Tuesday, November 19, 2013

hApPy 8tH wEdDinG aNnIvErSaRy tO uS ~ 8 Huruf... 3 Kata... 1 Erti... I LOVE YOU!


Selamat pengantin lama.... Selamat berbahagia.... Selamat ke anak cucu.... Selamat sejahtera....
Semoga berpanjangan.... Semoga berkekalan.... Semoga satu tujuan.... Semoga aman....
Hidup mestilah rukun... Sabar paling perlu... Cinta setiap hari... Senyum mesti selalu... Ooo oooo….


Haha… pengantin lama kalau nak duduk atas pelamin memang camgini gaya dan cara nya.. yg si pompuan dok belah kanan.. yg si lelaki nya duduk sebelah kiri! Maksud tersembunyi yg aku nak reka cipta sendiri adelah biler dah jadik pengantin lama nie.. kedua-dua mempelai ini telah sebati dan bersatu dari kanan ke kiri dan dari kiri ke kanan kembali dlm melayari bahtera rumahtangga! Pendek kata.. tiada istilah tanggungjawab aku tanggungjawab aku… dan tanggungjawab engkau adelah tanggungjawab engkau! Sebagai suami isteri… kami bersatu dlm segala hal.. baik dari segi membuat sebarang keputusan mahupun dlm sebarang tindakkan yg diambil!

19-11-2005 bukan lah tarikh yg cantik utk diabadikan sebagai tarikh memperingati ulang tahun perkahwinan…. Tapi tarikh ini tetap akan menjadi tarikh indah buat kami berdua apabila dengan dua kali lafaz… aku secara rasmi nya menjadi Mrs. Khairol Anuar! Well.. dah 8 tahuuuuuuuuunnnnnnnnnnnnnnn dah????? Ya Allah.. serious rasa cam tak percaya jer yg aku dah menjadik isteri org selama 8 tahun! Huhuhu.. touching sgt rasanya…

Ok.. to be honest kan… aku dah naik tak tahu nak tulis apa pada entry anniversary kali nie! Rasanya dah tak terluah perasaan yg ade sekarang nie.. sebab sepanjang aku berblogging… aku dah pun meluahkan segala rasa cinta, kasih dan sayang aku pada en.teman di I’m Yourss nie! Banyak dah aku kongsikan rasa hati aku terhadap dia.. baik dari aku buat operation.. aku buat D&C… dan macam2 lagi lah… semuanya dah pun aku luahkan kat sini! So rasanya kali nie dah tak tahu nak luah apa lagi dah sebab at the end berkemungkinan aku akan ulang bende yg sama which akan buat korang yg membaca muntah hijau pulak nanti! Muahahhaa… ye lah balik2 ulang bende yg sama.. kot jelakk pulak kann… tapi kalau tak ingat apa yg aku luahkan sebelum2 nie.. gie lah carik balik entry2 aku yg lelama dulu… mesti korang akan jumpa kisah cinta NeenaAnuar!

Cuma satu yg tetap nak ucapkan setiap kali di hari ulang tahun perkahwinan aku adelah aku tidak sanggup kehilangan mu suami ku! aku tak boleh hidup tanpa dia disisi aku sebab dia adelah ibarat nadi yg berdenyut dlm tubuhku! Selalu berdoa pada Allah semoga hidup kan lah dan matikan lah kami suami isteri bersama-sama! Sebagai manusia biasa.. en.teman bukan lah manusia yg 100% sempurna.. tetapi sebagai suami dia memiliki 1001 keistimewaan yg bisa menyempurnakan hidup ku! Tidak pernah aku menyesal mengahwini nya 8 tahun yg lalu.. walaupun ketika di atas pelaminan dulu aku rasa seperti seorang beauty queen dan en.teman ku lihat seperti beast.. muahahhaha.. ampun bee… tapi itu lah hakikatnya… cinta itu pada hati budi dan bukannya pada body!

