TRAVELING It Leaves You Speechless, Then Turns You Into A STORYTELLER!
COPYRIGHT WARNING!
ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)
Ada masa dan ketikanya kepala otak kite nie seakan tak berfungsi secara waras! Tadi waktu bungkus mee hoon sup sedap nie, lepas makcik menjual tu pass kan kat tangan aku.. aku boleh terus jalan! Lepas menapak 4-5 langkah… Aku pegang wallet aku, baru aku teringat… Ya Allah! Aku rasa macam aku tak bayar lagi kat makcik mee hoon sup nie! Sumpah aku memang tak ingat langsung… bukan sengaja nak buat camgitu! Pasal tu aku patah balik ke makcik tu and pegi ckp “makcik maaf.. saya rasa macam saya tak bayar lagi tadi.. sorry terlupa!” makcik tu senggih sambal ckp.. “ha’ah.. tak bayar lagi ya.” Adoii.. aku pun tak sure lah kot makcik tu ade jerit panggil aku ke tidak lepas aku beredar pergi time tu.. tapi seriously memang aku tak dengar langsung till aku sendiri yg realize aku tak bayar lagi mee hoon sup aku tuh! Anyway, syukur sgt sbb at last otak aku connected pulak selepas beberapa saat beredar dari gerai makcik tu! ahahha… So korang penah tak ade pengalaman camgini? Kalau ade meh lah kongsi.. kalau takde… maknanya aku memang kene terima hakikat that I’m heading to 40 years oldddddddddd ya’ll!!!!! So simptom penuaan semakin jelas kelihatan nampaknya! *sobsss… sobsss*
P/S: Tudung instant ARDINI (labuh & ade lapik dagu) masih available ya.. warna Dusty Pink dah sold out... warna hitam pun dah sold out.. So tinggal 9 warna nie sahaja yg boleh korang grab! Kalau tak beli utk diri sendiri.. maybe boleh hadiahkan pada mak, nenek, or sesiapa sahaja yg korang rasa nak bagi as gift! packaging gorgeous is available.. don't worry ok.! Hari nie dah ade sorang customer belikan tudung instant utk birthday mak dia.. so sweeet! nanti aku share eh! So kalau korang nak beli tudung ARDINI nie korang boleh whatsapp Kak Neen at 0193769459 ya!
Ok seperti yg di janjikan… maka hari nie aku akan umumkan siapakah pemenang bagi 1st Giveaway Contest utk Naazneen Faiqa by Neena Anuar nie!
And the winner isssssssssssssssssss……………
*DRAMROLL*
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
PEMENANG UTAMA
Tahniah BB NONA … awak telah berjaya memenangi hadiah seperti di bawah ini!
Sehelai tudung instant Athifa + hadiah misteri yg sudah tidak misteri lagi iaitu sebotol Perfumed Body Lotion Dolce Gabbana! selamat berwangi-wangian yer... hehehe..
Setiap pemenang saguhati akan menerima inner neck Naazneen Faiqa!
Tahniah pada para pemenang! Kalau ikutkan sebenarnya nak bagi 3 org pemenang jer.. tapi end up dah terjadik 5 org sebab en.teman tanyer aku.. "You baik hati tak? kalau you baik hati kite boleh bagi hadiah pada 5 org pemenang!" ahahaha.. ini semua en.teman punya pasal... dah dia tanyer aku baik hati ke tak.. takkan lah aku nak kata hati aku jahat plak kan?? harus lah aku baik hati... hahahaha.. but seriously memang waktu buat pemilihan pemenang nie rasa macam nak bagi kat semua org yg join GA ni.. tapi apakan daya.. dah nama pun contest kan.. so mesti ade pemenang dan pengalah! hehehe..
dan pada yg tidak berjaya jgn bersedih hati ya… korang masih boleh mencuba nasib dekat account Instagram Kak Neen tau! Sbb I did open for IG followers as well.. so sila terjah IG neenaanuar utk mencuba nasib lagi ya.! Cara nak menang kat IG lebih mudah dari kat blog nie.. sebab kat IG korang just perlu repost gambar GA yg aku dah upload kat IG aku tu.. then korang just perlu tag nama kawan2 korang! kalau korang tag ramai kawan2 korang.. lagi cerah peluang korang nak menang! So its so simple if were to compare with blog kan? hehee..
