Tuesday, March 11, 2014

Di Mana Kah Kamu MH370? Pulang Lahhh....

Minggu lalu satu Malaysia tertumpu pada kes Hanez Suraya.. minggu nie satu dunia memberi tumpuan pada Malaysia dengan kes kehilangan pesawat MH370!

Honestly kes nie sgt tragis dan menyayat hati… aku sendiri tak mampu menahan sebak sepanjang tempoh 2 hari yg lalu..! Aku yg takde kaitan dgn pesawat tu pun dah terasa hibanya… macam mana lah pulak keadaan ahli keluarga yg terlibat? Yes berat mata yg memandang.. berat lagi bahu yg memikul! Aku mendoakan semoga kesemua ahli keluarga yg terlibat supaya banyakkan bersabar di atas dugaan yg amat berat ini!

Aku until now seriously macam tak percaya perkara sebegini boleh terjadi pada pesawat negara aku sendiri! selalu aku tengok kat dlm TV jer.. but now ia nya betol2 terjadi! Aku nie peminat setia rancangan Air Crash Investigation…. Aku ngan en.teman memang sama2 minat dengan slot rancangan nie! Kalau tiap kali keluar kat Astro.. tak pernah kiteorg missed utk menontonnya!

Aku memang terlalu minat pada cerita2 yg berkaitan pesawat kapal terbang! Entah lah.. tak tahu kenapa kalau ade apa2 yg berkaitan dgn kapal terbang.. aku memang macam obsess nak tahu! Kalau ade keluar dokumentari ke… or filem yg berunsurkan kapal terbang… memang aku akan follow! Pasal tu lah dulu cita2 aku nak jadi pramugari… tapi cita2 tu tak kesampaian! Sapa yg dah lama follow blog aku tahu lah sebab musabab kenapa aku dpt gapai cita2 aku nak jadik pramugari tu.. kalau korang rajin.. korang godek2 lah I’m Yourss nie balik utk dptkan jawapan nya!

Terkadang aku pelik.. aku minat dgn perihal kapal terbang.. tapi aku tak minat nak jadik juruterbang! But at the same time aku memang look high on Pilot! Serious aku tabik spring pada seseorang pilot.. sebab aku tahu bukan mudah nak jadi seorang juruterbang! Ko bukan saja perlu pandai.. tapi ko kene cerdik, pandai, brilliant dan genius! Tahap kepandaian ko bukan tahap pandai baca ABC… tahap kepandaian seorang pilot nie aku rasa tahap kepandaian tertinggi lah jugak kekdahnya! Pasal tu aku memang adore and sgt respect pada seorang juruterbang pesawat!

Selalu kalau dlm flight.. aku selalu rasa bangga kalau dpt nampak juruterbang pesawat yg bawak aku tuu! Terkadang kan lepas pesawat dah landing di destinasi yg ditujui.. ade sesetengah Pilot dia akan berdiri di hadapan pintu pesawat bersama-sama cabin crew (pramugari & pramugara) utk ucapkan terima kasih pada kesemua passenger! Aku kalau dpt peluang tu memang aku tak akan lepaskan peluang lah nak tengok muke Kapten kapal aku tu.. dari jauh aku senggeh kat semua cabin crew termasuk captain kapal… then biler dah dekat ngan diaorg, aku akan ucapkan Terima Kasih pada Captain kapal kerana telah berjaya bawak aku dengan selamatnya!

