Aku memang jarang sgt berblogging during weekend.. sbb biasanya kalau during weekend nie otak aku memang tepu... memang mood nak berblogging tu sgt lah kedaung! maybe sebab weekend nie adelah waktu beistirehat... so aku memang tak suker nak ngadap social network sgt!
tapi hari nie aku memang rasa terlalu geram.. sampaikan aku tak boleh dah nak tunggu esok utk aku create entry nie! cerita nie tengah trending skg... yes.. semalam Malaysia dikejutkan dgn kes adik Firdaus yg dikurung oleh ibu nya sendiri... sorry seriously aku tak mampu nak panggil si LOLA tu ibu kepada Firdaus.. kalau dia ibu... dia takkan tergamak nak buat perkara keji sebegitu rupa pada anaknya sendiri!
Sumpah aku marah giler.. and ya... aku tahu ramai giler yg amukkan ngan kes malang adik Firdaus! Eeeeii... aku kan... memang seriously tak tahu nak panggil si LOLA tu apa sebenarnyer... aku memang tak rasa nak gelarkan dia ibu... aku memang nak panggil dia setan aje sebenarnye! yup.. bunyik macam kejam sgt kot kalau aku nak gelar kan si LOLA tu setan.. tapi kalau kejam lah aku nak gelarkan dia setan... apakah tindakkan dia pada anak yg dilahirkan itu tidak kejam?
Aku memang tak leh terima kenyataan yg dikeluarkan oleh si LOLA di media tadi!
Yerr... memang ade betol nya... kami tak rasa apa yg kamu rasa... Kami tak rasa so kami tak tahu.! aku paham.. dan aku tahu sgt.. memang bukan mudah nak pelihara orang kurang upaya (OKU)... tapi weii.. common lah deeyyyy... binatang pun tahu dan ade rasa sifat kasih sayang! ini kan pulak kite ni manusia yg dicipta sebaik-baik ciptaan! di mana kah letaknya akal fikiran?? di manakah letaknya sifat belas kasihan?? kalau kau takde sifat kasih sayang sekali pun... takde kah kau punyai sifat belas kasihan?? apatah lagi kau so called seorang manusia... di mana hati dan perasaan kau?
Statement pertama dari si LOLA nie yg aku tak leh terima adelah... dia kata org tak tahu masalah dia yg melalui kesempitan & kesengsaraan hidup.. dia kata lagi yg dia takde masa nak menguruskan Firdaus sebab dia terlalu sibuk mencarik rezeki utk menyara keluarganya sehinggakan dia mahu Firdaus hidup berdikari! Aku nak ckp si LOLA nie bodoh pun susah jugak sbb aku rasa dia memang takde otak.. so memang dah confirm2 lah dia bodoh kekdahnya! Apakejadah nya org kurang upaya kau nak suruh dia berdikari? kaki tangan dia pun tak leh nak diguna pakai... macam mana kau nak suruh dia berdikari? memang bodoh punyer statement!
then si LOLA nie kata lagi.. semua org salah kan dia sebab dia buat camgitu kat Firdaus.. tapi adekah org nak tolong jagakan Firdaus sepanjang ketiadaan dia di rumah? Yerrr... memang ade betol nya statement kau tuu... tapi adekah hanya kerana takde org nak tolong kau jaga anak kau tu kau tergamak buat perkara keji camgitu kat seorang manusia yg bernyawa dan apatah lagi manusia tu adelah anak kau?? dan adekah itu jalan penyelesain terakhir buat kau utk menyelesaikan masalah kau???
lagi satu statement si LOLA nie yg buat aku panas hati... dia kata dia tak pernah mendaftarkan Firdaus di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana dia TAK TAHU CARANYA! ok.. ini memang aku bengang giler... kau bekerja.. dari apa yg aku tahu kau kerja kat syarikat catering di airport! kau bukannya kerja dlm gua.. kau bukan nya kerja dlm hutan dengan org asli yg membuatkan kau tak tahu utk carik info pasal JKM! logically biler kau ade Facebook maknanya kau dah celik IT... so kalau kau celik IT.. takkan lah kau tak tahu cara nak cari info di dunia IT???
Kau tak boleh ker tanyer org2 disekeliling kau tentang JKM?? kalau kau amik pendekatan tak nak bertanyer tu sebab kau rasa kau malu kau ade anak yg cacat.. so kau takot nak antar kat JKM sbb nanti kau di labelkan sebagai seorang ibu yg tak bertanggungjawab?? heh! kalau aku lebih rela org kata aku ibu yg tak bertanggungjawab dari org kata aku seorang ibu yg zalim! kalau setakat org nak kata kite nie ibu yg tak bertanggungjawab.. at least aku masih boleh guna pakai lagi statement yg "org tak rasa org tahu" tu! then at this point lah kite boleh ckp yg atas faktor kite tak nak anak kite terabai lah kite ambik tanggungjawab utk antar anak kite kat JKM sebab kite sayangkan dia.. tapi kite tak mampu nak jaga dia.. so better kite antar dia di tempat yg boleh membela nasib dia! Daripada kau buat anak kau macam bangkai yg bernyawa camgitu... rasanya jauh lebih baik kau antar dia kat mana2 pusat penjagaan OKU lagi bagus! tapi maybe kau terlalu memikirkan tentang mulut org yg berkata-kata.. so pengakhirannya kau amik pendekatan utk simpan anak kau sebegitu so kau dpt lah title ibu yg bertanggungjawab dari org2 disekeliling kau kan?? ini lah masalahnya biler hidup atas mulut org... fikir apa yg org akan kata... dan takde pendirian utk membuat keputusan yg terbaik utk diri sendiri!
