Wednesday, January 4, 2012

Kondom Mewah ‘Louis Vuitton’ (LV)!



Louis Vuitton merupakan jenama pakaian dan aksesori mewah yang menjadi kegilaan ramai terutama golongan kaya dan terkemuka.  Antara barangannya yang terkenal adalah beg kulitnya.   

Baru-baru ini seorang arkitek dari Georgia, Irakli Kiziria telah mereka bentuk kondom yang menggunakan jenama mewah itu.  Ia dijual dengan harga kira-kira RM200 sekeping.  Seluruh lapisan kondom berwarna cokelat itu mempunyai logo LV, ia juga dibungkus dengan plastik jenama yang sama.  Tetapi pada mereka yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan kondom itu, maaf, ia tidak dijual di mana-mana butik LV.

Malah, sebenarnya, ia tiada kaitan pun dengan syarikat tersebut.  Cuma Kiziria mencipta kondom jenama itu semata-mata untuk mendapatkan dana bagi disalurkan kepada Yayasan Penyelidikan AIDS (amfAR).  Difahamkan, sejak berada di pasaran, permintaan terhadap kondom mewah itu mencanak-canak grafnya!

Apapun dengan harganya yang berkali-kali ganda mahal berbanding kondom biasa, rasanya kalau nak buat cenderamata bolehlah…tetapi kalau nak ‘guna’, fikir banyak kali juga tu.  Apatah lagi kondom hanyalah bahan ‘pakai buang’…tapi kalau dah memang ‘hantu’ LV, silap haribulan kondom LV pun dia nak rembat buat koleksi!

#Sumber#



**********************************************************************************************************

Hahaha.... ade sesapa peminat fanatik LV yg berminat nak beli kondom nie?  Aku bukan peminat LV.. so tak heran sangatt.. (eh! cam ade hati nak beli kan? :p) kalau peminat sekali pun.. dari aku beli kondom.. baik lah aku beli something else yg berguna ngan RM200 tuu.. tapi bila di fikirkan2 balik dia org buat dana utk Aids.. so kalau ade yg beli kire nya cam membantu lah dana bantuan Aids tuu.. kalau aku beli sekali pun.. confirm aku letak dlm almari kaca jek kot.. tapi pastikan almari kaca tu dlm bilik tido.. so sama2 laki bini boleh tengok jerk.. tapi di siap2 bubuh logo amaran.. DI LARANG PAKAI! hahahaa.. yerr arr.. giloo ko.. beli sekeping RM200.. ibarat aku amik duit RM200 pastu buang ke tong sampah! eh ke ade yg sanggup nak simpan lepas digunakan??? eeeeeeeeerrrrrrrrrrrkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!

   

9 comments:

  1. saper la yg nk bli kondom mhl tu..hehehe...1st time dgr kondom cop LV

    ReplyDelete
  2. buat makan or jamu orang 200 tu lagi berkat hahahahaha

    ReplyDelete
  3. fuhyo...kondom pun nak berjenama....

    ReplyDelete
  4. gonjeng yang semakin bertambah tambah tahap kesengalan dia!!! hahahhaaa...

    ReplyDelete
  5. dh ropaa putin dak zainab jaa kaknin..ekkekeke

    xsanggup aih nak beli sampai dua rat..leinlaa duit belunggok tatau nak buat apa kan..hehehehe

    ReplyDelete
  6. hui...ader gak kondom jenama LV hui.....mcm x caye jer

    ReplyDelete
  7. sambil gelak baca entry ni.... kalau beli nih pikir banyak kali nak guna ke x.muahahahaha

    ReplyDelete
  8. kalau pakai bole simpan balik xpela jugak..tah hape2 je.. haha..

    ReplyDelete