Aku takde fobia naik kapal terbang.. in fact aku suker naik kapal terbang! Aku suker part take off and part landing… yes walaupun itu adelah part yg paling berbahaya bagi sebuah perjalanan kapal terbang…. Tapi honestly aku enjoy that moment sebab aku memang suka kan sesuatu yg thrill & adventure..! walaupun aku sukakan saat tu… itu tidak bermaksud aku tak cuak langsung okk.. aku cuakkk jugakkkkkkk! Sebab aku tahu chances of failure sesebuah kapal terbang adelah diwaktu perlepasan & jugak sewaktu pendaratan! Kirenya risiko kemalangan lebih tinggi sewaktu nak berlepas dan waktu nak mendarat.. kalau dah duduk kat atas tu biasanya kurang sikit lah risiko kemalangan tu! Aku ngan en.teman biler tiap kali kapal terbang yg kiteorg naiki tu nak take off.. kiteorg berdua akan kiss each other.. then akan pegang tangan kuat2 sepanjang waktu berlepas! Biler isyarat tali pinggang di padam kan.. then baru lah kiteorg relax… dan mampu tersenyum! Sama jugak waktu nak landing… tapi biasanya waktu landing nie kurang skit rasa cuak dia.. melainkan kalau kapal terbang landing dengan memberi hentakkan yg agak kuat.. so time tu memang pejam mata jugak lah! Huhu…

Tapi malang tidak berbau kan.. kalau nak terjadi nya sesuatu kemalangan itu.. atas kehendakNYA. .. pasti ianya akan berlaku juga! Just like flight MH370… it is sooo sadddd to have this type of situation yg mana kau tak tahu kat mana flight tu berada sekarang nie! Dah 3 hari berlalu.. tapi bayang dia pun kite tak nampak! Kalau nak kata masih di atas udara… ianya sangat2 mustahil sebab minyak utk kapal terbang tu confirm dah abis… so ia nya ade 2 kemungkinan jer sekarang nie… sama ade di atas lautan ataupun mungkin di atas daratan!

Since dpt berita kehilangan pesawat MH370 nie, aku ngan en.teman tak berhenti buat andaian sendiri… based on our own opinion yg dah terlalu biasa menonton Air Crash Investigation! Kiteorg hanya buat andaian.. tapi perkara sebenar tu Allah Yg Maha Mengetahui! Kiteorg lakik binik tak berhenti bercakap sesama sendiri.. eh.. entah2 flight tu macam nie kot.. ehh entah2 flight tu macam tu kot… biler dpt tahu pasal ade 2 passenger guna passport palsu.. then we both start to talk to each other again! Haaaa.. entah2 macam tu kotttttttttttt! Ya Allah.. at the end… rasa macam nak pecah gak dada nie sebab segala andaian tu tak bertemu jawapan yg sahih selagi ianya belum benar2 terbukti!

Walaupun mungkin ade certain andaian kami berdua tu tampak macam relavant.. tapi siapalah kami utk menilai dan memastikan ianya benar2 terjadi? So we both just chit chatting with each other.. sambil-sambil tu teruskan berdoa jugak moga2 flight MH370 nie dijumpai secepat mungkin! Ada masa kangg aku nangis.. sebab aku tak leh bayangkan apa yg dilalui oleh kesemua penumpang & anak2 kapal MH370! Then terbayang lagii.. kalau laah aku one of the passenger.. Allahuakbar.. macam mana lah agak nya! :(

Kite sebagai insan yg prihatin.. rasanya bagilah sokongan moral.. dan bukannya memberi pendapat yg memudaratkan! Macam aku ngan en.teman… kiteorg ade banyak pendapat yg boleh kami kongsikan… tetapi kami memilih utk berbicara sesama sendiri sahaja tanpa kami update di mana2 laman sosial yg kami ade! Kes ni bukan kes yg ringan.. pada aku kes nie berat… ramai insan yg tak berdosa berada di dalam pesawat tu! Kite perlu fikir tentang mereka yg berada di dalam pesawat tu dan juga ahli keluarga mereka yg sentiasa mengharapkan kepulangan mereka yg menaiki pesawat MH370 itu! Sebaiknya di saat ini jgn lah kite libatkan perihal politik… walaupun seandainya ade isu2 yg boleh di kaitkan dgn perihal politik.. tetapi adelah lebih baik rasanya kite simpan dan pendam saja pendapat kite tu sehingga operasi mencari & menyelamat itu selesai! Coz at this point rasanya tumpuan utama seluruh dunia adelah nak cari flight MH370 sampai dapat! Selagi tak jumpa.. selagi tu lah aku rasa seluruh dunia berada dlm suasana yg diselubungi misteri!