Disebabkan blog more detail.. so aku ngan en.teman decide utk pilih pemenang di I’m Yourss nie berdasarkan effort yg korang letakkan dlm entry penyertaan yg korang dah buat.! And again.. thank you so much to all of you yg sudi join my GA nie.. really appreciate your effort! Insyallah ade rezeki nanti aku buat lagi yer…. rasa-rasa macam nak buat GA nie kat FB lah pulak! Hehe… :D
oh by the way, all winners.. please whatsapp me at 019-3769459 and give me your full name and address ya!
Semalam kan aku kata fefeeling nak masak nasik goreng kampung kan? Alhamdulillah.. Ianya menjadik kenyataan!
Ini Nasik goreng kampung yg tak berapa nak kampung sbb guna kobis bukan kangkung! 😜 sorry lah aku tak suke kangkung aku suke kobis.. So aku buat ikut suke Aku lah!
Ehhh korang kisah ke pun apa yg aku suke and apa yg tak? Haha.. 😝
Ikan bilis di blend kan sekali harung dengan bawang merah, bawang putih, cili padi & sedikit belacan!
Aku kan… dah lamaaaa gilerrr teringin nak makan sambal ikan bilis sedap! Tapi nak masak sendiri punyerrrrrrrr lah malassssssssssssssssssss ya hamaatttt! Ahahaha… Malas bukan sebab apa tau.. malas sebab tak kuasa aku nak layan letupan kebabommm kat dapur bile masak sambal nie! Eeiii.. tension tauu bile dia meletop-letop atas dapur tuu… serious penat! Penat sebab nak kene kemas lantai dan dinding dapur… nak kene lap.. nak kena mop segala percikkan sambal bile time menumis! Huhu..
Tapi over the weekend baru nie aku tetiba jadik rajinnn ya amat… maka menjadik lah sambal ikan bilis super sedappp nieh! Hehee..
Ok… nie bukan lah nak puji diri sendiri kannn.. tapi memang nak kene puji pun… bhahahahahha.. ehh.. serious lahh.. sedapp nya bukan main sambal tumis ikan bilis nie.! Aku sendiri mcm tak percaya aku boleh masak sambal tumis ikan bilis sesedap ini! Ahahahaha.. matikk laaahh… terpaksa puji diri sendiri!
Eeehhh tapikan.. En.teman siap kata kalau aku jual nasik lemak confirm laku nie… tapi sambal tumis nie kene consistent lah dia kata! Ahahaha.. tang consistent tu payah skit aku nak jamin, sebab air tangan aku nie boleh tahan gile dia jugak.. ade masa dia menjadik terlalu sedap… ade masa kangggg macam ade jer yg tak kene… tapi still sedap lah boleh makan! Ahaha… nak kata tak sedap tak boleh.. sebab dah terbukti en.teman dari rupanya macam hang kebun dah jadik hang bertuah sekarang nie kann.. so confirm lah aku masak sedap ye tak? Ahaha… Cuma tahap kesedapan dia tu jer lah tak leh nak make it consistent!
Aku ngan en.teman nie memang jenis bangsa tak reti nak makan banyak2 lauk.. and our tekak is very the kampungdotcom punyer tekak! Satu lauk macam sambal tumis ikan bilis nie pun dah ohsem giler dah rasanya.. makan bertambah-tambah tak leh nak ckp! Haha..
Memang nikmatnya tak terkata bile dpt makan sambal tumis ikan bilis bersama dengan nasik panas dan telor mata suam suam kuku! Macam en.teman suke telor mata tu basah2.. aku tak leh… aku kalau goreng telor mata utk aku memang aku goreng sampai tinggal lembap2 jeer telor kuning dia tu…
Hari tu ade yg mintakaku bagi resipi sambal tumis ikan bilis nie.. ok walaupun duluu aku dah penah bagi… tapi resipi tu lain skit sebab aku guna buah keras.. so tuk resipi kali nie aku buat tanpa buah keras tapi aku tambah something else.. so sila salin resipi di bawah ini ya!
Bahan-Bahannya adelah:-
Ikan Bilis (digoreng)
Bawang Merah*
Bawah Putih*
Cili Boh
Cili Padi*
Sedikit Belacan*
Air Asam Jawa
Gula putih & Gula Merah
Air Secukupnya
[Bahan* di blendkan sekali]
Cara-cara menumis adelah seperti berikut:-
Mula2 goreng ikan bilis… then tos kan dlm bekas berasingan! Kemudian tumiskan bahan-bahan* (bawang putih, bawang merah, cili padi & belacan) yg telah di blendkan tadi sampai kuning dan naik bau.. kemudian masukkan cili boh.. sambung menumis sehingga ia pecah minyak! Time nie kene sabar.. memang kene tumis bahan2 nie semua sampai dia betol-betol pecah minyak… bile dah bahan dah cukup garing dah pecah minyak.. boleh masukkan air asam jawa!