Utk tempoh 8 tahun usia perkahwinan… kehidupan yg masih berdua-duaan tanpa kehadiran cahaya mata tidak pernah membuat kami merasa sunyi sepi dan membosankan! Ia juga tidak pernah membuatkan kami merasa tertekan.. malah kami meneruskan kehidupan kami dgn mencorakkan ia dgn perkara-perkara yg indah utk dilalui bersama-sama! Kehadiran Mawaddah Cinta kami selama 3 bulan sudah cukup membuatkan kami bahagia sehingga hari ini! Kenangan terindah itu akan terus menjadi memori paling manis buat kami berdua! Insyallah sooner or later.. Allah akan memberikan yg terbaik buat kami berdua!

Mengamalkan konsep tiada rahsia antara kite.. merupakan kunci kebahagiaan kami berdua sehingga ke hari ini! Alhamdulillah.. syukur walaupun ade org nak ngorat aku… ahaha… ini tak tipu.. ini betol2 punyer kejadian yer… tapi aku sedikit pun tak berahsia ngan en.teman yg ade org nak ngorat bini dia nie! Aku akan share segala perkara yg aku lalui dlm hidup aku bersama en.teman.. begitu jugak dgn en.teman! tapi en.teman lain skit la.. dia takde sapa yg nak ngorat dia! Muahahahaa… ehh.. tapi jgn ckp.. entah2 ade org nak ngorat dia.. ke dia yg gie ngorat org lain.. acaner tuu??? Gulp!

Aku pernah lah ckp kat en.teman.. “I nie jujur sgt ngan you.. semua bende pun I citer kat you.. tapi macam mana I nak tahu yg you jujur ngan I just like I be honest with you yea? sbb mcm I… all this while I luahkan apa saja yg I rasa about you melalui blog I.. tapi macam you… tak pernah pun luah kan isi hati you kat I… sometimes I tak tahu apa yg you rasa about me!”

Ko tahu apa dia jawab???

“Perbuatan I dah mencermin kan segala-galanya utk you! And I think you should know how much I love you from my attention & expression towards you!”

Ok.. ku terdiam!

Hahaha.. simple jer jawapan dia kan.. dan ianya telah memberikan aku seribu satu jawapan yg penuh makna! And yes… memang betol.. dari perbuatan dia dan jugak perhatian yg dia berikan pada aku sepanjang lapan tahun bersama… seriously memang aku tahu dia sgt2 mencintai aku walaupun dia tak pernah mengucapkan madah2 cinta di halwa telinga aku nie! And to be honest aku rasa dia tak perlu pun mengungkapkan kata2 cinta kat halwa telinga aku nie sebab at the end it will turn out to be like a Mr. Bean’s Love Story! Muahahahaha…

Tapi satu lah yg aku notis based on my own experience.. bile kite benar-benar menyintai seseorang… datang lah seorang putera yg kaya lagi kacak dari kayangan langit ke tujuh sekali pun… cinta kite pada insan yg benar-benar kite cintai itu tidak mudah utk dileraikan! Itu lah yg aku rasakan dan yg pernah aku lalui sepanjang 8 tahun usia perkahwinan ini! Ini terjadi kerana en.teman tidak pernah menyakiti ku.. jadi bagaimana bisa aku menyakitinya apatah lagi utk membencinya? walaupun dia tidak menyediakan lautan emas buat ku… tetapi dia adelah seorang insan yg terlalu istimewa buat diriku! Pengalaman ini juga telah membuatkan aku terfikir sejenak… seandainya diantara kami tidak mempunyai persefahaman yg tinggi antara satu sama lain.. kami akan mudah utk berselisihan faham.. biler dah berselisihan faham… perhubungan mula menjadi tegang…biler dah tegang… mula lah carik pasal antara satu sama lain… so kat sini biler ade org ketiga masuk line… haaaaa… confirm kat sini lah permulaan utk goyahnya sebuah perhubungan!

Memang bukan mudah utk mengekalkan persefahaman antara suami isteri! Ia nya mudah utk dicapai seandainya kedua-duanya saling merendah diri… sama2 buang ego dalam diri.. sama2 mengaku kesilapan masing-masing tanpa menyalahkan satu pihak sahaja… sama2 bertolak ansur.. dan sama2 memikul amanah rumahtangga seikhlas hati! Insyallah yg sukar itu akan bertukar menjadi mudah lagi indah!

