Sedih… hiba… dan pilu!
Aku tahu bukan aku seorang yg merasainya.. malah satu Malaysia secara khususnya dan satu dunia secara am nya sedang sedih dan sugul dgn berita malam tadi! Seriously aku takde mood nak update blog hari nie.. kengkonon plan nya aku sambung cerita percutian aku di Tanah Aina tu… tapi seriously mood aku telah lari sejauh ke lautan hindi di mana tempat pesawat MH370 yg disah kan telah terhempas!
Malam tadi sampai kol 2 pagi aku tak leh lelap kan mata! Terkebil kebil sengsorang dlm bilik… en.teman dah tido dah.. dia letih driving gamaknya balik dari kampong over the weekend hari tu! tengok FB and Instagram… lagi meruntuh perasaan nie biler majority nya dok trending pasal pesawat malang MH370!
Aku memang dari first day dpt tahu berita kehilangan MH370 nie.. dah a few times aku menitiskan air mata! Lepas seminggu aku macam dah putus harapan dah.. walaupun hakikatnya kite perlu yakin suatu keajaiban mungkin akan berlaku.. tapi aku nie jenis cepat putus asa skit! Aku tak kuat semangat biler melibatkan hal2 camgini.. sebab pada aku kalau dah lebih dari tempoh yg sepatotnya dijumpai.. kalau tak jumpa jugak maknanya sesuatu yg buruk pasti dah berlaku! Aku tak leh nak tipu diri aku sendiri… memang jauh di sudut hati aku dah dpt rasakan yg MH370 nie dah pun berakhir dgn tragedi yg cukup tragis! But at the same time aku still meletakkan harapan yg cukup tinggi agar MH370 di temui dlm keadaan yg selamat…
Sampai lah malam tadi bile ade pengumuman khas dari PM.. sekali lagi air mata aku mengalir! Aku tak dpt nak bayangkan perasaan ahli keluarga mangsa.. lagi yg tak mampu aku bayangkan adelah pengalaman kesemua penumpang dan anak kapal MH370 sewaktu bertarung nyawa di dalam pesawat malang itu terhempas! Honestly I just can’t imagine how all of them went through that critical moment! This is soo sad.. setiap kali aku cuba membayangkan apa yg berlaku… tiap kali tu lah aku rasa macam tak percaya apa yg berlaku skg nie! :(
Sejujurnya aku tak puas hati selagi tak jumpa bangkai pesawat tu.. aku tahu memang sukar nak cari bangkai pesawat apatah lagi kotak hitam pesawat kerana keadaan lautan hindi yg sgt bergelora! Dah lah bergelora.. kendalamannya pulak mencecah ribuan meter! Ya Allah.. Engkau permudahkan lah urusan pencarian bangkai pesawat MH370… Aku harap kotak hitam pesawat dpt ditemui.. kerana dari kotak hitam sahaja kite dpt merungkai segala kekusutan minda kite semua!
Sudah pasti kite semua malahan satu dunia mahu mengetahui apakah situasi sebenar yg telah terjadi pada pesawat MH370! Nak tunggu slot Air Crash Investigation entahkan biler.. mau makan bertahun-tahun lagi rasanya.. selagi kotak hitam tak dijumpai.. selagi itu lah siasatan tak dpt nak dilakukan!
Cuma satu lah aku berharap agar musibah ini dpt memberi hikmah buat kite semua secara am nya dan kepada MAS secara khususnya! Aku tertarik pada status FB Dr. Maza pagi tadi… dia kata…
“… Apabila kita menaiki MAS kite rasa bangga dengan penerbangan negara kite sendiri. Cuma kita sedih apabila MAS menghidangkan arak dan penumpang sebelah meminumnya sambil bersendawa. Disgusting! Kadang kala kite tonjolkan promosi kita ‘cinta Allah dan rasul’ tapi polisi kita kadang kala kurang seiras. Harap ada pembaikan. This is our country, we love it so much and we want good for our people. May Allah bless us.”