Then tambahkan secukup nya mengikut citarasa kite… ikut kepekatan mana yg kite nak… then masukkan gula putih dan gula merah! Yess.. aku guna gula merah utk mendapatkan sambal tumis yg lebihh ummppphhhH sebab gula merah nie dia ade rasa lemak dan keenakkan nya yg tersendiri tau.. kalau korang tak pernah cuba.. plis cuba lepas nie ok!
But yet at the same time aku tambah jugak sedikitttt gula putih sebagai pelengkap pada rasa manis tu… basically buat sambal tumis nie tips dia memang kene lebih kan gula.. tapi jgn lah pulak sampai jadik sira! Ahahaa.. korang agak2 lah bile tuang gula tu… on and off rasa lah ikut citarasa sendiri! Then kacau sampai mendidih… lepas tu baru masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi! Then kacau sehingga sebati.. then cuba rasa kot2 nak tambah garam atau gula lagi! Macam aku tak guna garam langsung sebab aku guna belacan.. so aku rasa belacan tu dah memberikan tahap masin yg just nice pada sambal aku nie!
See.. senang jerr kan? Memang senang masak dia.. yg tak senang tang nak mengemas lepas menumis tu jer! Ahahaha… Ok lah… hari nie Kak Neen feFeeling macam nak masak nasik goreng kampong pulak! Semoga ianya menjadi kenyataan lah hendaknya ya! Hehe..
Thank you so much pada kalian yg terus terusan memberi support pada produk Naazneen Faiqa Kak Neen nie! Insyallah lepas nie Kak Neen akan cuba keluarkan produk tudung versi lain pulak… haaa.. so nak tanyer lah pendapat korang jugak.. korang suke Kak Neen keluarkan tudung jenis apa lepas nie? Tudung halfmoon kah? Tudung bawal kah? Tudung Long Shawl kah? So cer bagi suggestion skit!
Ok utk collection tudung instant ARDINI nie, tudung color dusty pink & maroon hanya tinggal 1 last piece for each color okk.. so siapa cepat dia dapat! Color Teal pun dah limited.. tinggal 2 helai terakhir jer skg nie.. sesiapa yg nak tudung instant labuh.. siap berlapik dagu.. nak-nak pulak sebulan jer lagi nie dah nak masuk ke bulan Ramadhan al-mubarak kan.. so tudung instant ARDINI nie sangat sesuai utk dibawa pergi ke masjid sebab ianya labuh dan mempunyai lapik dagu.. So you guys should have one in your wardrobe collection tau! :D
Nak order tudung ARDINI utk collection bulan ramadahan nanti? Just email me at pin2it.neenaanuar@gmail.com or whatsapp me at 0193769459 ya!
Alhamdulillah.. tamat lah sudah Naazneen Faiqa 1st Giveaway nie! Thank you so much to all of you yg sudi join contest yg tak seberapa nie... seriously I do enjoy read all your GA entries! :)
So kat sini aku letakkan senarai nama peserta yg telah pun menyertai Naazneen Faiqa Giveaway.. korang boleh click dekat diaorg punyer nama utk skodeng2 blog diaorg ya!
Aku ngan en.teman belum discuss dan buat pilihan lagi siapakah yg layak utk memenangi produk Naazneen Faiqa! hehe... sabarrrr naaaaaaaaa... bagi masa kat we both nak bertegang urat leher utk memilih siapakah yg pemenangnya! hehehe...
Insyallah will try to announce the actual winner during this week.. so good luck to all of you guys!
Kalau nak kene lah buat kerja sikit yer... hihi.. serious dah lama giler aku tak buat giveaway... tetiba rasa macam nak buat giveaway plak hari nie... so sesiapa yg bertuah, insyallah akan berpeluang memenangi inner neck / tudung instant dari Naazneen Faiqa!
