macam² ubat beli...last skali terpaksa amik ubat spray ade steroid..baru ok leh elok bernafas,, skang da pulih tp da sihat tak pakai da ubat tu sbb takut steroid tu kan ade effect..

    ReplyDelete
  7. Semoga Cepat sembuh ....

    I pun adalah masalah sinus yang kronik ... sampai nak kena buat operation ... at last tak buat ... sebab i just amalkan natural food .... simply the best ...

    I nak suggest sahaja ... sebab ni yang kami amalkan :

    Berpantang segala tok nenek kekakacang base walaupun kicap even sayuran kecang untuk tempoh recovery ...

    Amalkan Vit C soluble brand kordel untuk harian 1000mg ... kalau tengah sinus boleh up to 2000mg ke 3000mg tapi banyak minum air putih ...

    Amalkan green tea without sugar sebagai amalan harian ...

    Kalau ada ada budget lebih .. amalkan Cold pressed juicer, I kasi secret formulasi lagi :

    All green Juciery:
    Immune booster, allergy,sensitivity dan detoxification.
    Celery, green apple, cucumber,lemon,parsley,young ginger and garlic.

    All orange juciery:
    Anti cancer, arthrities ,joints,skin health,diabetes,ph level up.
    Carrot,green apple,parsley,high in kuyit,young ginger.

    Last sekali .. kirim salam pada shuben yer ... ex-officemate Maybank LMC yer.. tq.

    ReplyDelete
  8. Neena, try some ear candling theraphy. It might help your situation

    ReplyDelete
  9. ms neena kalau saya share satu produk nak? produk kita doktor malaysia. krim hormon firmax 3 namanya. boleh pakai untuk semua jenis penyakit (in shaa allah dengan izin Allah)anak bujang saya ada sinus pakai ni alhamdulillah dah kurang dan masih pakai lagi untuk hilangkan terus. saja share sbb saya dah tau keberkesanannya.

    ReplyDelete
  10. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
    SMS/WASSUP 0148004302

    ReplyDelete
  11. semoga cepat recover, banyak betul ubat ya

    ReplyDelete