Skg bile perkara dah terbongkar.. baru lah kau berniat nak antar anak kau kat JKM! lagi geram aku baca statement dia ... "bukan saya tak sayang kan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu".. puuuuiihhhhhh!! sayanggggggggggg???? eeiiii... ini memang betol2 mengundang rasa macam aku nak gie tampar si LOLA nie supaya dia sedar! sayangg apa kejadah nyaa makcik oooii?? yg kau buat skg nie pun dah membukti kan kau tak sayangkan dia dah okkk??? so tak yah nak berdrama swasta sgt lahh!
aku memang tak sangka adik Firdaus boleh survive till today.. dgn tak makan dan tak minum dgn sempurna... dgn hidup dlm bilik yg tak bertingkap... dgn bergelumang dgn najis nya sendiri.. Allahuakhbar.. memang sesungguhnya Firdaus di pelihara oleh sang penciptaNYA! selagi belum ajal.. seteruk mana pun keadaannya.. dia masih lagi bernyawa.!
Aku belum ade anak.. tapi aku tak sangka org yg dah beranak sanggup lakukan sedemikan rupa! aku belum ade anak.. tapi kasih sayang aku pada insan yg bergelar manusia terlalu tinggi! aku yg membela seekor kucing skg nie pun dah rasa mcm jahat giler kalau terlambat bagi dia makan dan minum! tak sampai hati tengok bekas makanan AnnZee kosong.. bile dah skit jer makanan dia aku tambah lagi... sampai dah gemuk gedempol dah si AnnZee skg nie! Hari tu AnnZee tak lalu makan lepas kene suntikan vaksin,... aku punyer lah sedih hati sebab dia tak makan dan tak minum... sampai aku stress tengok keadaan diaa.! dengan binatang pun aku dah tak tahan tengok dia tak makan tak minum.. ini kan pulak nak tengok manusia tak makan dan tak minum?
Seriously manusia dah semakin hilang kewarasan hidup! walau sesusah mana sekali pun hidup kau... aku rasa jgn lah bertindak luar keterbatasan hidup seorang manusia! and aku rasa LOLA perlu jalani pemulihan mental.. sbb kalau dia seorang yg waras... dia takkan tergamak nak menzalimi anaknya sendiri sebegitu rupa! aku tahu memang atas desakan hidup terkadang kite terlalu stress dgn situasi kehidupan.. tapi itu tidak bermakna kau mempunyai tiket utk melakukan sesuatu dgn melampaui batas kehidupan! walaupun seandainya kau rasa kau sorang kene jaga anak kau yg cacat... suami kau dah tinggalkan kau sehelai sepinggang... kau carik lah jalan yg paling terbaik utk kau selesaikan masalah kau!
Lagi satu yg membuatkan aku terfikir.. sesibuk mana pun kau bekerja nak mencarik rezeki utk membesarkan anak2 kau... kau kata kau takde masa nak menguruskan anak kau yg cacat tu... tapi kalau guna logik akal... takkan lah kau sampai takde masa utk luangkan masa selama 15 minit utk memberi makan minum yg sebaik nya utk anak kau.. then kau mandi kan dia.. kau bersih kan tempat tinggal dia... berak kencing dia... oh common.. sehari ade 24 jam... takkan lah kau bekerja selama 24 jam dan 7 hari seminggu tanpa henti??? even kau kerja dlm tempoh yg lama dlm satu hari.. tapi alasan tak ade masa nak menguruskan anak kau tu adelah satu alasan yg memang aku rasa tak boleh diterima akal langsung!
Seriously aku lagi salute kalau kau antar anak cacat kau di JKM sebab aku akan bagi kau satu tabik hormat kat kau atas kejujuran kau mengatakan yg kau tak mampu nak jaga anak kau lagi dah! daripada kau menzalimi anak cacat kau sebegitu rupa... which ianya hanya akan membuatkan aku memandang rendahnya diri kau sebagai manusia yg bergelar seorang ibu!
Apapun.. aku mendoakan semoga LOLA diberikan hidayah dariNYA.. sorry lah.. honestly aku tak mampu nak kawal perasaan aku malam nie biler melihat Firdaus sebegitu rupa..! semoga adik Firdaus di bawah jagaan yg sebaik nya selepas ini.. Apa yg aku luahkan malam ini adelah berdasarkan fakta yg dikeluarkan oleh kenyataan media seperti diatas.. aku harap apa yg keluar di media tu adelah fakta sebenar.. kalau seandainya bukan fakta sebenar... so title SETAN itu bakal beralih arah kepada pihak media pulak!
K.. bye!