Ok, caranya mudah sajaa.. korang perlu ikut step2 di bawah nie yer:-
2) Buat satu entry bertajuk “SAYA NAK MENANG TUDUNG INSTANT/INNER NECK NAAZNEEN FAIQA BY NEENAANUAR dan kemudian back linkkan dengan entry giveaway ini”
3) Copy dan paste kan gambar banner giveaway Naazneen Faiqa di atas nie kat dlm entry anda.
4) Letakkan caption nya seperti ini..
Sekarang tengah trend tudung instant kan? So today nak memperkenalkan product Naazneen Faiqa by NeenaAnuar ! Tudung Instant Athifa nie sangat sesuai utk dipakai pada bila-bila masa dan ketika... Hanya 3 saat diperlukan utk sarung, betul kan soft awning nya dan kemudian adjust labuh tudungnya!
Nak pergi masjid? Nak ke pasar? Nak pergi rumah jiran? atau secara tiba-tiba ade tetamu yg datang menerpa ke rumah? Nak melakukan aktiviti santai pada hujung minggu? Atau nak pergi bercuti santai ataupun mahu melakukan aktiviti lasak? Mudah sahaja.. hanya dlm masa 3 saat anda sudah siap sedia utk melakukan apa jua aktiviti dengan tudung instant sarung Athifa ini!
Keistimewaan dan kelebihan tudung instant dari NaazneenFaiqa:-
- Tidak perlu digosok
- Material jenis high quality cotton lycra (tidak melekap, sejuk dan lembut)
- potongannya labuh menutupi dada
- membuatkan bentuk muke kelihatan lebih bujur
5) Kemudian sila berikan ucapan sepatah dua kata buat Kak Neen! Tak kira lah korang nak wish happy belated birthday utk Kak Neen ke.. nak ucapkan selamat maju jaya pada Kak Neen ker.. kire nya korang diberi ruang dan peluang untuk membodek Kak Neen! Hahaha…
6) dan yg akhir sekali jangan lupa tinggalkan link entry giveaway anda pada ruangan comment entry giveaway ini ya.
See.. mudah aje kan nak menangi hadiah dari Kak Neen? Hehe.. ohhhh by the way.. pemenang yg paling bertuah bukan sahaja berpeluang utk memenangi product Naazneen Faiqa, tetapi anda juga berpeluang utk memenangi hadiah misteriiiiiiiii..
Seriously hadiah misteri nie best gilerrrrr okkk!
OK, contest nie bermula dari hari ini (8th May 2015) sehingga hari jumaat minggu depan (15th May 2015) tau.. so jangan lepaskan peluang menarik ini ok! ;)
Sweet sangat?? And I’m sure ramai jugak yg amik kesempatan utk reward your own mother through out the year.. coz everyday we need to value and appreciate our own mother kan?
Since customer nie nak bagi tudung instant athifa dari Naazneen Faiqa nie buat ibunda nya yg tercinta.. so aku ckp lah kalau nak bagi hadiah aku akan wrap kan cantik2… sebab dulu pun waktu aku jual hijab pin2it, kalau org order utk bagi present kat someone memang aku akan bungkuskan in a gift wrap!
Alhamdulillah… thanks for all those kind words! Sesungguhnya aku berbusiness dgn seikhlas hati dan kalau boleh memang aku nak puas kan hati customer.. bile customer happy baru lah aku happy.. kalau customer tak happy.. aku lah yg paling sedih! Huhuhu..
Ini lah hasil gubahan hadiah utk ibu customer nie! Aku buat sendiri okk... kotak tu aku tak lah buat sendiri.. aku lilit ribbon tu jer sendiri! Ahahahaha… Color ribbon mestilah corporate color Naazneen Faiqa iaitu purple color! Hehe…
So kalau korang takde idea nak bagi hadiah apa pada ibu, makcik, kakak, adik, kawan2 atau sesiapa sahaja.. korang boleh jer bagi hadiah tudung instant Naazneen Faiqa ni yer! Harga mampu bayar.. jgn risau… ahahahaa…
Tudung instant ATHIFA – RM39.90/pcs
Tudung instant ARDINI – RM43.90/pcs
So kalau korang berminat nak buat tempahan.. korang boleh whatsapp Kak Neen di 0193769459 ya! ;)
Oh by the way, giveaway Naazneen Faiqa bakal berakhir esok ya!! Ishh.. tak zabaarrrrrrrrrr nyaaaaaaaa Kak Neen nak umumkan pemenang nya nanti! So korang yg masih belum join giveaway contest nie you are most welcome to come and join it ya.. hadiah nya merupakan tudung instant / inner neck dari Naazneen Faiqa dan plussssssssssssssss hadiah misteriiiii!
