Sunday, July 5, 2015

Semalam Aku Pegi Vendour Festival Tapi Aku Kecewa Kerana..

Semalam aku pegi Vendour Festival kat Matrade.. pegi semata-mata nak ke booth abg kawasan Ashh&Annas! Aku berkenan sgt dgn satu blouse yg diberi nama Jezmine.. and aku rasa bukan aku sorang jer yg berkenan sesangat dengan blouse tu.. tapi majority buyers memang dok aim nak grab that blouse sbb dekat IG abg kawasan memang ramai yg tak zabarrr nak tunggu blouse nie di release kan!


Abg kawasan dah upload kat IG gambar baju Jezmine tu pada awal ramadhan yg lalu... then on and off sepanjang 2 minggu ramadhan, abg kawasan keep on posting kata baju Jezmine tu dia akan release it soon! ok.. honestly aku memang dah boleh agak, confirm abg kawasan ni akan pertaruh baju Jezmine nie pada Vendour Festival!


Yea... true enough.! on late Friday night, abg kawasan update kat IG.. katanya blouse Jezmine akan di release kan di booth dia kat Vendour Festival semalam! OK.. demi nak dptkan blouse Jezmine aku gagahkan diri utk pegi jugak ke Vendour Festival! percaya atau tidak, aku memang tak berapa nak suke pegi ke exhibition2 besar macam nie sebab utamanya aku tak larat nak berebut parking.. berasak-asak dgn org ramai.. and nak jadik pening kat tempat yg besar macam tu sebab aku bukan kaki yg larat shopping secara besar-besaran!


Tapi disebabkan jiwa dah jatoh hati sgt dgn blouse Jezmine tu.. aku kuat kan semagaddd.. gigih jugak lah pepagi dah terjah gi Matrade..! waktu on the way nak ke sana, saja bukak IG abg kawasan lagi sekali.. tengok2 dia boleh update kata blouse Jezmine hanya akan ade kat booth dia pada belah petang! ok.. hati dah start nak bengkak.. tapi aku malas nak layan sgt.. aku just proceed ke Matrade sbb dah on the way dah pun and aku pun kebetulan nak pegi tambah koleksi skirt dia lagi.. so alang2 just go ahead jer lah!


Then around 10:30 pagi aku sampai kat Matrade.. memang seperti yg dijangka memang jgn harap nak dpt parking! memang berderet kereta mencarik parking.. sabar kan diri lagi.. alhamdulillah dpt jugak lah parking kat Kompleks Mahkamah kat sebelah Matrade tu! walaupun kene jalan kaki agak jauh... tapi tetap gagahkan diri jugak!


Masuk jer kat dlm exhibition hall.. terus terjah booth abg kawasan... amik kauuu.. memang ternyata booth dia que yg paling panjang pun... kalau tak pasal aku nak grabbed skirt dia.. memang aku tak kuasa nak terjah! dengan berat hati.. aku beratur jugak lah dlm que yg panjang berjela tuu... dlm hati just berdoa harap2 by the time dah dekat nak sampai turn aku.. available lah blouse Jezmine tu hendaknya!


Aku beratur almost 1 hour jugak lah.. depan aku ade lebih kurang 10-15 org customer yg tengah que, then tetiba staff abg kawasan buat announcement, dia ckp yg blouse Jezmine dah available sekarang! Yaa Allah.. sumpah aku rasa bersyukur sgtt.. memang nak jadik rezeki aku lah kot.. sebab just about my turn, blouse Jezmine tu available.. so boleh lah aku grab!


So bile sampai my turn, aku pun buat order.. then tetiba ade staff ckp kat staff2 lain yg tengah amik order customer, "Jezmine dah abis ya.. Jezmine dah abis!" aku like whattttttttt theeeee fishhhhhhhhhhhhhh???? seriously???? then staff yg layan booking aku tu ckp.. "Kak Jezmine kite ade warna Grey and Pink tu je kak" aku tengok warna grey & pink tu ade dlm 2 helai for each color je kat display railing dia time tu..


Then terus cecepat aku ckp.. "OK saya nak saiz M for Grey & Pink tu.." Then budak tu ckp Grey je ade warna M.. then aku terus ckp ok bagi aku satu helai! Alhamdulillah dpt lah jugak sehelai blouse Jezmine walaupun hakikatnya aku nak grab 4 colors sebenarnya!


Waktu tu ramai yg tengah que tu frust jugak sbb tak dpt nak grab blouse Jezmine... yer aku tahu ramai yg dtg semalam seboleh-bolehnya memang nak grab blouse Jezmine.! As for me yg hanya dpt sehelai nie pun kecewa sbb rasa macam dipermain-mainkan!


Ok aku paham.. as org berbusiness.. kite perlukan business marketing and strategi! Tapi dlm berbusiness kite jgn lah sampai ke tahap melampaui batas dlm etika berbusiness.! Nie pada pendapat aku lah kan.. nie cara aku berfikir.. sebab aku rasa ini adelah something logic to think off..


First of all memang aku paham sgt.. secara am nya abg kawasan pertaruhkan blouse Jezmine tu supaya org serbu secara beramai-ramai kat exhibition yg dianjurkan nya dan secara khususnya org akan serbu ke booth dia! Ok itu satu marketing strategi yg sgt bagus pada aku... Which is true enough memang ramai yg sanggup dtg seawal pagi semata-mata nak grab that blouse!