Aku setuju dgn apa yg diperkatakan oleh Dr. Maza nie.. sebab aku rasa ade jer syarikat penerbangan lain di dalam dunia nie yg tidak menyajikan arak di dalam penerbangan mereka! Macam contoh Royal Brunei Airlines! Adekah dgn tidak menyajikan arak di dalam pesawat Brunei Airlines membuatkan Brunei Airlines kerugian? Adekah dgn tidak menyediakan arak Brunei Airlines tidak ade penumpang yg terdiri dari golongan non muslim? Aku tak mahu merungkaikan persoalan ini sebab aku rasa kite semua tahu jawapannya sebab sehingga ke hari ini Royal Brunei Airlines masih lagi beroperasi dgn jayanya!
Kalau macam Saudi Airlines dah tentu-tentu rasanya takde hidangkan arak kan? Aku tak pernah naik.. tapi aku beranggapan sebegitu lah.. tapi kalau sebalik nya… if korang ade yg naik Saudi airlines.. ade arak disajikan.. tolong bagi tahu aku kat sini… sebab aku nak tahu info2 sebegini!
Pagi tadi waktu on the way nak gie office.. aku tune on pada Hot FM.. menangis aku dlm kereta biler dengar lagu2 yg dipasangkan pagi tadi! Semua lagu yg diputarkan memang meruntun jiwa sgt… lagu last sekali yg aku dengar adelah lagu Suci Dalam Debu.. lagu kumpulan Iklim! Huuuuwwaaa… berjujuran air mata aku.. lagu nie adelah lagu kegemaran arwah mak aku… terus terasa kerinduan yg amat sgt kat arwah mak!! Sobbbss… sobbbsss…
Apa pun… aku akan terus berdoa semoga misi pencarian kotak hitam dan bangkai pesawat MH370 ini bakal menemui jalan yg mudah.!
Al-Fatihah…
salam takziah for MH370
ReplyDeletespeechless..salam takziah buat keluarga mangsa..semoga ada keajaiban yg menanti..al-fatihah..
ReplyDeleteSaudi airlines x serve arak kak neena
ReplyDeletesama la kita..sedih, sebak, pilu bila terkenang. psl arak tu, memang setuju sgt kalu MAS x menyajikan minuman tu. lagi bagus kalu stewardess diberi pakaian yg lebih sopan x ketat metat sgt ,dibolehkan bertudung bagi yg mahu. kita dok heboh bgtau satu dunia kita negara islam. tp banyak benda yg x follow syariat islam kan
ReplyDeleteAssalamualaikum kak neena. sheila dgn suami pun tak tidur lepas dengar PM isytihar pesawat kat Lautan Hindi.. memang air mata murah jatuh dengar berita sedih. Allahuakbar. Semoga dikuatkan semangat ahli keluarga mangsa menerima dugaan ini. Semoga Allah SWT permudahkan urusan pencarian pesawat mas mh370 bersama kotak hitamnya T_________T"
ReplyDeletebtul tu neena... kita xde hubung kait ngn mh ni pun sedih semacam.. klu ada lagi la kan...
ReplyDeletedeep condolences
ReplyDeleteYup SETUJU, MAS tak sepatutnya menghidangkan arak kepada penumpang...
ReplyDeletesama la kak..bila PM umum smlm..terus rase rindu tersngt dgn arwah abah :(
ReplyDeleteSad..takziah n alfatihah
ReplyDeleteErmm pasal arak almost ada yg hidangkan..baru2 ni naik emirates from kl-dubai yup alkohol on requested...naa bayangkan dlm pesawat ada jemaah haji lagi..
masih mengharapkan keajaiban allah. Moga dipermudahkan semua urusan kita didunia ini. Dan pasal arak setuju 200% kak neena.
ReplyDeletetakziah buat seluruh keluarga mangsa pesawat..al fatihah utk mereka yg beragama Islam..
ReplyDeletedeep deep condolences to them...Al Fatihah...
ReplyDeletetanyalah ustaz khas (TV9)- " hentikan memberi takziah dan al fatihah kpd penumpang MH370 selagi tiada bukti atau apa saja bukti yg berkaitan dengan kematian penumpang MH370. Teruskan berdoa dan melakukan solat hajat dan munajat terutama drpd keluarga mangsa. Ucapkanlah Innalililah dan teruskan berdoa.
ReplyDeleteKita skrg bukan menghadapi kematian.. kita sedang menghadapi "KEHILANGAN"
sila lah menonton tanyalah ustaz khas TV9 jam 830mlm..