Architecture stesen keretapi Dunedin nie lebih kurang macam bangunan sultan abdul samad kat dataran merdeka tu jer.. hehe..
Aku pegi waktu musim bunga.. so dpt lah tengok bunga2 yg sedang mekar kat depan railway station di Dunedin nie!
Ehh.. Student university nie gie dating kat stesen keretapi lah! Ahaha..
Kalau ikutkan our original itinerary, kiteorg just naksinggah sekejap jerr kat kawasan railway station nie.. just nak amik2 gambar di kawasan sekitar railway station nie.. tapi end up plan sudah berubahh! Si Lee boleh plak gie masuk kat information and reception counter kat railway station nie.. then dia ajak kiteorg naik train trip nie for few hours!
As for aku ngan en.teman, kiteorg agak 50-50 utk amik train trip nie.. antara sebab2 yg membuatkan kiteorg 50-50 adelah kerana extra expenses! Ahaha.. ye lah harga tiket utk satu kepala jer NZ$89 okkk.. total harga utk dua org lebih kurang RM480! Phewwwwwww.. banyak tu pada aku.. Lee boleh lah org kaya.. hahahaa.. mcm aku ngan en.teman nie jenis traveler yg still berkira-kira gak kalau agak2 trip tu tak perlu.. we all takkan buat! But at the same time terfikir gak.. kot2 best naik train trip nie kan? Then fikir lagi, kalau tak naik train trip nie aku ngan en.teman nak buat apa plak kat area Dunedin tu? aku memang tak aware apa lagi tempat2 menarik yg ade kat area Dunedin tu.. kalau ade pun, nak mengGoogle bagai.. nak carik information lagi.. kalau internet ade 2 connection takpe gak.. nie we all ade satu connection jer.. so kalau terpisah antara kami abis lah tak leh nak connect to the internet!
Honestly aku memang tak tahu pun yg kat train station nie ade train trip.. aku ingatkan tempat nie just org dtg visit2 camgitu jer.. but since Lee & Za dah nak naik train trip nie.. we all have no choice selain dari just join them! Kalau aku tahu memang aku tak bawak diaorg gie sini sebab aku yg buat itinerary NZ nie! Bahahahahahaha… lagipun kalau kiteorg tak join kiteorg nak lepak mana pulak kan? Kereta ade satu jer.. kalau masing2 ade kereta sendiri memang aku & en.teman dah drive terus ke our next destination sebab our next pit stop tu tempat dia cantikkkk! So timing utk hang out kat situ sgt limited sebenarnyer..
Tapi takpe.. ini lah dia ujian ketika kite bercuti secara berjemaah… bile bercuti in a group, kite kene saling bertolak ansur.. saling paham memahami.. kalau ade org nak nie.. kite cuba hormat.. kalau ade org nie buat tu.. kite kene cuba hormat kan.. kite jgn selfish.. and jangan sesekali kite down kan org lain punye minat dan interest! Sebab manusia nie allah cipta berbeza-beza feeling nya.. so yg paling penting disini kite kene saling hormat menghormati masing2 punyer keinginan dan kehendak! Kalau ade masa org dah fulfill kan kehendak kite… so kite pun ade masa kene fulfill kan kehendak org jugak walaupun kite tak suke dgn apa yg org lain tu tak buat!
Ok.. dah cukup lah pesanan khidmat masyarakat dari Kak Neen… jom tengok best ke tak train trip di Dunedin nie!
Bukti RM480 melayang tak pasal-pasal! Ahahaha..
Ahahaha.. muke pasrah duit dah melayang! :p
Train baru mulakan perjalanan.. so pun the shades on! Hehe..
Train dia train yg agak antik.. but very well maintained!
Antara permandangan indah sewaktu train baru memulakan perjalanan nya!
Bile train dah bergerak jauh skit.. baru kiteorg keluar ke bahagian luar train nie!
Tujuan nya utk amik gambar di sini!
Best nya kalau berdiri kat sini boleh amik gambar2 camgini!
Tapi waktu tengah lepak2 kat luar tu.. make sure alert dgn kawasan sempit camgini.! Kang tak pasal2 putus kepala ko kang bile train lalu kat tepi cerun tuh! Huhu.. but not to worry, bile sampai kat tempat2 yg merbahaya macam nie, dlm train tu akan ade announcement utk stay alert!