Syukur Alhamdulillah padaMU Ya Allah di atas keberkatan dan rahmat yg Engkau limpahkan pada hubungan halal kami berdua selama hari ini! Ya Allah.. semoga Engkau terus memberkati kehidupan kami suami isteri… Sesungguhnya kami masih banyak kekurangan dlm menuju ke syurgaMU Ya Allah… kekurangan itu datangnya dari kelemahan kami sendiri… lantas kami bermohon kepadaMu Ya Allah.. ketuk lah pintu hati kami ini seandainya kami lalai.. berikan lah kami kekuatan utk menjadi pasangan yg beramal soleh.. Amin!

8 Years… 2,922 Days… 70,128 Hours…. 4,207,681 Minutes… 252,460,800 Seconds…. 100’s of Fights & Make Ups.. 1 Home, 1 Car 72 – The Number of Anniversaries I still want to spend with you...

Just can’t wait to have our little ones.. Insyallah on sweet day… and yea… What more can I say… 8 years living together… I’m soo blessed with this tie knot! Amazing journey.. Wonderful life.. Beautiful experiences… Bliss moments! I LOVE YOU!

IMG_3883 copy
The Best Relationship is when you can act like Lovers & Bestfriends at the same time!


IMG_3885 copy
I'm not looking for the one that's Perfect, just the one to make it worth it!


IMG_3947 copy
Find a Heart that will love you at your worst and arms that will hold you at your weakest!


IMG_3936 copy
LOVE is when you sit beside someone doing nothing yet you feel perfectly HAPPY!


IMG_3944 copy
Behind every great man is not a woman... She is beside him... She is with him.. not behind him!


IMG_3946 copy
A True Relationship is when you can tell each other Anything and Everything! NO Secrets.. NO Lies!


IMG_3948 copy
The HAPPIEST couple never have the same character! They just have the best understanding of their differences!


IMG_3953 copy
You Are The Reason I Smile Everyday!


IMG_3887 copy
Someday when the pages of my life end, I know that you will be one of its most BEAUTIFUL Chapters! 


14 comments:

  1. HAPPY ANNIVERSARY...

    kebetulan tarikh sama dgn my besday lor...

    heheeee

    ReplyDelete
  2. alaaaahhh kak...sooooo sweet.Happy Annyversary.Smoga kekal bahagia sampai syurga.Eyh,same date pulak.Arini jgk genap 5thn brcinta jarak jauh dgn dia nun di miri..hihi..

    ReplyDelete
  3. happy anniversary kak..8 thn dah..saya baru 3 thn..hehe

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary kak neena. Insyaallah, semoga dilimpahi rahmat Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  5. happy anniversary NeenaAnuar,semoga bahagia till jannah..aminnn...i'm your silent reader....heheeee

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah...couple yg bahagia

    ReplyDelete
  7. happy anniversary sis neena dan en teman..moga terus berbahagia hingga ke jannah..

    ReplyDelete
  8. happy anniversary kakak..may till Jannah..N noticed what! Watermark baru! Suka!

    ReplyDelete
  9. happy annivesary darling neena n nuar..pasangan yang ku kenal hingga kini secocok dan romantik sgt...korang ibarat mentor aku tau dalam rumahtangga ni...amin semoga berbahagia selalu

    ReplyDelete
  10. Sweetnyer....swlamat ulangtahun perkahwianan..insyaallah jnji allah itu pasti.....

    ReplyDelete
  11. hepi anniversary kak neena & abg nuar..

    ReplyDelete
  12. Tahniah Neena..Happy Anniversary, semoga berkekalan hingga ke Jannah.

    ReplyDelete
  13. Happy Aniversary sis neea..moga terus kekal sweet n bahagia hinnge ke jannah...insyaallah..
    pasti akan rezeki utk sis n husb little ine suatu hari nanti..kami sentiasa doakan utk sis.. :)...

    ReplyDelete