Tapi pagi semalam bile exhibition dah bermula, tetiba abg kawasan update kata kat IG yg blouse Jezmine hanya akan ade kat booth pada belah petang! ramai lah yg comment kata keciwa sbb dah penat2 dtg seawal pagi hanya nak dptkan blouse Jezmine tu.. tetiba boleh plak keluar pada belah petang!


Ni pada fikiran bodo aku lah.. takkan lah utk satu product yg mempunyai permintaan ramai, ia hanya dikeluarkan sebanyak 100-200 helai sahaja? aku boleh terima kalau ianya dtg dlm kuantiti yg sgt limited, tapi kalau betol pun sgt limited, takkan lah dlm tempoh 15 min = 10-15 org customer yg berdiri depan aku, boleh abis blouse Jezmine tu? logically blouse yg mempunyai 8 warna, ade 5 saiz yg berlainan.. so dlm tempoh 15 min boleh sold out for alllllll???? ok nie tak masuk akal! seriously..


Ok, actually katanya blouse Jezmine tu sold out sebab Personal Shopper (PS) nie dah grabbed most of Jezmine blouse! okk lahh bole lah bagi ruang logik kat sini... tapi hakikatnya... aku tak nampak pun PS nie dok beratur depan aku sbb PS nie kalau beli secara borong.. diaorg akan bawak beg plastic guni utk isi all booked items from their customer.! so I'm just wondering, dari mana dtgnya PS nie? and tetiba jer Jezmine blouse boleh sold out??


Tak kisah lah kalau PS nak borong secara jalan pintas ke apa.. tapi pada aku.. dlm berbusiness kite kene be fair jugak pada semua org.! sebaik nya buat lah quota pada PS and buat lah jugak quota pada org yg dah make an effort tuk dtg dan beratur berjam-jam just to purchase their beloved item! cuba bayang kan.. mungkin ade org dari sejauh negeri sembilan or melaka sanggup dtg KL utk grab blouse Jezmine tu, tup2 kata dah sold out not even in 1 hour?? logik akal aku boleh terima kalau blouse tu dah sold out dlm tempoh 4-5 jam product itu di release kan! Kalau tak nak buat quota, then better jual jer all products to PS, then let PS jual balik pada customer.. lagi senang camgitu daripada buat customer lain nie bersusah payah make an effort dtg utk grab their items personally then end up they can't have one just because personal shopper dah grab most of it! itu yg aku katakan tadi.. kalau nak adil, better buat quota, so adil, at least org yg beratur penat2 nie pun dpt grab jugak..


Org yg bersusah payah datang nie pun satu effort tau.. so jgn amik mudah.! lagi satu yg macam tak masuk logik akal aku, macam mana blouse Jezmine tu boleh plak tak di release kan seawal exhibition itu di bukak sedangkan produk tu memang dah di war warkan seawal bulan ramadhan lagi! ok lah kalau nak fikir atas faktor masalah dalaman.. maybe baju tak ready lagi.. tapi sorry lah still tak leh masuk akal aku lah.. hahaha.. sebab aku rasa baju tu patotnya dah ready dahhh utk exhibition.. then kata available ptg, tup2 tengahari dah release.. then boleh plakkk semua IG posting pasal blouse Jezmine dah pun di delete! motippppppppp?? memang nak kene libas abg kawasan nie tau! haha.. kalau betol dah sold out... aku rasa tak perlu delete pun posting IG tu.. you can just update kata dah Sold Out kat caption nya!


Ok kat sini aku bukan nak hentam sesiapa.. yg sebenarnya aku just nak luah kan pendapat jer.. aku pun org yg berbusiness.. and aku sedar business aku nie sebesar zarah aje pun kalau nak dibandingkan dgn business org lain.. tapi macam aku nie, memang jenis bangsa manusia yg tak sampai hati! aku kalau nak buat apa pun aku akan amik berat segala perkara! Keuntungan bukan motif utama aku dlm berbusiness.. yg aku nak adelah keberkatan dlm berbusiness!


Macam nak letak harga pun terkadang macam tak sampai hati.. kalau boleh nak letak harga macam aku nie tak dpt untung kekdahnya! pasal tu kalau aku buat promo tu, memang itu betol2 promo sebab aku tolak dari keuntungan aku dan bukannya aku buat sembarangan promo! Pasal tu aku mungkin lambat nak kaya lah dlm berbusiness sbb hati tak cukup tegar dlm berbusiness! huhuhu...


anyway, this is just my feelings and opinion.. dlm berniaga seboleh nya biar lah ade win win situation bagi pihak customer dan seller.! aku selalu percaya, bile kite jujur dan ikhlas dlm berniaga insyallah perniagaan kite lebih berkat dan customer akan mendoakan yg baik2 buat kite sebagai peniaga! ;)

2 comments:

  1. iya neena. jan pun setuju dengan entry neena ni wlupun Jan tak gi MATRADE tu dan Jan taktahu pun blouse tu rupa macamana...hehe. Jan setuju sebab :
    1. takkan event mcm tu, release hanya anggaran 100-300 helai je. Dan memang patut depa limit kan utk PS berapa banyak boleh ambil, utk shopper yang datang individual pulak berapa.. sebab, kita datang sana penat2, dengan bersesak2, parking susah, end up takde size/color yang tinggal. Siap queue lagi kan.. pelik gak.
    2. Dan entry blouse tu dipadam? ishhh, pelik kan...noted Sold Out je lah.

    ReplyDelete
  2. sy dh terkena dgn abg kawasan. buat contest tag friends. last2 no winner post pun dh kene delete bodoh mcm tu.

    ReplyDelete