Aku pasti ade hikmah disebalik apa yg terjadi nie… Allah Maha Mengetahui di atas setiap apa yg terjadi! Terkadang Allah berkehendakkan sesuatu itu terjadi kerana dia ingin memberi hidayah, tauladan dan pengajaran bagi insan2 lain.. Cuma kite sebagai umatNYA nie nak tak amik kisah ini sebagai satu pengajaran! Macam aku.. tak dinafikan tragedy MH370 nie membuatkan aku semakin ingat pada kematian… ia mengingatkan aku yg kematian itu boleh terjadi pada bila2 masa saja! Kite tengah seronok-seronok dlm kapal terbang nak pergi holiday pun kite boleh mati di pertengahan jalan … Ya Allah… ini semua menjadi sumber utk aku bermuhasabah diri sendiri! So bergantung lah pada setiap individu…. Seandai nya kite terkesan diatas setiap apa yg terjadi… insyallah pasti ade hikmah dan hidayah buat kite yg mencari nya!

Begitu juga bagi kisah politik di negara kita… tak dinafikan negara kite mempunyai krisis politik yg boleh tahan tahap kepanasannya! Kalau ade yg mahu mengambil iktibar & terkesan dgn apa yg terjadi… mereka (para pemimpin kerajaan & pembangkang) akan mengambilnya! Tetapi seandainya mereka mahu membiarkan ianya berlalu pergi… sesungguhnya ia akan berlalu pergi begitu sahaja! Seluruh rakyat Malaysia mempunyai rasa yg sama.. tidak kire apa jua pegangan politik yg mereka ade kerana ternyata seluruh rakyat Malaysia begitu menyayangi MH370!

Walaupun kisah MH370 masih lagi misteri dan boleh dikatakan menyayat hati… tetapi itu tidak akan sekali-kali membuatkan aku rasa takot utk menaiki sebuah pesawat kapal terbang lagi selepas ini.. kerana pada aku kalau nak mati.. kat mana2 pun boleh mati.! Kite sedang duduk kat kedai makan yg kite rasa selamat… tiba2 kite mati on the spot akibat rempuhan kereta yg entah dari mana datangnya! So mampukah kite melawan masa dan ketika kite hendak mati? Yes.. Memang tak dinafikan perasaan fobia tu pasti ade biler mengenangkan tragedi yg menimpa MH370, tapi takkan lah hanya kerana kehilangan MH370 tu membuatkan kite langsung tak naik kapal terbang dah! Lagipun kejadian seperti ini sgt jarang berlaku.. tak bererti hari nie MH370 hilang dgn penuh misteri.. setiap hari setiap flight akan berlaku kejadian yg sama… then bulan depan or tahun depan berlaku lagi… uuiisshh.. kalau betol terjadi.. then kene buat siasatan terperinci atas syarikat penerbangan lah kekdahnya!

Untitled
Apa pun. aku takkan berhenti berharap dan berdoa semoga pesawat MH370 akan kembali kepangkuan kite semua rakyat Malaysia! Walau dalam apa keadaan sekali pun.. kite akan tetap sabar menanti kepulangan MH370… aku tahu bukan aku sorang yg berkehendakkan perkara ini terjadi.. malah seluruh dunia pun nak kan perkara yg sama terjadi! Sesungguhnya aku lebih rela mengetahui akan keadaan sebenar MH370 walaupun ia bakal mengundang runtun di hati daripada ianya terus tergantung dengan penuh misteri!

#PrayForMH370




4 comments:

  1. sama la neena.. lin ngn hubby pun sibuk buat andaian. tp xde la sampai nak pos kat FB sume tu.

    #prayformh370

    ReplyDelete
  2. AKU N MEGAT PUN BUAT ANDAIAN TERSENDIRI HEHEHE...lagi lagi ada fkata terbaru ni..jeng jeng...doa semua selamat ye amin

    ReplyDelete
  3. Yup Neena...sama2 kita berdoa....
    #Pray4MH370

    ReplyDelete