Lepas lalu cerun bukit.. train akan masuk ke dlm terowong pulak!
Bile dlm terowong memang gulap gelita lah jadiknya!
Here are some greenery views during our train trip!
Tengah2 train nie berjalan.. tetiba dia berhenti.. dia mintak kiteorg semua turun! Ehh.. dah kenapa nak kene turun nie??
Rupa2 nya kesemua passenger kene berjalan kaki merentasi jejantas yg cantik ini!
Oh sebelum kiteorg jalan merentasi jambatan gantung yg cantik itu, sempat kiteorg buat aksi sehati berdansa kat depan kepala keretapi nie! Ahahhaa..
Memang dibenarkan utk amik gambar waktu korang berjalan di atas jambatan nie.. so don’t worry yea!
Nampak tu gaya… mutu.. keunggulan seorang photographer ! ahaha… Time nie si Lee amik gambar en.teman.. en.teman amik gambar si Lee lah kot! Kesian photographer kiteorg nie.. sampai amik gambar sesame sendiri kekdahnya! Ahahahaa…
Ok semua passenger perlu berkumpul di hujung jambatan nie!
Tujuan nya adelah utk melihat train ini merentasi jambatan gantung yg cantik itu!
Excited macam budak2 pulak aku rasa time nie bile tengok train tu merentasi jambatan gantung! Ahaha..
Ok train dah takde..
OK jomm naik train balik dan teruskan perjalanan!
Lepas dari jambatan nie.. kiteorg ade lah jumpa ngan beberapa lagi jambatan gantung yg lebih kurang sama..
tapi takde lah sessi turun macam kat sini.. so we all amik gambar dari dlm train aje!
Ok kalau korang nak tahu train trip nie ade banyak laluan tau… dia ade pit stop pit stop dia yg tertentu.. like us waktu choice trip yg ade hanya lah dari Dunedin ke Pukerangi.. perjalanan mengambil masa selama 2 jam pergi dan 2 jam balik.. so total 4 jam for the whole trip!
Our final stop at Pukerangi Station!
Kat sini train berhenti around 10 min!
Dlm tempoh 10 min tu, passenger boleh turun dan lihat kawasan sekitar! Basicaly kat sini takde apa sgt yg boleh dilihat melainkan tempat tinggalan sejarah yg beratus tahun nie! Dulu kala kat station Pukerangi nie, ade tempat diaorg jual barang kemas dan manisan!
Ok now masa utk tengok kepala train di pasang utk laluan pulang ke Dunedin semula!
Its done.. jom naik train utk pulang!
Waktu balik, permandangan lebih kurang sama jer dengan waktu datang.. sebab dah tentu2 laluan nya adelah dari track yg sama! Hehe..
Cumanya waktu balik kiteorg lebih banyak focus pada air sungai nie! Hehe..
Ingatkan train dah tak berhenti… rupa rupanya dia berhenti sekejap kat Hindon Station! haaaa.. nasib bukan Indon. Kalau tak confused jap! Ahahaha…
Hindon nie adelah salah satu station yg bersejarah jugak.. boleh baca sejarah nya disini!
Waktu balik kiteorg more rest and relax kat dlm train jer sambal menikmati permandangan dan sesekali tertido jugak! Ahaha..
Overall rating dari aku ngan en.teman utk trip nie.. kira boleh lahhh trip nie! Nak kata a must do when you visit Dunedin tu tak lah kott.. Unless train trip nie melalui kawasan pergunungan salji dan tasik macam kat lake pukaki or lake tekapo nie ker…. Haaaaaaa.. baru lah aku rasa ianya memang berbaloi-baloi utk amik trip nie sebab view dia sure malatopssssssssssss punyer!
Train trip nie nama dia Taieri Gorge Railway.. tu map laluan dia! Kalau korang amik trip yg sampai ke Middlemarch tu lagi mahal harga dia and lagi lama duduk dlm train!
Last but not least.. wanna say thank you very much to our lovely photographers !
Kiteorg sampai semula ke station Dunedin around jam 4:30 ptg! Phewww.. boleh tahan penat gak lah naik train selama 4 jam tuu… perjalanan kiteorg jauhhh lagi sebenarnye… dari railway station Dunedin nie, we all have to drive up almost another 3 hours to our next destination!
So nakk tahu ke manakah kami?? Wait for my next entry yea!
Oh by the way.. do enjoy our short video that being recorded by the GoPro! ;)